Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kerajaan Tetapkan Penjawat Awam Baharu Tidak Berpencen

Kerajaan Tetapkan Penjawat Awam Baharu Tidak Berpencen

Penjawat awam baharu tidak berpencen? Kabinet bersetuju bagi menetapkan syarat bahawa penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, status pencen penjawat awam sedia ada tidak akan terjejas, Walaupun golongan yang baharu dilantik nanti perlu membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Setersunya, menurutnya lagi, satu pengumuman mengenai tempoh pelaksanaannya akan dibuat oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam iaitu Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz tidak lama lagi.

Penjelasan Kerajaan Mengenai Penjawat Awam Baharu Tidak Berpencen

Penjawat Awam Lantikan Baharu Secara Kontrak

Berdasarkan apa yang sudah dibincangkan oleh kerajaan berkenaan penjawat awam baharu tidak berpencen bahawa dan terdapat kekeliruan daripada kenyataan mengenai jawatan atas pengambilan baharu adalah perjawatan kontrak semata kerana ia tak bermaksud begitu.

Namun, ianya adalah kontrak bagi satu tempoh singkat sebelum Kerajaan meluluskan dasar baharu pengambilan secara tetap namun tidak berpencen. Penjawat awam baharu akan mencarum KWSP dan kerajaan bakal bagi sumbangan sebagaimana kebiasaan yang dilakukan kepada kakitangan swasta.

Caruman KWSP Bakal Diperkenalkan Bagi Menggantikan Pencen

Bagi mengantikan penjawat awam baharu tidak berpencen, kerajaan Malaysia menawarkan caruman kepada penjawat awam baharu. Terdapat juga kelebihan seperti pekerja swasta sebelum ini.

Untuk sesiapa yang layak juga diberikan sumbangan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).Oleh sebab itu, langkah jangka panjangnya adalah penjawat awam baharu akan dilantik begitu dengan tiada pencen. Namun yang sedia ada diteruskan secara tetap dan berpencen.

Pada kenyataan yang lalu, perkara tersebut telah dimaklumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menerusi satu pekeliling yang dikatakan akan mengukuhkan sistem saraan perkhidmatan awam di negara ini.

Terdapat Cadangan Mansuh Pencen Menteri Oleh Netizen

Seiring dengan cadangan pelaksanaan skim tidak berpencen kepada penjawat awam baharu, rata-rata pengguna media sosial hari ini menuntut langkah dan cadangan mansuh pencen menteri perlu dikuatkuasakan terlebih dulu kepada semua lantikan politik baharulah penjawat awam baharu tidak berpencen.

image 196
Kerajaan Tetapkan Penjawat Awam Baharu Tidak Berpencen

Selain cadangan membabitkan menteri dan timbalan menteri, respon pengguna media sosial menerusi komen di Facebook yang mahukan langkah sama patut diambil terhadap wakil rakyat membabitkan Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Adakah Kerajaan Malaysia Dapat Jimat Sekiranya Pencen Ditukar Ke Caruman KWSP?

Menuru pendapat, bagi ahli parlimen selama sepenggal yang telah menyertai skim persaraan KWSP, kerajaan akan menyumbang kira-kira RM100,000 kepada dana tersebut.

Namun sekiranya ahli parlimen itu menerima skim pencen, berdasarkan dengan purata jangka hayat warga Malaysia kos sebenar yang ditanggung oleh kerajaan adalah sebanyak RM2.7 juta.

Boleh gandakan dengan 222 ahli parlimen dan 576 Adun, dan untuk beberapa penggal, jumlahnya tidak kecil. Kesimpulannya, penukaran ke KWSP akan menjimatkan banyak wang untuk pembayar cukai.

Perbezaan antara pencen dan KWSP

image 197

KWSP adalah merupakan skim persaraan yang ditubuhkan kerajaan untuk pekerja sektor swasta, penjawat awam tak berpencen dan juga untuk pencarum sukarela.

Carumah KWSP adalah Sebanyak 11 peratus diambil daripada gaji bulanan pencarum dimasukkan ke dalam akaun mereka. Dari Majikan pula, ia menyumbang 12 atau 13 peratus daripada gaji bulanan pencarum.

Pihak KWSP kemudian akan melaburkan wang tersebut bagi memberi dividen sekurang-kurangnya 2.5 peratus setiap tahun kepada setiap pencarum.

Berbeza dengan skim pencen, pencarum KWSP boleh mengeluarkan keseluruhan simpanan mereka apabila telah mencecah usia 55 tahun.

Namun, kerajaan sebelum ini sedang menimbang untuk membolehkan pencarum mengeluarkan simpanan mereka secara berkala dengan akaun 3 terbaru agar dana persaraan mereka dapat diuruskan dengan lebih baik.

Pencarum juga akan mendapat beberapa manfaat cukai dengan membuat caruman di KWSP. Pesara berpencen pula memperolehi manfaat penjagaan kesihatan serta kadar lebih rendah bagi pinjaman bank, selain daripada pencen bulanan mereka.

Berdasarkan kenyataan penjawat awam baharu tidak berpencen adalah perlu ditetapkan dengan mendahulukan keperluan rakyat dan perlu seiring dengan perancangan kewangan kerajaan. Sekiranya telah ditetapkan caruman KWSP dan hapus pencen itu boleh memberi banyak kelebihan untuk negara, ia adalah langkah tepat.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati