Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tarikh Hari Puasa 2024 dan Cuti Bulan Ramadhan 1445 Hijrah

1705044488189

Jom semak puasa 2024! Umat Islam di seluruh dunia amat menantikan tarikh hari puasa beserta cuti bulan ramadhan yang mulia. Bulan ramadan ialah merupakan bulan kesembilan di dalam kalendar Islam dan ianya dianggap sebagai bulan yang paling suci.

Di dalam bulan ini Allah menurunkan Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW dan ianya bulan yang mana umat Islam seluruh dunia menjalankan ibadah puasa. Oleh kerana itu, mari kita telesuri berkenaan takwim rasmi puasa pada tahun 2024 ini.

Berkenaan Tarikh Hari Puasa 2024 Serta Takwim Cuti Bulan Ramadhan 1445 Hijrah

Puas 2024

Tarikh Rasmi Puasa 2024

Bemula bulan puasa bulan Ramadan pada tahun 2024 di Malaysia dijangka mula 12 Mac 2024 hari Selasa bersamaan dengan 1 Ramadan 1445H mengikut kalendar Hijrah. Ini berdasarkan tarikh yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ,menurut panel pakar Falak JAKIM. Akan tetapi , semuanya bergantung dengan pemerhatian bulan dan boleh jadi berbeza mengikut kondisi cuaca dan lokasi geografi.

Senarai Cuti Bulan Ramadhan 2024 / 1445 Hijrah

Awal Ramadan adalah merupakan pelepasan umum bagi 3 negeri iaitu negeri Johor, Kedah dan Melaka.

Dilampirkan jadual di bawah ini kalendar cuti bulan Ramadhan khusus bagi setiap negeri untuk memudahkan anda membuat rujukan dan perancangan percutian bersama keluarga.

jadual cuti umum persekutuan dan negeri 2024 1
Diterbitkan oleh : https://www.kabinet.gov.my/bkpp/
jadual cuti umum persekutuan dan negeri 2024 2
Diterbitkan oleh : https://www.kabinet.gov.my/bkpp/

Lafaz Niat Puasa Harian dan Lafaz Niat Puasa Sebulan

Melafazkan niat adalah salah satu rukun wajib dalam setiap ibadat. Tanpa berniat puasa individu tersebut tidak dianggap berpuasa walaupun dia menahan diri dari makan dan minum. Waktu berniat pula adalah bermula daripada terbenam matahari (masuk solat waktu maghrib) hingga sebelum terbit fajar. Dengan itu, bolehlah berniat pada mana-mana waktu tersebut walaupun ketika sedang menunaikan solat fardhu Maghrib.

Di bawah ini disertakan lafaz niat berpuasa sehari/sebulan.

download
  • Niat Puasa Sehari :

Bacaan Dalam Rumi : Nawaitu Sauma Roghodin ‘An Ada-‘ie, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala

Maksudnya : Sahaja aku berpuasa pada keesokan harinya bagi menunaikan fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta’ala

  • Niat Puasa Sebulan :

Bacaan Niat Sebulan Dalam Rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala

Maksudnya : Sahaja aku berpuasa bagi keseluruhan bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta’ala

Takwim Puasa 2024 Seluruh Negeri Dalam Malaysia

Senarai Takwim Waktu Berbuka Puasa Seluruh Negeri Tahun 2024

Menerusi portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan diterbitkan jadual waktu berbuka puasa dan imsak bulan Ramadhan tahun 2024 (M) bersamaan dengan 1445 (H) seluruh negeri di Malaysia. Jadual dan Takwim tersebut bolehlah digunakan bagi membuat semakan seluruh umat Islam di Malaysia bagi waktu berbuka puasa dan Imsak semasa menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.

Jadual tersebut boleh di muat turun (DOWNLOAD) dengan klik pautan seperti tertera di bawah mengikut nama negeri masing-masing :

NEGERITAKWIM BERBUKA PUASA
WP Kuala Lumpur (Putrajaya)[DOWNLOAD]
WP Labuan[DOWNLOAD]
Perlis[DOWNLOAD]
Selangor[DOWNLOAD]
Kedah[DOWNLOAD]
Perak[DOWNLOAD]
Pulau Pinang[DOWNLOAD]
Kelantan[DOWNLOAD]
Terengganu[DOWNLOAD]
Pahang[DOWNLOAD]
Negeri Sembilan[DOWNLOAD]
Melaka[DOWNLOAD]
Johor[DOWNLOAD]
Sabah[DOWNLOAD]
Sarawak[DOWNLOAD]
jadual takwim berbuka puasa dan imsak bagi seluruh negeri di malaysia 2024

Senarai Amalan Sunat Bulan Puasa 2024

Ulama pernah berkata ,

“SEANDAINYA MANUSIA ITU MENGETAHUI AKAN KEBAIKAN-KEBAIKAN YANG ADA PADA BULAN RAMADAN, NESCAYA MEREKA AKAN MENGHARAP SETIAP BULAN ADALAH BULAN RAMADAN”

Oleh itu, admin ingin berkongsi beberapa amalan sunat semasa berpuasa di bulan Ramadan.

  • Berpuasa di bulan Ramadan dengan sempurna
  • Melakukan solat sunat Tarawih
  • Menghindari perkasa maksiat ketika berpuasa
  • Bersahur
  • Memperbanyak membaca Al-Quran
  • Memberi makan kepada orang yang sedang berpuasa

Soalan FAQs Berkenaan Bulan Puasa 2024

Bila bermula puasa 2024?

12 Mac 2024 (Selasa) bersamaan dengan 1 Ramadan 1445H

Hari pertama puasa 2024 hari apa?

Selasa

Bagaimana pengumuman puasa 2024 dilakukan ?

 akan diumumkan di saluran RTM TV1 (jam 8:00 malam, 11 Mac 2024)

Apakah lafaz niat puasa?

Sahaja aku berpuasa pada keesokan harinya bagi menunaikan fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta’ala

Bila waktu berbuka puasa?

Sejurus masuk waktu fardhu Maghrib

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati