Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tanda-Tanda Insomnia, Punca, Jenis dan Cara Rawat Insomnia Agar Cepat Tidur

Tanda-Tanda Insomnia, Punca, Jenis dan Cara Rawat Insomnia Agar Cepat Tidur

Pernah tak anda alami Insomnia? Mesti pernah kan. susah nak tidur malam, ia dicirikan berkaitan dengan satu penyakit yang diberi nama sebagai insomnia, jadi hari ini kita akan explore apa itu tanda-tanda insomnia, jenis , tahap dan cara rawatannya. Umum diketahui penyakit insomnia ini boleh berlaku kepada semua golongan-golongan umur.

Terdapat kajian yang menyatakan bahawasanya penyakit susah tidur ini banyak berlaku dalam kalangan umur 40 hingga 50-an. Antara satu sebab-sebabnya adalah perubahan hormon, admin percaya sebenarnya penyakit susah tidur bukan hanya berlaku kepada golongan tua ataupun umur 40-an ke atas sahaja. Akan tetapi ia juga berlaku kepada golongan muda, terutama bila banyak masalah yang difikir dan sebagainya.

Ketahui Apakah Penyebab Insomnia dan Gejalanya : Langkah Awal untuk Lawan Insomnia!

20240108 053305 0001

Apa itu insomnia

Insomnia adalah gangguan tidur yang mengakibatkan anda susah untuk tidur. Penderita insomnia juga seringkali terbangun di tengah malam dan tidak dapat tidur kembali, insomnia dapat mengakibatkan anda tidak memiliki waktu tidur yang cukup.

Oleh demikian ia dapat memberi kesan pada kesihatan fizikal mahupun mental, seperti mudah merasa penat, penurunan sistem kekebalan tubuh, kurang fokus, gangguan kecemasan (anxiety disorder) dan lain-lain sebagainya.

Selain itu, Terdapat tiga jenis insomnia iaitu sementara, jangka pendek dan kronik:

  • Insomnia Sementara : berlaku sekiranya terdapat perubahan masa, tempat atau emosi. Sebagai contoh, melancong, keghairahan, dimasukkan ke hospital. Biasanya, masalah ini akan berlangsung selama beberapa hari sahaja dan tidak menyebabkan masalah tidur yang serius.
  • Insomnia Jangka Pendek : Berlangsung daripada beberapa hari sehingga 3 minggu, perkara ini berlaku mungkin disebabkan kejadian besar yang berlaku dalam kehidupan seperti kematian ahli keluarga/saudara yang dekat atau di buang kerja.
  • Insomnia Kronik : Berlangsung daripada beberapa bulan sehingga beberapa tahun, perkara ini berlaku disebabkan oleh kegelisahan, ubat-ubatan, penyalahgunaan alkohol, dadah dan masalah perubatan lain.

Tanda-tanda dan gejala insomnia

  1. Untuk memulai tidur pada waktu malam
  2. Kerap terjaga lebih awal
  3. Sering terbangun di tengah malam
  4. Bangun terlalu awal di waktu pagi
  5. Berasa lesu walaupun selepas tidur malam
  6. Keletihan atau mengantuk pada waktu siang

Kesan dari insomnia

Jangan pandang remeh atas susah tidur atau insomnia ataupun tak cukup tidur,sepatutnya setiap hari kita harus tidur sekurang-kurangnya selama 6-8 jam setiap hari. tapi apa yang berlaku kalau berterusan setiap hari kita tidur lewat atau tak cukup tidur. Umum ketahui jika ia berterusa, ia boleh beri kesan yang teruk dan penyakit boleh dibawa banyak komplikasi komplikasi yang lain. Antaranya ialah:

  • Gastrik: Waktu malam tak tidur perut kita masih berfungsi dan masih ada asid yang dikeluarkan lagi lama-lama jadikan gastrik itu satu yang kedua
  • Sakit seluruh badan, kerana tak cukup rehat
  • Daya ingatan menurun ini adalah tanda-tanda sel-sel otak yang dalam dah mula

Sekiranya penyakit ini berterusan, ia boleh menyebabkan komplikasi yang lagi teruk :

  • Depression atau kemurungan
  • Cepat lupa atau nyanyuk
  • Jantung lemah

Tidur Lebih Nyenyak, Hidup Lebih Sihat: Temukan Solusi Disini untuk Rawat Insomnia!

20240108 053305 0002

Pencegahan dan Rawatan Insomnia

1. Elakkan Penggunaan Handphone 30 Minit Sebelum Tidur

Hal ini dapat mengurangkan kesan cahaya skrin yang boleh mengganggu proses tidur. Umum ketahui bahawa skrin telefon boleh mengganggu pengeluaran homon serta juga terlalu banyak melihat handphone akan mengurangkan level hormon melatonin di dalam badan, jadi perkara ini perlu diberi masa berehat dari skrin sebelum tidur agar kita dapat tidur yang lebih baik.

2. Jangan Tidur Lebih 30 Minit Pada Waktu Siang

Tidur petang boleh mengganggu tidur malam, cuba elakkan tidur petang terlalu lama supaya badan sempat mengumpulkan keletihan untuk tidur pada waktu malam. Sediakan waktu rehat yang pendek pada waktu petang untuk pastikan tidur malam yang mencukupi.

3. Banyakkan Bersenam Pada Waktu Petang

Hal ini kerana apabila badan penat, senang untuk tidur elakkan bers ama dekat dengan waktu tidur kerana aktiviti fizikal yang kuat boleh membuatkan badan mudah mengantuk. untuk tidur lebih baik lakukan senaman dalam waktu petang awal untuk dapatkan masa badan berehat sebelum tidur.

4. Jangan Banyak Sangat Berfikir Sebelum Tidur

Berfikir terlalu banyak sebelum tidur menyebabkan minda terjaga dan sukar untuk berehat. Cuba luangkan masa untuk tenangkan fikiran, contohnya dengan baca buku atau melakukan aktiviti yang menenangkan seperti mendengar dan melakukan pernafasan yang mendalam untuk membantu mengurangkan kebimbangan dan mempersiapkan diri untuk tidur.

5. Jangan Minum Kafein Sebelum Tidur

Elakkan minum minuman berkafein, seperti kopi, kerana ia menganggu sistem saraf pusat dan boleh mengganggu waktu tidur. Oleh itu, elakkan pengambilan kafein menjelang waktu tidur boleh membantu badan bersedia untuk tidur dengan lebih baik.

Cara Hilangkan Insomnia Dengan Cepat iaitu Menggunakan Noise For Sleep

“Noise for sleep” merujuk kepada bunyi-bunyian yang direka khas untuk membantu seseorang tidur atau berehat. Ia boleh berupa bunyi seperti bunyi ombak, hujan atau bunyi burung. Bunyi-bunyi ini membantu menenangkan fikiran dan mengurangkan gangguan bunyi luar yang boleh mengganggu tidur, anda boleh rujuk dibawah untuk hasilkan tidur yang berkualiti.

Video Noise For Sleep : Tiktok

Soalan FAQs Berkenaan Insomnia

Apakah insomia berbahaya?

Insomia yang berterusan boleh memberi kesan signifikan kepada kesihatan fizikal dan mental. Gangguan tidur yang berpanjangan boleh menyebabkan penurunan prestasi kognitif, masalah kesihatan mental seperti kebimbangan dan kemurungan, peningkatan risiko penyakit jantung, terkena darah tinggi, masalah metabolik dan penurunan daya tahan tubuh. Secara umumnya, insomnia boleh memberikan kesan serius terhadap kesihatan keseluruhan seseorang jika tidak ditandingkan dengan sewajarnya

Bagaimana cara mengenal pasti jika seseorang mengalami insomnia?

Biasanya, jika seseorang mengalami kesukaran tidur ataupun orang yang kurang tidur yang mencukupi selama lebih dari tiga malam sehingga seminggu selama lebih dari tiga bulan. Ini mungkin menunjukkan insomnia.

Adakah hubungan antara gaya hidup insomnia?

Ya, gaya hidup yang tidak sihat seperti pengambilan kafein berlebihan atau kebiasaan tidur yang tidak teratur boleh meningkatkan risiko insomnia

Adakah teknik-teknik relaksasi yang boleh membantu mengatasi insomnia dalam 1 minit?

Ya, Teknik ini dinamakan sebagai “RELAX BREATHING” atau teknik 4-7-8. Caranya adalah tarik nafas selama 4saat, tahan nafas selamat 7 saat dan hembus nafas selama 8 saat. Lalu ulangi berkali-kali selama 1 minit, lakukan berterusan sehingga anda boleh tidur.

Bilakah sepatutnya saya perlu berjumpa doktor?

Sekiranya insomia berterusan dan mengganggu kehidupan seharian adalah bijak untuk mendapatkan nasihat doktor bagi mendapatakan rawatan yang sesuai

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Yumni Khans
Yumni Khans
'Kita bukan diciptakan untuk berputus asa..'

Anda Mungkin Meminati