Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pelajari Cara Penjagaan Kucing dan Tips Penjagaan Kucing

Pelajari Cara Penjagaan Kucing dan Tips Penjagaan Kucing
Pelajari Cara Penjagaan Kucing dan Tips Penjagaan Kucing 6

Mahu cara penjagaan kucing? Memelihara haiwan peliharaan tak kisah haiwan apapun memerlukan perhatian dan komitmen yang baik serta konsisten. Maksudnya, kita kena sentiasa peka tentang kebajikan haiwan yang kita ingin bela itu.

Sebab apa perlu peka? Sebab persekitaran kita kadang tidak sama dengan habitat asal haiwan tu. Jadi disini mari kita pelajari sama-sama bagaimana cara untuk menjaga haiwan peliharaan kita terutamanya kucing.

Panduan Asas Penjagaan Kucing

Rutin Cara Penjagaan Kucing

Kucing 1 1
Pelajari Cara Penjagaan Kucing dan Tips Penjagaan Kucing 7

Penjagaan yang terbaik dan sempurna dari anda merupakan hal terpenting bagi kucing anda menjalani kehidupannya dengan sihat, aktif dan kuat. Jadi, disini dikongsikan rutin asas penjagaan kucing untuk anda yang baru hendak berjinak-jinak di dalam dunia kucing ini. 

1. Memberikan makanan yang terbaik untuk kucing anda

Memberi makanan yang terbaik mestilah merangkumi keseimbangan diet berdasarkan peringkat umur, serta memberikan makanan yang berkualiti tinggi dan sesuai.

  • Kami menyarankan anda agar anda membelikan makanan kucing yang berkualiti tinggi untuk haiwan peliharaan anda. Pengambilan diet yang seimbang untuk kucing anda bergantung pada faktor seperti umur, tahap kecerdasan kucing dan juga kesihatan kucing anda
  • Kucing memerlukan khasiat seperti taurine dan amino acid untuk kebaikan jantung dan mata mereka. Setiap makanan yang anda beri pada kucing anda haruslah mempunyai diet yang seimbang mengikut tahap umur kucing anda.
  • Sentiasa sediakan air yang bersih, segar dan basuh serta mengisi semula air didalam bekas air kucing anda setiap hari.

2. Menjaga kebersihan kucing dan kawasannya

Penjagaan kebersihan kucing anda merangkumi mendandan bulu kucing, penjagaan kawasan tempat tidur dan penjagaan litter box.

  • Kucing tidak perlu mandi dengan kerap tetapi anda perlu menyikat bulu kucing anda dengan kerap.Menyikat bulu kucing anda dengan kerap akan mengurangkan keguguran bulu mereka.
  • Sediakan kawasan untuk kucing anda tidur dan berehat seperti kusyen, tuala, karpet dan sebagainya. Bersihkan kawasan tidurnya seminggu sekali agar bebas dari bakteria.
  • Seterusnya, penjagaan litter box adalah sangat penting sekali. Gunakan scoop untuk membuang najis kucing anda. Pastikan anda membersihkan litter box mereka dua kali sehari dan pasirnya pula boleh digantikan seminggu sekali. Di samping itu, sediakan litter box secukupnya. Sekiranya anda memelihara dua ekor kucing, sebaiknya sediakan dua atau tiga litter box

Berikut merupakan 7 tips penjagaan kucing indoor & keperluan yang perlu ada untuk kucing anda.

3. Menyediakan tempat mencakar untuk kucing anda

Mencakar merupakan simbol yang penting bagi kucing, malah ia juga akan menjadikan kucing anda bahagia dan sihat. Hal ini demikian kerana, mencakar merupakan tanda komunikasi dan isyarat antara kucing dengan cara terhasilnya pheromonePheromone adalah satu bentuk komunikasi berbentuk aroma yang ditinggalkan melalui proses cakaran tadi. Selain itu, kucing juga mencakar untuk meregangkan ototnya setelah seharian penat melompat dan berlari.

4. Memberikan keperluan untuk kesihatan 

Pastikan anda membawa kucing anda ke vaterinar sekurang-kurangnya sekali setahun untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan juga suntikan tahunan. Segera bawa ke vaterinar jika kucing anda didapati sakit atau cedera. Memvaksinkan kucing anda akan membuatkan ia dapat menjalani kehidupannya sihat. Untuk maklumat yang lebih terperinci, anda boleh layari di laman web www.aspca.org.

5. Suntikan pemandulan

Selain itu, kucing juga memerlukan suntikan pemandulan. Hal ini demikian kerana kucing yang dimandulkan kurang merayau-rayau, kucing jantan tidak memancut air kencing di merata-rata tempat, serta menghindari kucing betina dari mendapat kehamilan dan risiko pertumbuhan tumor kanser. Kucing betina dan jantan hendaklah dimandulkan pada umur mereka lima bulan. Untuk maklumat lanjut boleh layari di www.aspca.org.

Cara Manjakan Kucing

Kucing 3
Pelajari Cara Penjagaan Kucing dan Tips Penjagaan Kucing 8

Dengan memanjakan si comel ini, kucing anda akan berasa lebih senang hati selain bantu mengeratkan hubungan antara anda dengan si manja. Oksitosin akan dibebaskan semasa anda membelai si manja, lantas mengurangkan stres yang mungkin anda sedang alami. Jadi, aktiviti memanjakan kucing sebenarnya amat bermanfaat, dan terdapat banyak cara untuk manjakan kucing, antaranya ialah yang berikut:

  1. Mainan
  2. Mengintai luar tingkap
  3. Sofa kucing
  4. Catnip
  5. Tunjukkan kasih sayang

Kucing suka bermain dan meluangkan masa bersama pemiliknya. Banyak manfaat yang kucing dapat timba jika kita dapat memperkayakan persekitaran dan emosinya. Oleh itu, dengan memanjakan kucing anda, ia akan bertambah sayang dan menghargai anda. 

Kaedah Penjagaan Kucing

Tips Mengatasi Masalah Bulu Kucing

Kucing 2
Pelajari Cara Penjagaan Kucing dan Tips Penjagaan Kucing 9

Tahukah anda tips untuk penjagaan bulu kucing anda supaya tidak luruh dan gumpal? Berikut adalah 3 tips penjagaan bulu kucing anda:

  1. Mandikan kucing sebulan 2 kali
  2. Kerap sikat bulu kucing 2 kali sehari
  3. Berikan supplement atau booster untuk bantu penjagaan bulu kucing anda

Tips Penjagaan Kuku dan Gigi Kucing

Kucing 4
Pelajari Cara Penjagaan Kucing dan Tips Penjagaan Kucing 10

Walaupun nampak remeh, kuku dan gigi kucing sebenarnya memainkan peranan penting alam habitat semula jadi mereka. Kuku dan gigi mereka yang tajam akan membantu mereka menumpaskan mangsa dan memburu. Berikut merupakan tips penjagaan kuku dan gigi kucing:

Tips Penjagaan Kuku KucingTips Penjagaan Gigi Kucing
1. Sentiasa pantau kebersihan tapak kaki dan kuku kucing. Habuk dan kotoran boleh melekat di celah-celah kuku kucing.1. Memberus gigi kucing adalah salah satu cara yang paling berkesan dalam mengelakkan penyakit berkaitan pergigian dan kerosakkan gigi.
2. Sentiasa perhatikan luka pada tapak kaki kucing. Jika kucing anda sudah berjalan seperti tempang, perhatikan sekiranya berlaku jangkitan pada tapak kaki kucing. Pada keadaan teruk, tapak kaki kucing yang bernanah dan buruk boleh menyebabkan kuku kucing tercabut.2. Dental treats yang berkualiti banyak memberi kebaikan kepada kesihatan gigi kucing secara menyeluruh.
3. Bagi memudahkan proses memotong kuku kucing, pastikan bulu yang berada di celah kuku kucing turut dipotong3. Dengan memberikan makanan yang berkualiti tinggi, makanan yang sihat adalah cara yang paling terbaik untuk menjaga kesihatan mulut kucing anda.

Soalan FAQs Berkaitan Penjagaan Kucing

1. Adakah perlu memanjakan kucing?

Kucing suka bermain dan meluangkan masa bersama pemiliknya. Banyak manfaat yang kucing dapat timba jika kita dapat memperkayakan persekitaran dan emosinya. Oleh itu, dengan memanjakan kucing anda, ia akan bertambah sayang dan menghargai anda. 

2. Bagaimanakah cara kira umur kucing?

Usia kucing dapat dilihat menerusi giginya. gigi anak kucing biasanya akan tumbuh ketika ia berusia di antara dua hingga empat minggu, menjadikan gigi sbagai penentu usia mereka. Kemudiannya, gigi kekal kucing berkembang, iaitu pada usianya mencecah tiga ke empat bulan.

3. Kenapa kucing tiba-tiba tercungap?

Bagi kucing yang aktif, setelah mereka berlari atau melakukan aktiviti fizikal, mereka mungkin akan tercungap-cungap bagi melepaskan lelah. Namun, sekiranya dalam keadaan rehat dan duduk, kucing anda juga menunjukkan tanda bernafas secara tercungap-cungap, besar kemungkinan kucing anda mengalami masalah pernafasan.

4. Adakah kucing berpeluh?

Jelasnya lagi, haiwan mamalia seperti kucing tidak mampu berpeluh seperti manusia untuk mengeluarkan haba di dalam badannya. Jika manusia berpeluh, ia akan menjadikan badan lebih sejuk. Berbanding kucing, haiwan ini tidak berpeluh seperti manusia kerana kelenjar peluhnya yang terhad.

5. Penyebab kucing tidak mahu minum air?

Salah satu penyebab kenapa kucing tidak mahu minum adalah kondisi mangkuk air yang tidak bersih atau mangkuk air tidak berada di tempat biasanya.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati