Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kebocoran Data di Scribd Oleh Rakyat Malaysia Sendiri

Rakyat Malaysia Sendiri Lakukan Kebocoran Data di Scribd!!
Kebocoran Data di Scribd Oleh Rakyat Malaysia Sendiri 8

Bagaimana rakyat Malaysia kebocoran data di Scribd? Penggunaan laman web dokumen terkenal dunia iaitu Scribd terus mendapat permintaan. Laman tersebut memuatkan lebih 100 juta bahan dokumen yang boleh didapatkan oleh pengguna seluruh dunia.

Laman Scribd sememangnya sebuah laman yang menarik dan serba guna untuk membuat rujukan dan lain-lain urusan. Namun, terdapat kes kebocoran data di Scribd secara berleluasa oleh rakyat Malaysia sendiri.

Mengenai Laman Web Dokumen Scribd

Apakah itu Scribd?

Rakyat Malaysia Kebocoran Data di Scribd

Scribd adalah merupakan sebuah laman web antarabangsa yang berfungsi dan dipercayai sebagai laman yang menyediakan pelbagai bahan dokumen dari serantau dunia.

Ia mula beroperasi sejak tahun 2006. Scribd juga menyediakan pelbagai perkhidmatan melalui langganan yang membolehkan pengguna mendapat akses bagi mencari dan muat turun bahan yang diigini dalam bentul pdf dan Word.

Bagaimana Laman Scribd Berfungsi?

Ia berfungsi sebagai sebuah laman yang menjadi tempat pengguna mendapatkan dan memuat naik dokumen. Pengguna boleh membuat bacaan secara atas talian melalui paparan yang disiarkan oleh Scribd.

image 101

Untuk mendapatkan bahan dokumen, pengguna perlu download melalui dua cara iaitu:

  1. Melanggan pakej akses scribd. Penggun akan diberikan akses untuk semua jenis dokumen yang diperlukan dan tiada had dalam memuat turun mana-mana dokumen.
  2. Upload dokumen ke laman Scribd. Kaedah percuma yang pengguna boleh guna adalah upload bahan dokumen yang pengguna ada. Pengguna perlu upload 5 bahan dokumen berbentuk PDF dan pengguna akan mendapat akses untuk download bahan dokumen yang diperlukan.

Bagaimana Rakyat Malaysia Kebocoran Data di Scribd?

Kini tular di media sosial Pendakwah Teknologi, mengenai postingan berkenaan kebocoron data yang dipercayai milik pelajar di laman Scribd. Perkara ini mendapat liputan ramai kerana ianya adalah tidak patut bagi mana-mana pengguna upload bahan rahsia seperti data peribadi.

image 104
Contoh Kebocoran Data di Scribd

Situasi ini adalah bahaya kerana dengan mendedahkan data peribadi, ada kemungkinan besar untuk data anda digunakan untuk tujuan tidak baik seperti aktiviti penipuan atas talian.

Kes Upload Kad Pengenalan Diri di Scribd

image 102
Kebocoran Data di Scribd

Ada juga pengguna yang bertindak dengan upload bahan dokumen maklumat seperti kad pengenalan diri. Perkara ini adalah tidak patut dan merbahaya. Bagaimana maklumat penting dan rahsia diri dipamerkan umum dan sesiapa sahaja mendapat akses?

Sebab Pengguna Upload Data Peribadi Ke Laman Scribd

Dalam hal ini, pihak Scribd tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun, kes kebocoran data di Scribd berpunca dir pengguna sendiri. Kemungkinan pengguna memuat naik untuk memenuhi syarat bagi mendapatkan bahan dokumen scribd.

image 103
Kebocoran Data di Scribd Oleh Rakyat Malaysia Sendiri 9

Pentingnya mempunyai neraca dalam diri pengguna sebelum upload bahan dokumen ke Scribd bagi memuat turun bahan.Terdapat beberapa perkara yang anda perlu waspada untuk menggunakan laman Scribd. Kes kebocoran data di Scribd ini perlu dibanteras dan diwujudkan kesedaran awam.

Panduan Penggunaan Laman Web Scribd

Syarat-Syarat Muat Naik Dokumen Scribd

Bagi situasi pengguna percuma yang ingin mendapatkan bahan secara percuma terdapat beberapa perkara yang perlu dan wajib diketahui sebelum muat naik bahan.

image 105

Berikut adalah syarat yang perlu pengguna patuhi dalam mendapatkan bahan dokumen secara percuma:

  1. Pastikan anda muat naik bahan PDF ,Word dan lain-lain. Untuk meluluskan anda mendapat akses bahan Scribd anda hanya perlu muat naik bahan dokumen jenis PDF, Word, PTX dan lain-lain.
  2. Jangan Muat Naik Bahan Penting dan Maklumat Diri. Bagi pengguna, and perlu memastikan untuk tidak upload bahan dokumen yang penting.

    Jikalau anda adalah merupakan seorang pekerja urusan pejabat dan terdapat banyak file yang mengandungi maklumat penting, pastikan anda elakkan daripada upload bahan terdebut. Jadikan diri lebih amanah kerana maklumat tersebut adalah rahsia.

    Berikut adalah ciri-ciri dokumen maklumat diri dan data peribadi:
    • Salinan kad pengenalan
    • Salinan sijil kelahiran
    • Senarai maklumat peserta yang mengandungi butiran diri.
    • Senarai nombor telefon
    • Senarai staff
    • Gambar tandatangan
    • Maklumat dan dokumen urusan rasmi yang penting.
  3. Muat Naik Bahan Dokumen yang Umum.

    Pastikan pengguna hanya memuat naik bahan dokumen yang bersifat umum sahaja. Terdapat banyak jenis dokumen yang anda boleh pilih.

    Berikut adalah jenis dokumen anda yang bersifat umum anda boleh upload dan kongsikan di Scribd:
    • Karangan
    • Cerpen
    • Catatan biasa
    • Buku PDF
    • Bahan latihan
    • Penulisan artikel
    • Dan lain-lain yang bukan bersifat peribadi dan maklumat butiran diri.

Sebagai pengguna anda perlulah bijak dan menguurskan dengan baik dalam membuat apa-apa urusan secara atas talian. Dalam kes kebocoran data di Scribd ini perlu dijadikan iktibar dan pengajaran kepada semua. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa ianya adalah salah untuk kita kongsikan maklumat butiran diri secara umum.

Mohon sebarkan dan beri peringatan kepada semua pengguna di luar sana agar dapat elakkan perkara yang tidak diingini terjadi.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati