Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Himpunan Resepi Ayam Masak Thai Mudah dan Sedap!

Himpunan Resepi Ayam Masak Thai Mudah dan Sedap!

Resepi ayam masak thai! Makanan thailand sememangnya mengasyikkan dengan pelbagai rasa yang unik gabungan rempah yang mengiurkan serta rasa manis pedas dan masam yang sempurna dan sangat memikat. Di antara hidangan yang pelbagai, semestinya resepi ayam masak thai menjadi kegilaan ramai dalam warisan makanan negara ini.

Dengan inspirasi rasa pedas dan rasa yang lengkap, sangat menyelerakan. Jika anda teringin akan masakan resepi ayam masak thai? Rujuk artikel ini. Kali ini admin akan kongsikan beberapa menu ayam masak thai yang anda boleh lakukan dirumah.

Kelazatan Resepi Ayam Masak Thai Dalam Sajian Mudah yang anda Boleh Lakukan Dirumah!

IMG 20231222 093419 699

Apakah itu ayam masak thai?

Ayam masak thai merupakan hidangan ayam yang disajikan dengan rempah-rempah dan bumbu khas Thailand, biasanya rasa pedas, manis dan masam. Ia menggunakan bahan seperti daun limau purut, serai, sos ikan dan rempah-rempah lain bagi memberikan cita rasa khas Thailand pada hidangan ini.

Terdapat beberapa jenis hidangan resepi ayam masak thai yang terkenal di antaranya, ayam masak thai, phad phed, tomyam, ayam masak tiram thai dan ayam paprik. Di sini, admin kongsikan beberapa menu yang ringkas hidangan ayam masak thai. Selamat mencuba!

1) Resepi Ayam Masak Thai Viral

https://www.tiktok.com/@aiza.adilah/video/7233640589403688194

Bahan-bahan:

  • 2 Batang serai
  • 1 Sudu Jus limau
  • 2 Sudu Sos ikan
  • 3 Sudu sos tiram adabi
  • 3 Sudu sos cili adabi
  • Daun ketumbar

Bahan blend/tumbuk:

  • 10 Cili padi merah/hijau
  • 1 Tangkai daun ketumbar dan akarnya
  • 1 Ulas Bawang besar
  • 5 Ulas bawang putih

Cara penyediaannya:

  1. Panaskan minyak, gaul ayam dengan garam dan kunyit kemudian goreng ayam hingga warna berubah kepada keemasan.
  2. Guna minyak yang sama, masukkan 2 batang serai tumis hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang diblend kasar tadi, tambah sedikit air, tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan 3 sudu sos cili, 3 sudu sos tiram, gaul hingga sekata, masukkan 1 sudu jus limau.
  5. Masukkan ayam serta 2 sudu sos ikan, kacau hingga sekata.
  6. Taburkan daun ketumbar sebagai hiasan sebelum dihidangkan dan siap untuk dimakan!

2) Resepi Ayam Masak Tiram Thai

@khairulaming Puasa Day 4 : Ayam Tiram Thai #SeleraRamadan #30Hari30Resepi ♬ original sound – Khairulaming

Bahan tumbuk:

  • 5 Ulas bawang putih
  • 6 Biji cili padi merah

Bahan-bahan:

  • 1 Sudu sos tiram
  • 2 Sudu sos ikan
  • 3 Sudu gula
  • 4 Biji jus lima limau nipis
  • Daun ketumbar

Bahan untuk ayam:

  • Ayam (mengikut keperluan)
  • 1 Sudu kicap manis pedas
  • 6 Sudu sos tiram
  • Sedikit minyak

Cara penyediaannya:

  1. Masukkan 5 ulas bawang putih, 6 cili merah, tumbuk hingga hancur.
  2. Kemudian masukkan 1 sudu sos tiram, 2 sudu sos ikan, 3 sudu gula, perah 3/4 limau nipis, masukkan daun ketumbar, Gaul hingga sekata. Kita letak tepi kejap. Kita buat bahan untuk ayam pula.
  3. Gaul ayam dengan garam sedikit, Gaulkan ayam tadi dengan 5/6 sudu sos tiram, 1 sudu kicap manis pedas dan masukkan minyak masak sikit. Gaul.
  4. Bakar dalam air fryer 200°c selama 20 minit.
  5. Siap semua, sedia untuk dihidangkan!

3) Resepi Ayam Paprik Alai Thai

IMG 20231222 093420 400

Bahan-bahan:

  • 500g daging ayam, dipotong kecil.
  • 3 Ulas bawang putih, dipotong dadu.
  • 3 Sudu Cili kisar
  • 1 Batang Serai
  • 1 Biji Bawang besar, dipotong nipis
  • Pest tomyam
  • 2 Sudu Sos tiram
  • 2 Sudu Sos cili
  • 3 Sudu pes tomyam
  • 2 Sudu Sos ikan
  • 2 Sudu sos tomato
  • Sayur pilihan (seperti carrot, paprik merah, baby jagung, kacang panjang dan daun limau purut).

Cara penyediaannya:

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak, tumis bawang putih dan masukkan 2 sudu cili kisar, tumis sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam, 1 batang serai, bawang holland dan pes tomyam, masukkan juga sos tiram, sos chili dan sos tomato, saya letak sos ikan untuk bagi rasa masin.
  3. Masukkan sedikit air beserta sayuran pilihan (seperti carrot, paprik merah, baby jagung, kacang panjang dan daun limau purut). Kacau 5 minit.
  4. Siap dan boleh mula dimakan!

Soalan FAQs Berkenaan Ayam Masak Thai

Apakah tips khusus agar hasil akhir hidangan menjadi lebih lazat?

Pastikan untuk tidak terlalu lama memasak ayam agar tetap lembut dan empuk. Selain itu, perhatikan bahan-bahan rempah yang digunakan agar cita rasa yang dihasilkan seimbang.

Bagaimana cara menyesuaikan tingkat kepedasan hindangan ini sesuai dengan selera?

anda boleh menyesuaikan keberasan yang hidangan ini dengan menambah atau mengurangi jumlah cili yang digunakan dalam bahan tumbukan atau dengan menyelesaikan jumlah sos cili sesuai selera pedas yang diinginkan

Apakah bahan yang boleh ditambahkan atau diubah dalam resipi ayam paprik?

Bahan yang boleh ditambah seperti bawang besar, paprika merah dan paprika hijau, sayuran tambahan seperti buncis, wortel atau jamur, mengikut selera masing-masing.

Bagaimana cara memasak ayam tiram thai agar rasa tiramnya terasa sempurna?

Kunci utama dalam mendapatkan rasa tiram yang sempurna adalah dengan menggunakan sos tiram yang tepat. Sebagai contoh menggunakan sos tiram mahsuri, sos tiram adabi dan sebagainya.

Adakah dengan menggunakan proses menggoreng dalam masakan ayam sos tiram thai adalah lebih baik?

Dalam menghasilkan ayam sos tiram thai dengan menggunakan proses menggoreng, dibolehkan. tetapi hasilnya lebih sedap apabila menggunakan air fryer.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Yumni Khans
Yumni Khans
'Kita bukan diciptakan untuk berputus asa..'

Anda Mungkin Meminati