Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cuti Umum Melaka 2024 dan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024

11
Cuti Umum Melaka 2024 dan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 3

Cuti umum Melaka 2024 merupakan hari Kelepasan Am negeri Melaka yang ditetapkan oleh kerajaan negeri. Cuti umum ini berlaku untuk seluruh negeri Melaka. Oleh itu, artikel ini menyenaraikan tarikh-tarikh cuti umum Melaka 2024 berdasarkan kalendar terkini dan takwim 2024. Maklumat yang dikongsi ini adalah tertakluk kepada perubahan mengikut pengumuman rasmi pihak berkuasa. Sebarang perubahan terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Pengenalan Berkaitan Cuti Umum Melaka dan Tahun Melawat Melaka 2024

Apakah itu cuti umum dan hari kelepasan am?

Cuti umum bermaksud hari kelepasan rasmi yang diberikan kepada semua kakitangan dan pekerja di sektor awam dan sektor swasta. Cuti umum diistilahkan sebagai cuti kebangsaan, hari kelepasan am atau cuti undang-undang.

Cuti umum ditetapkan oleh undang-undang dan biasanya hari tidak bekerja dalam setahun. Cuti boleh berlaku pada hari tertentu dalam setahun, terikat kepada beberapa hari dalam seminggu dalam satu bulan tertentu atau mengikuti sistem kalendar lain seperti takwim Qamari.

Tahun Melawat Melaka 2024

Bermula 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024, Kerajaan Negeri Melaka sedang menganjurkan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 dengan bertemakan “Mana Lagi? Melaka Ler…”. Antara objektif kepada penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024 adalah menjadikan Melaka sebagai ‘top of the mind dan preferred tourist destination’ dengan sasaran 15 hingga 18.7 juta pelancong yang melancong ke Melaka pada tahun 2024.

Tambahan lagi, TMM 2024 juga merupakan misi Kerajaan Negeri Melaka dalam menggalakkan penglibatan rakyat negeri Melaka di dalam sektor pelancongan di dalam menjaga kebersihan, keceriaan di samping melindungi tarikan pelancongan sejarah, warisan dan alam semula jadi negeri Melaka melalui aktiviti pemuliharaan dan konservasi.

Panduan Ringkas Mengenai Cuti Umum Melaka 2024 dan Tahun Melawat Melaka 2024

Jadual Cuti Umum Melaka 2024

Berikut adalah merupakan senarai cuti umum Melaka 2024 yang anda boleh ikuti:

TARIKHHARICUTI
01 JanIsninTahun Baru 2024
10 & 11 FebSabtu & AhadTahun Baru Cina
20 FebSelasaHari Perisytiharan Tarikh Kemerdekaan
12 MacSelasaAwal Ramadan (1 Ramadan 1445H)
10 & 11 AprRabu & KhamisHari Raya Aidilfitri (1 Syawal 1445H)
01 MeiRabuHari Pekerja
22 MeiRabuHari Wesak
03 JunIsninHari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
17 JunIsninHari Raya Aidiladha/ Qurban
07 JulaiAhadAwal Muharram (Maal Hijrah 1445H)
24 OgosSabtuHari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka
31 OgosSabtuHari Kebangsaan
16 SeptIsninHari Malaysia
16 SeptIsninHari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul)
31 OktKhamisHari Deepavali
25 DisRabuHari Krismas
Cuti Umum Melaka

Tahun Melawat Melaka 2024

Kerajaan Negeri telah merancang dan menyusun pelbagai acara pelancongan yang menarik bagi menyambut kedatangan pelancong dan pengunjung ke Melaka di sepanjang kempen Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM). Dikatakan sebanyak 64 acara dan aktiviti telah dirancang oleh kerajaan negeri Melaka akan dilaksanakan di sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

22
Cuti Umum Melaka 2024 dan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 4

Antara aktiviti dan acara yang telah dan bakal dilaksanakan adalah seperti berikut:

  • Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM)
  • Festival Warisan dan Pelancongan Melaka-Pahang di Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka, Banda Hilir
  • Karnival Beca Melaka di Kompleks Sejarah, Banda Hilir
  • Festival Layang-layang
  • Cruise Sungai Linggi dan Restoran Terapung Sungai Linggi
  • Caravan Park dan Glamping di Sungai Linggi
  • Pelancongan Geopark di empat lokasi iaitu Tanjung Tuan, Pulau Besar, Pulau Upeh dan Pulau Undan, serta Taman Laut Melaka

Berikut merupakan video pelancaran Tahun Melawat Melaka 2024.

Sumber berkaitan cuti umum Melaka 2024 dan Tahun Melawat Melaka 2024: Portal Kerajaan Negeri Melaka

Soalan FAQs Berkenaan Cuti Umum Melaka 2024

Berapa jumlah hari cuti umum Melaka 2024?

Jumlah cuti umum negeri Melaka adalah 18 hari.

Bilakah tarikh Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024?

Tarikh Tahun Melawat Melaka 2024 adalah daripada 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024.

Bilakah tarikh perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha Tahun 2024?

Tarikh perayaan Hari Raya Aidilfitri adalah 10 & 11 Apr 2024, dan tarikh Hari Raya Aidiladha adalah 17 Jun 2024.

Bilakah tarikh perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2024?

Tarikh perayaan Tahun Baru Cina tahun 2024 adalah pada 10 & 11 Feb 2024.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati