Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

JPJ Umum Nombor Plat Gold JPJ dan Cara Bida Nombor GOLD Melalui JPJeBid

NOMBOR PLAT GOLD JPJ

Pengumuman terbaru daripada JPJ berkenaan nombor plat GOLD JPJ yang sedia dibuka untuk dibida oleh peminat nombor pendaftaran istimewa. Bidaan untuk Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri GOLD sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50 dilaksanakan pada 1 hingga 5 Februari ini.

Hal ini telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata mengenai bidaan itu boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem JPJeBid untuk orang awam dan keputusan akan diumumkan pada 6 Februari.

Pengumuman Mengenai Bidaan Nombor Plat GOLD JPJ

Apakah itu Nombor Plat GOLD JPJ?

image 240

Menurut pihaj JPJ, Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) ialah tanda indeks yang mempunyai prefix pada hadapan iaitu siri GOLD yang merupakan nombor plat sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50.

Tempoh Bidaan Nombor Plat GOLD JPJ

Nombor plat GOLD JPJ dibuka untuk bidaan bermula pada 1 Februari bermula 12 tengah hari hingga 10 malam, 5 Februari.

Berapa Harga Nombor Plat GOLD JPJ?

image 241

Harga bidaan bagi nombor plat Gold JPJ dalam JPJeBid adalah mengikut harga minimum yang telah ditetapkan. Berikut adalah merupakan harga bidaan bagi nombor plat GOLD JPJ:

  • Nombor bernilai utama bermula RM20,000.
  • Nombor menarik bermula RM3,000
  • Nombor popular bermula RM800
  • Nombor biasa bermula RM300

Bidaan Boleh Dibuat Di Sistem JPJeBid

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata penawaran melalui Sistem JPJeBid ini juga adalah usaha Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam merealisasikan penyampaian perkhidmatan pendigitalan sepenuhnya.

Orang ramai yang berminat boleh membuat bidaan secara atas talian segera sebelum 6 Februari 2024. Boleh juga rujuk cara-cara untuk membuat bidaan di JPJeBid dibawah.

Panduan Bida Nombor Plat GOLD JPJ Secara Online Melalui JPJeBid

Cara Bida Nombor Plat Melalui Sistem JPJeBid

image 239

Anda perlu log masuk mySIKAP terlebih dahulu. Kemudian, boleh mendaftar bagi menggunakan sistem JPJeBid. Berikut adalah cara untuk bida nombor plat di JPJeBid:

  1. Sila daftar masuk portal JPJeBid. Bagi pengguna kali pertama, perlu klik Daftar Baharu.
  2. Bagi permohon yang ingin mendaftar dibawah JPJeBid perlu melampirkan dokumen seperti:
    • Salinan kad pengenalan (individu)
    • Salinan sijil dan lesen perniagaan (syarikat).
  3. Kemudian semak e-mel bagi membuat pengesahan pendaftaran.
  4. Sila log masuk portal JPJeBid (JPJeBid login) dengan guna ID dan kata laluan yang telah ditetapkan.
  5. Anda boleh melakukan carian no plate kereta pilihan anda, Taip “GOLD”.
  6. Klik sahaja di nombor pendaftaran yang ingin dibida dan klik ‘Bida’.
  7. Anda perlu masukkan maklumat kad kredit untuk membuat pembayaran caj perkhidmatan.
  8. Kemudian, sila masukkan amaun untuk bida.
  9. Paparan pembayaran akan muncul dan anda perlu sedia maklumat kad kredit untuk amaun bidaan anda.

Untuk makluman kepada anda, setiap nombor yang dibida akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM10 sahaja.

Hasil Bidaan Orang Awam Akan Digunakan Bagi Inisiatif Rakyat

Bidaan untuk siri NPI GOLD ini adalah bertujuan untuk menambah hasil negara iaitu kesemua hasil bidaan NPI nanti akan dimasukkan ke dalam akaun disatukan dengan 50 peratus daripada hasil tersebut yang akan dikembalikan semula kepada Kementerian Pengangkutan.

Pihak Kementerian Pengangkutan akan gunakan dana tersebut untuk melaksanakan pelbagai inisiatif untuk rakyat antaranya seperti bantuan lesen memandu, bantuan topi keledar dan subsidi FLYsiswa.

Hasil bidaan ini juga akan menjadi caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi semua pemandu teksi seluruh negara selepas menerima hasil bidaan NPI siri GOLD ini. Perincian mengenai caruman Perkeso juga akan diumumkan kemudian selepas memperoleh hasil bidaan NPI siri GOLD.

Rekod Bidaan Nombor Plat Paling Tinggi

Terdapat rekod yang dicatat bahawa pihak JPJ pernah menerima bidaan paling tinggi adalah untuk siri FF iaitu sebanyak RM35 juta.

Bagi siri GOLD ini lebih ramai peminatnya dan Anthony Loke mengharapkan hasil daripada GOLD lebih tinggi dari FF. Begitulah tujuan utama pihak Kementerian Pengangkutan mengadakan sesi bidaan bagi siri GOLD adalah untuk menambahkan hasil negara dan menampung inisiatif untuk rakyat Malaysia dari segi pengangkutan.

Diminta bagi orang ramai yang mempunyai minat dalam membuat bidaan boleh membuat bidaan segera selagi nombor plat GOLD JPJ masih tersedia.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati