Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tanda Influenza Dan Cara Merawat Influenza

3 Jenis Influenza Dan Kaedah Merawat Influenza
Tanda Influenza Dan Cara Merawat Influenza 8

Sejak kebelakangan ini, bilangan kes influenza di Malaysia semakin meningkat dengan banyak kes dilaporkan dan ramai individu yang memerlukan kemasukan ke hospital. Keluarga, terutamanya ibu bapa dan anak-anak mereka, sering terjejas oleh penyakit pernafasan berjangkit ini.

Adalah penting untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang influenza ini untuk mencegah penyebarannya dengan berkesan dan meminimumkan kesannya terhadap kesihatan anda dan orang lain. Mari ketahui lebih lanjut lagi tentang virus influenza ini.

Definisi Kefahaman Influenza Di Malaysia

Apa itu Influenza

iNFLUENZA 1
Tanda Influenza Dan Cara Merawat Influenza 9

Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti.

Bagi negara-negara yang beriklim sederhana, kejadian wabak kerap kali berlaku semasa musim sejuk manakala bagi negara-negara tropika di sepanjang garisan Khatulistiwa (termasuk Malaysia), kejadian wabak berlaku sepanjang tahun tanpa mengikut musim yang tertentu.

Jenis-Jenis Virus Influenza Di Malysia

iNFLUENZA 2
Tanda Influenza Dan Cara Merawat Influenza 10

Tidak semua influenza atau flu adalah sama. Terdapat beberapa jenis influenza yang berbeza. Ada yang menyebabkan simptom yang teruk, ada juga yang ringan. Virus Influenza dikategorikan kepada tiga jenis utama iaitu A, B dan C.

Virus jenis A menyebabkan wabak influenza yang paling meluas. Jenis A dan B bertanggungjawab untuk kebanyakan wabak selesema bermusim, dan influenza C biasanya menyebabkan gejala pernafasan yang lebih ringan.

Jenis virus Influenza antaranya ialah:

Jenis InfluenzaPenerangan
1. Virus Influenza AVirus ini boleh menjangkiti kedua-dua, manusia dan binatang meskipun lebih kerap berlaku dalam kalangan manusia.
Binatang yang dijangkiti kebiasaannya tidak menunjukkan tanda-tanda sakit. Antara yang boleh dijangkiti adalah ayam, itik, babi dan kuda.
Ia mempunyai beberapa subjenis bergantung kepada 2 protein di permukaan virus ini iaitu haemagluttinin (HA) dan neuraminidase (NA).
Daripada dua protein ini, nama-nama subjenis virus diambil. Contohnya, H1N1, H3N2 dan H5N1. Banyak lagi subjenis lain sehingga H18 dan N11.
2. Virus Influenza BIni hanya ditemui di dalam kalangan manusia sahaja. Jangkitan virus B mungkin lebih ringan berbanding virus A.
Namun, ia masih berpotensi menyebabkan penyakit dan simptom yang teruk.
Tidak seperti virus A, ia tidak dikelaskan mengikut subjenis dan tidak menyebabakan pandemik.
3. Virus Influenza CVirus C menyebabkan penyakit paling ringan antara influenza yang lain.
Kadangkala, orang yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom. Jangkitan virus ini juga jarang berlaku.

Simpton Influenza Pada Diri Seseorang

iNFLUENZA 3
Tanda Influenza Dan Cara Merawat Influenza 11

Kerap kali jangkitan virus influenza sekadar menyebabkan gejala jangkitan yang ringan pada kebanyakan orang yang mempunyai tahap immuniti badan yang baik. Secara kebiasaannya, gejala influenza bermula 1 atau 2 hari selepas dijangkiti, dan ianya meliputi :

  • Demam
  • Selesema
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Sakit kepala
  • Sakit badan
  • Sukar bernafas
  • Cirit birit dan sakit perut (khususnya dikalangan kanak-kanak) 

Pendekatan Besar Influenza Kepada Orang Rmai

Faktor Penularan Dan Golongan Yang Terdedah Influenza

iNFLUENZA 4
Tanda Influenza Dan Cara Merawat Influenza 12

Faktor tertentu menyumbang kepada penyebaran dan kesan influenza dalam negara. Memahami faktor risiko ini dan mengenal pasti kumpulan yang terdedah adalah penting untuk langkah pencegahan dan kawalan yang berkesan.

Antara faktor terjadinya penularan Influenza ini disebabkan oleh dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin. Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.

Berikut adalah golongan yang berisiko tinggi mendapat influenza:

  1. Kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun
  2. Wanita hamil
  3. Warga emas berumur 65 tahun dan ke atas
  4. Individu dengan penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi, asma, dan lain-lain)
  5. Individu obes
  6. Individu yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah (seperti pesakit kanser, penghidap HIV, pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi, dan lain-lain.) 

Cara Merawat Influenza Dengan Ubat

iNFLUENZA 5
Tanda Influenza Dan Cara Merawat Influenza 13

Virus influenza berkembang dengan cepat dan bermutasi dengan sangat cepat. Itulah sebabnya kita perlu mengambil vaksin baharu setiap tahun untuk melindungi daripada strain baharu. Kebanyakan vaksin meliputi influenza A dan B, kerana ini adalah jangkitan yang paling biasa.

Secara amnya, terdapat rawatan yang berkesan bagi merawat jangkitan influenza, dimana salah satu dari pilihan rawatan adalah dengan menggunakan ubat anti-virus iaitu tertakluk kepada hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang merawat. Rawatan segera adalah amat penting bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Berikut adalah pilihan rawatan utama yang biasa digunakan:

  1. Pengambilan ubat antivirus
  2. Mengurus gejala demam
  3. Memakai mask dimana-mana
  4. Basuh tangan menggunakan sabun
  5. Gunakan handsinitizer
  6. Perbanyakkan minum air suam

Influenza hadir dengan pelbagai gejala yang boleh berbeza-beza dalam keterukan. Menyedari simptom ini adalah penting untuk diagnosis tepat pada masanya dan pengurusan yang sesuai.

Apabila didiagnosis dengan influenza, rawatan yang tepat pada masanya dan sesuai memainkan peranan penting dalam mengurangkan gejala, memendekkan tempoh penyakit, dan menggalakkan pemulihan yang cepat. Berikut adalah cara unyuk diagnosis influenza dari Dr Nurul Yaqeen:

Risiko Jika Tidak Merawat Influenza

iNFLUENZA 6
Tanda Influenza Dan Cara Merawat Influenza 14

Influenza menimbulkan risiko kesihatan yang ketara di Malaysia, terutamanya semasa musim selesema tahunan. Pengerusi Kumpulan Kerja Influenza Malaysia, Prof Dr Zamberi Sekawi, berkata warga emas biasanya mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes, sakit jantung dan lain-lain.

Bagi memastikan kesihatan warga emas ini berada pada tahap baik, banyak perkara perlu diberi perhatian termasuk pemakanan sihat, bersenam selain pengambilan vaksin bagi mencegah penyakit tertentu terutama sekali influenza. Jika tidak ianya boleh berisiko 5 kali ganda daripada serangan jantung.

Antara risiko lain yang boleh dapati jika tidak mengambil berat terhadap komplikasi ini ialah:

  1. Serangan jantung
  2. Jangkitan telinga dan sinus
  3. Jangkitan paru-paru disebabkan virus influenza sendiri atau bakteria (adalah serius dan boleh membawa kematian)

Soalan FAQs Berkaitan Influenza

1. Apakah Influenza?

Influenza disebabkan virus Influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti.

2. Berapakah lama influenza bertahan?

Kebanyakan gejala hilang dalam 4 hingga 7 hari. Batuk dan rasa letih mungkin berlarutan selama berminggu-minggu.

3. Adakah Influenza memerlukan kuarintin?

Anda perlu mengkuarantin diri sendiri dan tinggal di rumah untuk mengelakkan hubungan dengan orang lain.

4. Adakah influenza jenis A yang paling teruk?

Influenza jenis A biasanya dianggap lebih teruk daripada influenza jenis B.

5. Seberapa teruk influenza?

Ia boleh menyebabkan penyakit ringan hingga teruk, dan ada kalanya boleh menyebabkan kematian. Cara terbaik untuk mencegah selesema adalah dengan mendapatkan vaksin selesema setiap tahun.

7. Adakah influenza A sangat berbahaya?

Jangkitan Influenza A lebih serius daripada selesema biasa. Ia boleh menyebabkan wabak besar dan penyakit yang teruk.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati