Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan MAIS Januari 2024

Pengambilan MAIS Januari 2024

Tawaran pengambilan MAIS Januari 2024. Berita ini adalah penting untuk para calon yang berminat dan berusaha mencari pekerjaan di bawah sektor kerajaan negeri. Oleh itu, para calon boleh meneliti dan menyemak terlebih dahulu maklumat lengkap jawatan kosong yang Kami sediakan.

Terdapat beberapa maklumat mengenai pengambilan MAIS Januari 2024 yang perlu diketahui oleh para calon. Sila ikuti maklumat yang kami lampirkan dibawah.

Makluman Berkenaan Pengambilan MAIS Januari 2024

Senarai Jawatan Kosong Bagi Pengambilan MAIS Januari 2024

image 84

Untuk pengetahuan para calon terdapat 10 jenis jawatan kosong yang telah dibuka mengikut kelayakan minima SPM dan juga diploma. Para calon boleh meneliti jawatan kosong serta skop kerja yang Kami sediakan di bawah:

JAWATANTARAF PELANTIKANGAJI POKOK
PengurusTETAPRM 3,601.00 – RM 10,557.00
JuruauditTETAPRM 2,264.00 – RM 9,643.00
Juruaudit MasjidKONTRAKRM 2,264.00 – RM 9,643.00
Juruukur BahanTETAPRM 2,264.00 – RM 9,643.00
Penolong PengurusTETAPRM 2,264.00 – RM 9,643.00
Eksekutif MasjidKONTRAKRM 1,897.00 – RM 6,643.00
EksekutifTETAPRM 1,897.00 – RM 6,643.00
Penolong Pegawai PerubatanTETAPRM 1,897.00 – RM 6,643.00
Pembantu EksekutifTETAPRM 1,364.00 – RM 4,230.00
Pembantu OperasiTETAPRM 1,218.00 – RM 2,983.00

Tempoh Permohonan Kerja Dibuka

Untuk para pemohon yang ingin membuat permohonan perlulah segera menyediakan beberapa maklumat dan dokumen diri dan buat permohonan secara atas talian sebelum 19 Januari 2024. Permohonan juga adalah mengikuti syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan sahaja.

Syarat Kelayakan Permohonan Pengambilan MAIS Januari 2024

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan permohonan umum yang anda boleh ikuti:

  • Warganegara Malaysia.
  • Anak Selangor atau sepuluh (10) tahun mastautin di Negeri Selangor (tempoh dikira selepas tamat pengajian).
  • Mempunyain kelayakan minima SPM, Diploma dan Ijazah berdasarkan jawatan yang dipohon.
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Mempunyai 5 tahun pengalaman dalam bidang yang berkaitan.

Bagi syarat kelayakan khusus adalah anda boleh ikuti syarat-syarat yang dinyatakan dalam iklan permohona jawatan dibahagian bawah melalui pautan yang kami sediakan.

Prosedur Mohon Kerja di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Rujuk Iklan Rasmi MAIS

image 85
Pengambilan MAIS Januari 2024 4

Para pemohon diminta untuk membuat semakan terlebih dahulu berkenaan iklan jawatan kosong dalam urusan pengambilan MAIS Januari 2024.Calon perlu membuat semakan kerana melalui iklan ini disenaraikan jawatan kosong berserta maklumat lengkap yang para calon memboleh meneliti dan mengetahui syarat-syarat kelayakan khusus serta maklumat yang lain.

Berikut adalah iklan jawatan kosong rasmi yang anda boleh semak:

Kaedah Permohonan Online Kerja MAIS

Permohonan hendaklah melalui Sistem eKerjaya, MAIS mulai tarikh 08 Januari 2024 (Isnin). Permohonan berikut AKAN DITOLAK sekiranya:

  • Pengisian permohonan di Sistem eKerjaya, MAIS tidak lengkap; dan
  • Dokumen yang diperlukan tidak dilampirkan;
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Januari 2024 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari.

Senarai Dokumen yang Perlu Disediakan Bagi Urusan Temuduga

Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk sesi temuduga.
Ketika hadir sesi temuduga calon hendaklah mengemukakan salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

  • Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
  • Sijil akademik;
  • Gambar ukuran pasport;
  • Surat Akuan/pengesahan mastautin pemohon/ibu/bapa bagi pemohon yang lahir di luar Negeri Selangor; dan
  • Sijil-sijil yang berkaitan;
  • Pengesahan salinan sijil hanya boleh dibuat oleh pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan & Profesional atau Ketua Kampung atau Penghulu atau Nazir Masjid.
  • Pengesahan sijil melalui tandatangan ‘bagi pihak’ akan ditolak.
  • Rekod Perkhidmatan Pegawai dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Resume terkini.
  • Salinan penyata gaji terkini.

Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (6) bulan dari tarikh tutup iklan ini adalah dianggap tidak berjaya. Sehubungan itu, diminta kepada para pemohon yang telah membuat permohonan, boleh membuat persiapan yang lengkap bagi urusan temuduga sekiranya dipanggil nanti.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati