Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Temuduga Terbuka DBKL Februari 2024

Temuduga Terbuka DBKL Februari 2024

Berkenaan tawaran Temuduga Terbuka DBKL Februari 2024 akan dibuka kepada para calon. Pembukaan tawaran temuduga ini adalah secara menyeluruh bagi semua rakyat Malaysia khususnya Kuala Lumpur. Untuk permohonan boleh diketahui secara atas talian dengan merujuk pelbagai syarat kelayakan dan syarat akademik yang telah ditetapkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Sehubungan itu para calon boleh membuat rujukan berkenaan maklumat temuduga terbuka DBKL Februari 2024 yang telah kami sediakan. Untuk menghadiri temuduga terbuka adalah perlu memastikan beberapa perkara adalah tepat dan menepati dengan apa yang telah ditetapkan oleh pihak DBKL.

Berkenaan Tawaran Temuduga Terbuka DBKL Februari 2024

Untuk membuat permohonan dalam Temuduga Terbuka DBKL Februari 2024 kali ini adalah anda boleh merujuk beberapa senarai jawatan kosong yang dibuka dan maklumat lain-lain.

image 216

Maklumat Jawatan Kosong DBKL

Perhatian kepada para calon berikut adalah merupakan senarai jawatan kosong yang telah oleh pihak DBKL bagi kemasukan februari 2024:

  1. PEGAWAI PSIKOLOGI
  2. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA
  3. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA
  4. PENOLONG JURUTERA (AWAM)
  5. PENOLONG JURUUKUR (GEOSPATIAL)
  6. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
  7. PENOLONG AKAUNTAN
  8. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
  9. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN
  10. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
  11. PEMBANTU TADBIR (KERANI OPERASI)

Bilakah Tarikh Temuduga Terbuka DBKL Februari 2024?

Terdapat tarikh khusus yang telah dibuka oleh pihak DBKL bagi urusan temuduga terbuka kali ini. Para calon perlu cakna tarikh rasmi bagi memastikan anda tidak terlepas dan tersilap mengetahu tarikh rasmi sebenar. Tarikh untuk temuduga adalah pada 6 – 7 Februari 2024 mengikut jawatan.

Sila rujuk maklumat lanjut melalui iklan dibawah untuk maklumat terperinci.

Syarat Kelayakan Mohon Kerja Pada Temuduga Terbuka DBKL Februari 2024

Terdapat syarat kelayakan umum bagi membuat permohonan dalam temuduga terbuka DBKL Februari 2024 yang mesti diikuti oleh para calon seperti dibawah:

  1. Merupakan warganegara malaysia
  2. Merupakan mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas semasa permohonan.
  3. Mempunyai kelayakan akademik yang diiktiraf dan setaraf oleh kerajaan malaysia minima spm dan ke atas.

Prosedur Temuduga Terbuka DBKL Februari 2024

Semakan Iklan yang Diwar-warkan DBKL

image 215

Berikut adalah merupakan pautan iklan rasmi bagi tawaran temuduga terbuka DBKL Februari 2024:

Syarat Lantikan DBKL

  • Calon-calon dikehendaki melayari portal rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (www.dbkl.gov.my) untuk menyemak kelayakan dan melihat keseluruhan iklan bagi jawatan di atas.
  • Calon yang mempunyai Ijazah, Diploma, Sijil dari institusi pengajian tinggi awam / swasta atau luar negara hendaklah menyemak pengiktirafan di laman web DBKL.

Dokumen yang Diperlukan Dalam Urusan Temuduga

Calon-calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang telah disahkan seperti
berikut semasa Temu Duga Terbuka:

  • KAD PENGENALAN;
  • SIJIL KELAHIRAN;
  • SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM).
  • SLIP SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TIDAK DITERIMA;
  • IJAZAH, DIPLOMA, STPM, STAM, SIJIL MATRIKULASI YANG DIMILIKI;
  • TRANSKRIP AKADEMIK;
  • PENGESAHAN PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN DIPLOMA DARIPADA MQA ATAU
  • MQR;
  • SIJIL DIGITAL LENGKAP VAKSINASI COVID-19;
  • SEKEPING GAMBAR TERBARU BERUKURAN PASPORT

Nota:

Semua dokumen salinan yang dinyatakan di atas perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan ke atas, Wakil Rakyat / Senator, Pesuruhjaya Sumpah, Penggawa / Penghulu / Temenggung / Ketua Kampung / Tuai Rumah / Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) / Ketua Kaum / Ketua Masyarakat / Penyelia Pembangunan Mukim (PPM). Pengesahan selain daripada kumpulan yang dinyatakan adalah tidak sah.

Etika Pemakaian untuk Temuduga

Untuk etika telah ditetapkan bahawa pihak DBKL telah menyenaraikan panduan pemakaian seperti berikut:

  • Mestilah berpakaian kemas, pakaian formal dengan warna yang bersesuaian. Kasut hendaklah bertutup dan berwarna gelap.
  • Calon lelaki perlu memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah (lengan baju tidak boleh dilipat) dan seluar slack berwarna gelap paras buku lali. Rambut mestilah disikat rapi dan kemas. Sekiranya menyimpan misai atau jambang, hendaklah dicukur/dipotong dengan rapi.
  • Calon wanita perlu memakai pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing atau Two/Three Piece Suit. Sekiranya tidak bertudung, rambut hendaklah kemas dan tidak diwarnakan dengan warna selain warna rambut.
  • Kegagalan calon menyediakan dokumen dan mematuhi etika pemakaian yang ditetapkan seperti di atas boleh mengakibatkan calon tidak dibenarkan untuk menjalani Temu Duga Terbuka (Walk-in) ini.

Semoga urusan para calon bagi temuduga terbuka dipermudahkan dan selamat maju jaya diucapakan dari kami, Sistem Guru Online.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati