Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tarikh Rasmi Hari Raya Aidilfitri 2024

Berkenaan Tarikh Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024
Tarikh Rasmi Hari Raya Aidilfitri 2024 5

Hari raya aidilfitri 2024 adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua umat islam pada tahun ini. Hari raya puasa/aidilfitri juga adalah hari ‘kemenangan’ bagi umat islam kerana telah berpuasa selama sebulan di bulan ramadhan.

Sambutan hari raya aidilfitri 2024 tahun ini mesti akan disambut meriah oleh semua ahli keluarga dan berkunjungnya sanak saudara balik ke kampung untuk berkumpul menyambut 1 syawal. Maka kali ini, akan dikongsikan berkenaan sambutan hari raya aidilfitri 2024.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2024

Tarikh rasmi penetapan Hari Raya Puasa/Aidilfitri 2024 bagi negeri-negeri seluruh Malaysia nanti akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad secara langsung melalui radio dan televisyen sekitar jam 8 malam pada Selasa, 9 April 2024 bersamaan malam 29 Ramadhan 1445H.

Berikut adalah tarikh jangkaan menyambut Hari Raya Aidilfitri 2024:

TAHUNTARIKHHARICUTINEGERI
202410 APRILRABUHARI RAYA AIDIL FITRISEMUA NEGERI
202411 APRILKHAMISHARI RAYA KE-2SEMUA NEGERI

Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2024

Keputusan untuk menetapkan Hari Raya Aidilfitri tahun 2024 bersamaan 1445 hijrah adalah berdasarkan kedudukan bulan yang memenuhi kriteria Imkanur-rukyah (kebolehnampakan) dan menurut hitungan falak, ijtimak (bulan baharu) Syawal.

Dalam pada itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa 2024 adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Dibawah berhubung dengan tarikh rasmi dari channel Astro Awani berkaitan pengisytiharan Hari Raya Aidilfitri/Puasa pada 1444H/2023M.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024

aidilfitri 2024 2
Tarikh Rasmi Hari Raya Aidilfitri 2024 6

Pada Hari Raya, umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim. Kanak-kanak juga antara yang paling gembira kerana mereka akan mendapat ‘duit raya’ setelah bersalaman dengan ahli keluarga, sanak-saudara dan orang dewasa.

Malam raya (iaitu hari terakhir berbuka puasa) adalah malam yang meriah di mana saudara-mara sudah mula berkumpul dan tiba di kampung halaman masing-masing. Hiasan juga dapat dilihat di rumah-rumah, kedai, kompleks membeli-belah serta sepanjang jalan sejak bulan Ramadan lagi.

Sebagai menzahirkan kesyukuran, perkara wajib dilakukan sebelum atau pada 1 Syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan ialah menunaikan zakat fitrah.

Kad Ucapan dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2024

aidilfitri 2024 3
Tarikh Rasmi Hari Raya Aidilfitri 2024 7

Bersempena dengan ketibaan hari Raya Puasa, ucapan atau pantun SMS/ Whatsapp Selamat Hari Raya paling banyak dicari oleh orang ramai untuk dihantar ke rakan taulan atau saudara mara sebagai pengganti kad raya tanda ingatan tak luput di hati.

Bil. Ucapan Dan Pantun Selamat Menyambut Hari Raya Puasa
1.Andai langkah membekas lara,
Ada kata menusuk sukma,
Ada tingkah menoreh luka,
Maka maafkanlah kesilapan saya..
2.Daun dianyam makin tersimpul,
Gulai di dapur terlebih santan,
Sanak saudara riuh berkumpul,
Sambut lebaran penuh kesyukuran.
3.Sungguh cantik si rama-rama,
Hinggap seekor di depan mata,
Kini syawal telah menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf kupinta
4.Rumah Dihias Bagai Istana
Buat Persiapan Di Hari Raya
Jari Ku Susun Maaf Di Pinta
SMS Ku Hantar Pengganti Kad Raya
Selamat Hari Lebaran Maaf Zahir & Batin
5.Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin

Koleksi Lagu Hari Raya Aidilfitri

Pastinya anda mempunyai lagu raya kegemaran anda sendiri yang akan didengar bila hari raya menjelma, bukan? Lagu raya yang menggamit nostalgia akan membuatkan anda mengimbau kenangan indah sambutan hari raya anda.

Berikut adalah 30 lagu raya aidilfitri dari channel Suria Record (SRC).

Kepelbagaian Kuih Raya Semasa Aidilfitri

Walaupun ketupat dan rendang menjadi menu utama semasa hari raya, kuih raya juga menjadi kewajiban bagi kita untuk disedikan kepada tetamu semasa hari raya. Tak lupa juga pada lemang dan dodol sebagai makanan tradisional yang paling digemari oleh semua orang.

aidilfitri 2024 4
Tarikh Rasmi Hari Raya Aidilfitri 2024 8

Berikut adalah Top 3 kuih raya yang paling digemari pada tahun 2023.

  1. Tart nenas
  2. Almond landon
  3. Semperit susu

Soalan FAQs Berkenaan Aidilfitri 2024

1. Apakah itu aidilfitri?

Hari raya umat islam yang disambut pada 1 Syawal.

2. Bila hari raya diumumkan?

Sebelum 1 Syawal pada malam terakhri bulan puasa.

3. Apakah tema baju hari raya 2024?

Berdasarkan warna tema baju raya tahun ini jatuh kepada oren brick.

4. Bila rumah terbuka hari raya?

Selalunya 10 hari terakhir di bulan syawal.

5. Apakah sah puasa ketika hari raya?

Haram berpuasa pada Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal).

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati