Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kalendar Islam Tahun Hijrah 2024 dan Tarikh Penting Dalam Islam

Future Imej
Kalendar Islam Tahun Hijrah 2024 dan Tarikh Penting Dalam Islam 16

Kalendar tahun Hijrah 2024 merupakan yang terpenting untuk seluruh umat Islam untuk mengetahui tentang hari-hari penting yang terdapat di dalam bulan Islam.

Kalendar Hijriah atau lebih dikenali sebagai Kalendar Islam merupakan panduan yang penting dalam urusan kehidupan seseorang muslim. Menurut Al-Biruni, kalendar ini bermula pada 16 Julai 622M yang telah dipersetujui dan diguna pakai pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab.

Tahun hijrah dipilih sempena tahun penghijrahan Rasulullah SAW sebagai permulaan tahun dan bulan Muharram sebagai bulan pertama di dalam bulan islam. Oleh itu, kalendar Islam juga penting bagi umat Islam agar tidak ketinggalan dalam menjalani ibadah.

Berkenaan Kalendar Islam Tahun Hijrah 2024

Apa Maksud Tahun Hijrah?

Hijrah dari segi bahasa bermaksud ‘Perpindahan’. Perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain. Dari segi istilah pula, perpindahan Rasulullah SAW dan umat Islam dari Mekah ke Madinah atau Yathrib.

Peristiwa hijrah ini berlaku pada 26 Safar tahun ke-13 kerasulan bersamaan tahun 622M dan tiba di kota itu pada 12 Rabiul Awwal. Hal ini adalah titik terpenting yang mengubah seluruh sejarah peradaban manusia. Hal ini kerana, penghijrahan ini juga merupakan salah satu strategi Baginda untuk menyebarkan ajaran agama Islam.

Penghijrahan tersebut telah membuka lembaran baru serta berlakulah perkembangan dan penyebaran dakwah Islamiyyah dengan lebih sistematik dan teratur.

Selain itu, setiap tahun baru hijrah berlaku akan mengingatkan seluruh umat Islam tentang sejarah dan juga pelbagai cabaran yang telah ditempuhi oleh Baginda Rasullulah SAW yang berhijrah dari Kota Makkah ke Kota Madinah.

Oleh itu, penghijrahan Rasulullah SAW bukanlah hanya semata-mata melibatkan proses perpindahan dari suatu tempat ke tempat yang lain. Manakala, ia boleh juga dijadikan pengajaran sebagai satu proses perubahan dari satu keadaan ke satu keadaan yang lebih baik.

Tarikh Bermula Tahun Hijrah 2024

Berikut merupakan tarikh awal bermulanya bulan Islam yang berdasarkan takwim Islam yang telah dikeluarkan.

Tarikh Bermula Tahun Hijrah edited 1

Kalendar Islam Tahun Hijrah 2024

Berikut dikongsikan kalendar masihi 2024 serta bulan Islam untuk panduan orang ramai.

kalendar islam 2024 januari
kalendar islam 2024 februari
kalendar islam 2024 mac
kalendar islam 2024 april
kalendar islam 2024 mei
kalendar islam 2024 jun
kalendar islam 2024 julai
kalendar islam 2024 ogos
kalendar islam 2024 september
kalendar islam 2024 oktober
kalendar islam 2024 november
kalendar islam 2024 disember

Sambutan Tahun Hijrah 2024 

Senarai Tarikh Penting Islam 2024

Antara tarikh penting dalam bulan Islam bagi tahun 2024 adalah seperti di bawah:

Kalendar Islam 2024 edited 1
Kalendar Islam Tahun Hijrah 2024 dan Tarikh Penting Dalam Islam 17

Berikut merupakan keterangan bagi tarikh-tarikh penting seperti di atas:

Israk & Mikraj

Merupakan peristiwa penting dalam sejarah Islam yang melibatkan perjalanan Rasulullah dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Nabi diiringi oleh malaikat Jibril dan Israfil. Selain itu, peristiwa Israk & Mikraj juga berlaku di mana Nabi naik ke langit diiringi malaikat Jibril dan bertemu Allah.

Nisfu Syaaban

Menurut Mu’az bin Jabal RA, Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT melihat hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan mengampuni semua hamba-Nya kecuali yang syirik dan yang bermusuhan. Hadis ini direkodkan dalam Sahih Ibn Hibban (5665).

Awal Ramadhan

Umat ​​Islam sangat menantikan hari pertama pada bulan Ramadhan. Hal ini kerana, masyarakat Islam di Malaysia akan mengunjungi masjid dan memulakan ibadah puasa selama sebulan bermula terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Ramadan merupakan bulan yang paling mulia di dalam kalendar Islam kerana Al-Quran telah diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W pada waktu ini.

Nuzul al-Quran

Merujuk kepada peristiwa turunnya ayat pertama al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira, Mekah. Peristiwa ini berlaku pada tahun ke-41 sejak kelahiran Nabi.

Hari Raya Aidilfitri

Merupakan  hari yang disyariatkan untuk disambut sebagai hari kegembiraan dan hari kemenangan, bagi umat Islam yang berjaya melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna pada bulan Ramadhan.

Hari Raya Aidiladha

Juga dikenali sebagai Hari Raya Korban. Bagi umat Islam yang berkemampuan dituntut untuk melaksanakan ibadah korban sebagai simbolik kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS.

Awal Muharram

Antara amalan soleh yang sangat digalakkan untuk umat Islam lakukan pada bulan Muharram adalah dengan berpuasa sunat. Sesungguhnya, bulan Muharram itu disebut sebagai bulan Allah, di mana gelaran ini amat istimewa kerana tidak disebut pada bulan-bulan lain.

Maulidur Rasul

Mengikut kalendar Islam, 12 Rabiulawal merupakan Maulidur Rasul atau hari keputeraan baginda SAW iaitu penghulu sekalian nabi dan rasul.Menjadi kelaziman kita menyambut Maulidur Rasul pada setiap tahun sebagai menzahirkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.

Soalan FAQs Berkenaan Tahun Hijrah 2024

Bilakah 1 Rejab 2024?

1 Rejab adalah pada 13 Januari 2024 iaitu pada hari Sabtu.

Bagaimanakah Cara Dapatkan Kalendar Islam Jakim?

Anda boleh melayari laman web rasmi JAKIM atau melalui pautan ini https://www.islam.gov.my/ms/solat-masjid/takwim-tarikh-penting-dalam-islam

Apakah Tarikh Penting Islam 2024

Tarikh penting Islam ialah tarikh dimana umat Islam akan menyambut hari tersebut dengan beberapa amalan yang diwajibkan dan disunatkan.

Bilakah 1 Ramadhan 2024?

1 Ramadhan adalah pada 12 Mac 2024.

Bilakah 1 Syawal 2024

1 Syawal adalah pada 10 April 2024.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati