Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

5 Resipi Ayam Masakan yang Mudah dan Ringkas untuk Bulan Ramadhan

hh
5 Resipi Ayam Masakan yang Mudah dan Ringkas untuk Bulan Ramadhan 6

Menjelang Bulan Ramadhan yang Berkat ini, pasti ramai yang terfikir apakah masakan yang mudah dan menjimatkan masa serta mengenyangkan yang boleh disediakan untuk seisi keluarga di rumah. Artikel ini bertujuan untuk menyenaraikan 5 resipi ayam masak yang simple untuk juadah berbuka atau bersahur di Bulan Ramadhan yang bakal menjelma.

Resipe Ayam Masak Yang Mudah dan Ringkas

Ayam Goreng Tepung

Bahan-bahan yang diperlukan untuk ayam goreng tepung:

  • Ayam (terpulang banyak mana)
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk cili
  • 4 sudu besar tepung gandum (bergantung jumlah ayam)
  • Secubit soda bikarbonat (jangan banyak nanti rasa pahit)
  • Telur

Cara-cara penyediaan dan masakan:

  1. Gaulkan ayam, kunyit, serbuk cili dan garam.
  2. Campur semua bahan kecuali telur, tepung dan gaul sebati.
  3. Dalam bekas lain, pecahkan telur dan kacau.
  4. Celup ayam dalam telur.
  5. Lumurkan ayam pada tepung. Ramas-ramaskan ayam untuk bagi salutan tepung cantik.
  6. Goreng secara deep fry. Api sederhana sahaja.

Ayam Masak Madu

Bahan-bahan yang diperlukan untuk ayam masak madu:

  • 1/2 ekor ayam
  • Garam
  • Kunyit
  • 1 sudu rempah kari ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Bawang besar
  • Cili kering
  • Madu
  • Gula merah
  • Sos/tomato puree
  • Air
62322879 2327275817527413 3151269676042944512 n
5 Resipi Ayam Masakan yang Mudah dan Ringkas untuk Bulan Ramadhan 7

Cara-cara penyediaan dan masakan:

  1. Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
  2. Ketuk-ketuk ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bahan perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
  3. Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
  4. Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau.
  5. Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah. Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.
  6. Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bawang goreng atau daun sup.

Ayam Masak Kicap

Bahan-bahan yang diperlukan untuk ayam masak kicap:

  • Bawang putih
  • Halia
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Bawang merah
  • Bawang besar
  • Halia
  • 4 sudu makan sos cili
  • Kicap manis
  • Kicap masin
  • 3 sudu sos tiram
  • Cili hijau
  • Tomato
278190621 1777784479279355 8638217659378915117 n
5 Resipi Ayam Masakan yang Mudah dan Ringkas untuk Bulan Ramadhan 8

Cara-cara penyediaan dan masakan:

  1. Tumbuk halia dan bawang putih.
  2. Lumurkan pada ayam yang sudah dicuci bersih.
  3. Taburkan garam sedikit dan serbuk kunyit. Gaul sebati dan perapkan seketika.
  4. Goreng ayam sehingga masak. Bila dah garing, angkat dan toskan.
  5. Guna baki minyak goreng ayam tadi, tumiskan bawang merah, bawang besar, halia dan bawang putih yang sudah dihiris.
  6. Tuangkan 4 sudu makan sos cili, kicap manis, kicap masin, 3 sudu sos tiram, cili hijau dan tomato. Kacau sebati.
  7. Masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.

Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan yang diperlukan ayam masak lemak cili api:

  • 1/2 ekor ayam, potong kecil
  • 15-25 biji cili padi
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 ketul kunyit hidup
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 mangkuk besar santan
  • Garam secukup rasa
37808088 454488454961694 7411623517071867904 n
5 Resipi Ayam Masakan yang Mudah dan Ringkas untuk Bulan Ramadhan 9

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Bersihkan ayam dan ketepikan.
  2. Panaskan kuali di atas api yang perlahan. Masukkan ayam tadi ke dalam kuali tanpa minyak dan masak sehingga kering air yang keluar dari ayam. Ini adalah supaya ayam nanti tidak berbau hanyir.
  3. Masukkan pula cili padi dan kunyit yang sudah ditumbuk halus ke dalam kjuali bersama ayam dan gaul sebati selama beberapa minit, angkat ayam dan bersedia untuk langkah seterusnya.
  4. Dalam kuali yang sama, masukkan santan dan serai. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih dan kemudian masukkan kembali ayam tadi bersama daun kunyit dan asam gelugor.
  5. Teruskan kacau supaya santan tidak pecah. Boleh tambah air jika kuah terlalu pekat.
  6. Angkat dan hias dengan taburan hirisan daun kunyit.

Ayam Masak Asam Pedas

Bahan-bahan yang diperlukan untuk ayam masak asam pedas:

  • 1 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 1-2 ketul kunyit
  • 1 inci halia
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2- 1 kuntum bunga kantan
  • 1 biji tomato
  • 5 batang bendi
  • 1 ikat daun Kesum
  • 15-20 biji cili kering
  • Air pati asam jawa
  • 1/2 – 1 ekor ayam
  • 1.5 cwn minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • 1 sk serbuk perasa
  • Air, untuk kuah
11873420 912071658863883 999442381069917885 n
5 Resipi Ayam Masakan yang Mudah dan Ringkas untuk Bulan Ramadhan 10

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Serai potong 2 dan ketuk.
  2. Hiris nipis lengkuas, halia, kunyit, bawang merah kecil dan bawang putih.
  3. Belah 2 bunga kantan dan tomato.
  4. Gunting cili kering dan rebus 5-8 minit.
  5. Rendam asam jawa dengan air panas dan ramas.
  6. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas, cili kering dan air.
  7. Panaskan minyak dan tumis serai
  8. Masuk bahan kisar halus dan air.
  9. Masak sampai pecah minyak. Ulang 3 kali tambah air dan masak sampai kering.
  10. Masukkan ayam dan sambung masak sampai ayam kecut.
  11. Masukkan bunga kantan, daun kesum, air asam jawa, garam, serbuk seasoning dan air untuk lebih berkuah.
  12. Reneh sampai ayam masak dan kuah pekat.
  13. Masuk tomato dan bendi. Kacau sekejap dan boleh tutup api.

Soalan FAQs Berkenaan Ayam Masakan

Apakah 5 resipi ayam masakan yang ringkas dan mudah?

Ayam goreng tepung, ayam masak kicap, ayam masak lemak cili api, ayam masak asam pedas, dan ayam masak madu.

Adakah sos tiram digunakan dalam ayam masak kicap?

Ya, sos tiram digunakan untuk menambah perasa.

Adakah lengkuas digunakan dalam ayam masak asam pedas?

Ya. Lengkuas diperlukan dalam masakan asam pedas.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati