Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

15 Khasiat Habbatus Sauda dan Cara Makan Habbatus Sauda Yang Betul

15 Khasiat Habbatus Sauda dan Cara Makan Habbatus Sauda Yang Betul
15 Khasiat Habbatus Sauda dan Cara Makan Habbatus Sauda Yang Betul 7

Adakah anda tahu khasiat Habbatus Sauda? Menurut kitab Kanun Perubatan yang dikarang oleh ahli sains Islam, Ibnu Sina, habbatus sauda bertindak balas terhadap tubuh badan manusia sebagai penyumbang tenaga dan mengurangkan keletihan.

Jadi kali ini, mari kita terokai lebih lanjut tentang maklumat khasiat mengamalkan habbatus sauda dan cara makan habbatus sauda ini.

Pengenalan Umum Tentang Habbatus Sauda

Apa Itu Habbatus Sauda

Habbatus Sauda 1
15 Khasiat Habbatus Sauda dan Cara Makan Habbatus Sauda Yang Betul 8

Habbatus sauda atau juga dikenali sebagai Nigella Sativa, jintan hitam dan black cumin adalah salah satu dari makanan sunnah dalam kalangan masyarakat beragama Islam.

Ia menghasilkan buah yang bersaiz kapsul mengandungi biji hitam. Habbatus sauda boleh diambil secara oral atau disapu pada kulit. Malah, ia sering digunakan secara tradisional untuk merawat sakit kepala, masalah pencernaan dan banyak lagi. Habbatus sauda dipelopor oleh negara-negara Asia Barat sejak berabad dahulu sebagai bahan masakan ekoran manfaatnya yang besar dalam kesihatan.

Biji habbatus sauda juga diproses atau dikisar sehingga keluar minyaknya dan dimakan untuk tujuan kesihatan atau perubatan tradisional. Ia lebih dikenali sebagai minyak habbatus sauda dan digunakan untuk merawat kencing manis.

Sejarah Dan Asal Usul Habbbatus Sauda

Habbatus Sauda 2
15 Khasiat Habbatus Sauda dan Cara Makan Habbatus Sauda Yang Betul 9

Permulaan sejarah penggunaan Habbatus sauda terutama sebagai penawar masih tidak dapat diketahui dengan tepat. Namun, para arkeologi mempercayai bahawa ia telah digunakan dan ditanam sejak awal tamadun manusia lagi dengan penemuan bukti-bukti peninggalan dari zaman Tamadun Mesir dan Yunani Purba, iaitu sejak lebih 4000 – 5000 tahun lalu.

Sejarah perubatan Habbatus sauda turut dicatat dalam kitab Kanun Perubatan Ibnu Sina, “Canon of Medicines” di mana ilmuwan perubatan Islam berbangsa parsi ini menyatakan bahawa Habbatussauda mampu menjadi sumber tenaga dan membantu pemulihan tubuh badan dari keletihan dan merawat masalah sesak nafas.

Hadis Sahih Tentang Habbatus Sauda

Habbatus Sauda 3
15 Khasiat Habbatus Sauda dan Cara Makan Habbatus Sauda Yang Betul 10

Penggunaan Habbatussauda sebagai penawar juga telah diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W. Masyarakat dulu menggelarkannya sebagai ‘Biji yang diberkati’ kerana kelebihannya yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. Malah masyarakat Mesir kini juga masih menggelarkannya sebagai ‘Habbatul Barakah’.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aishah R.A,

إِنَّ هَذِهِ الحَبَّةَ السَّوْدَاءَ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ، إِلَّا مِنَ السَّامِ، قُلْتُ: وَمَا السَّامُ؟ قَالَ: المَوْتُ

Maksudnya: Sesungguhnya Habbatussauda adalah penawar bagi segala penyakit, melainkan al-Saam. Aku bertanya: Apakah al-Saam itu? Baginda S.A.W. menjawab: “Kematian”. [Riwayat al-Bukhari (5687)]

Kelebihan Mengamalkan Habbatus Sauda

Khasiat Habbatus Sauda Kepada Manusia

Habbatus Sauda 4
15 Khasiat Habbatus Sauda dan Cara Makan Habbatus Sauda Yang Betul 11

Habbatus Sauda ini juga kaya dengan mineral, karbohidrat dan lemak selain turut mengandungi mineral lain seperti thiamin, niasin, kalsium, folasin, zink dan fosforus. Kajian juga menunjukkan makanan tambahan semula jadi ini sangat sesuai kepada mereka yang berhasrat untuk menurunkan berat badan selain dapat mengurangkan keguguran rambut.

Antara khasiat habbatus sauda yang boleh mengubati pelbagai penyakit ialah:

KhasiatPenerangan
1. Boleh menurunkan tekanan darah tinggiHabbatus sauda telah lama digunakan sebagai rawatan hipertensi. Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam Journal of Hypertension pada tahun 2016, minyak habbatussauda dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.
2. Mengurangkan risiko diabetesPenyelidikan awal menunjukkan bahawa habbatus sauda boleh membantu mengawal tahap gula dalam darah, menjadikannya berguna dalam mengurangkan risiko diabetes jenis 2.
3. Sesuai untuk penghidap asmaBagi penghidap asma yang menderita dengan simptom seperti batuk, bersin dan sesak nafas, habbatus sauda mungkin dapat membantu.
Walau bagaimanapun, habbatus sauda tidak mempunyai keberkesanan yang sama dengan ubat yang dibekalkan oleh doktor. 
4. Dapat menurunkan berat badanMenurut sebuah kajian kecil yang dijalankan ke atas 45 orang wanita yang mempunyai berat badan berlebihan, pengambilan 2000 mg minyak habbatus sauda selama 8 minggu didapati dapat mengurangkan selera makan dan mengurangkan berat badan.
5. Tinggi dengan antioksidanHabbatus sauda mengandungi antioksidan yang kuat, seperti thymoquinone, yang membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan akibat radikal bebas.
Ini secara tidak langsung boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung.
Trending sekarang
6. Melegakan selesema dan hidung tersumbatIa juga seringkali dijadikan sebagai bahan rawatan alami untuk membantu melegakan selesema dan hidung tersumbat. 
Anda perlu hancurkannya sehingga menjadi serbuk dan kemudian, balut serbuk habbatus sauda tersebut dengan kain bersih. Dengan menghidu aromanya, ia boleh membantu melegakan selsema akibat cuaca sejuk dan hidung tersumbat. 
7. Dapat menghilangkan sakit gigiSakit gigi adalah merupakan salah satu sakit yang tidak tertahan peritnya. Oleh itu, sekiranya anda tiba-tiba sakit gigi dan tidak mempunyai ubat berkaitan, anda boleh cuba gunakan habbatus sauda sebagai bahan rawatan. 
Anda hanya perlu masak ia bersama-sama cuka, kemudian gunakan untuk berkumur-kumur. Lakukan berkali-kali sehingga sakit gigi anda berkurangan. 
8. Memulihkan sistem pencernaanHabbatus sauda dapat membantu mengurangkan masalah pencernaan seperti kembung, loya, dan sembelit, serta membantu menggalakkan sistem pencernaan yang sihat.
9. Menyokong kesihatan otakHabbatus sauda mempunyai potensi untuk meningkatkan fungsi otak dan melindungi daripada penyakit neurologikal.
10. Anti radangBiji habbatus sauda mengandungi bahan yang dapat mengurangkan keradangan dalam tubuh, yang mana ia membantu mengatasi masalah seperti arthritis dan penyakit radang usus.
11. Anti penuaan Habbatussauda mengandungi vitamin B dan zat besi yang boleh membantu melambatkan proses penuaan. Ia juga dipercaya dapat mencegah pembentukan pigmen dan kedutan. 
12. Mengurangkan sindrom PMS dan migrain Sekiranya anda sering mengalami sakit kepala serta sindrom-sindrom PMS yang teruk, anda boleh cuba amalkan habbatusauda. Hal ini kerana beberapa kandungan dalamnya mampu melegakan kesakitan anda. 
13. Meningkatkan kesihatan mentalMinyak habbatus sauda juga dapat membantu mengurangi stres dan rasa cemas. Ia juga berpotensi untuk membantu dalam mengurangkan gejala-depresi.
14. Mengurangkan tahap kolestrolHabbatus sauda boleh membantu mengurangkan tahap kolesterol LDL (kolesterol jahat) dalam darah, serta membantu menjaga kesihatan kardiovaskular.
15. Mampu menurunkan paras gula dalam darahBagi penghidap diabetes, paras glukosa tinggi secara konsisten terbukti meningkatkan risiko komplikasi masa depan seperti penyakit buah pinggang, penyakit mata dan strok.
Kebanyakan kajian menggunakan serbuk habbatus sauda dalam kapsul. Minyak daripada tumbuhan ini juga terbukti membantu menurunkan paras gula dalam darah.

Cara Mengamalkan Makan Habbatus Sauda

Habbatus Sauda 5
15 Khasiat Habbatus Sauda dan Cara Makan Habbatus Sauda Yang Betul 12

Pengambilan Minyak Hubbatus Sauda adalah di ambil semasa awal pagi dan malam kira-kira setengah jam sebelum makan. Boleh dimakan secara terus ataupun dicampurkan sekali dengan makanan dan minuman. Ambilan setiap hari akan memberikan hasil yang lebih baik.

Cara makan habbatussauda ini pula anda hanya perlu letak 7 titisan atas sudu dan makan. Botol Minyak Habbatus Sauda Olive House adalah dalam bentuk dropper. Bagi anda yang tidak biasa dengan rasa Minyak Habbatus Sauda pula boleh letakkan 7 titisan bercampur dengan air kosong (separuh cawan). Kacau dan minum. 

Anda juga boleh makan Habbatus Sauda dengan Madu Daripada Pergunungan Kyrgyzstan. Mula-mula letakkan 7 titisan Minyak Habbatus Sauda kedalam air (separuh cawan) dan ambil satu sudu the madu campurkannya di dalam cawan tersebut. Kacau hingga sebati dan minum. 

Selain itu, turut disebutkan bahawa sekiranya habbatus sauda dimasak bersama-sama cuka, kemudian digunakan untuk berkumur, ia dapat membantu melegakan sakit gigi. Habbatus Sauda juga boleh dihancurkan menjadi serbuk dan dibalut dengan kain, kemudian dihidu aromanya, boleh membantu orang yang mengalami selsema akibat cuaca sejuk.

Soalan FAQs Berkaitan Habbatus Sauda

1. Apakah kesan sampingan makan habbatussauda

Jika anda menelan minyak habbatussauda secara berlebihan, ia juga mungkin boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan berkaitan pencernaan.

2. Adakah minyak atau biji habbatussauda lebih baik?

Dalam bentuk minyak, kandungan zat aktif dari Habatussauda’ lebih tersaring dan tidak ada lagi zat yang sudah tidak diperlukan. Saranan dari pakar bahawa pengambilan Habatussauda’ dalam bentuk minyak adalah lebih baik berbanding serbuk.

3. Apakah kegunaan biji habbatussauda?

Biji Nigella sativa digunakan terutamanya sebagai rempah, selain digunakan sebagai ubat tradisional di banyak negara.

4. Dari mana datangnya habbatussauda?

Tumbuhan ini berasal dari Eropah Timur dan Asia Barat.

5. Mengapa minyak habbatus sauda baik untuk kulit?

Ia adalah anti-radang, antibakteria dan anti-penuaan dan merupakan minyak yang hebat untuk mengurangkan kemerahan kulit. Niasin yang terdapat dalam minyak ini membantu merangsang pengeluaran elastin dan kolagen sambil membantu mengurangkan benjolan, kemerahan dan kerengsaan kulit, melicinkan garis-garis halus dan mengatasi kedutan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati