Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tak Ada Idea Masak Sahur? Senarai Cadangan Resepi Ringkas

TAK ADA IDEA MASAK SAHUR

Bulan puasa dah tiba! anda tak ada idea masak sahur? Jangan bimbang kami senaraikan antara resepi paling ringkas dan sedap untuk disediakan sebagai juadah sahur.

Anda boleh semak dan simpan resepi ini untuk digunakan sepanjang bulan ramadan. Jadi harapnya dapat selesaikan masalah tak ada idea masak sahur anda!

Tak Ada Idea Masak Sahur? Senarai Cadangan Resepi Ringkas

Resepi Sotong Masak Ala Thai

Tak Ada Idea Masak Sahur SOTONG MASAK ALA THAI
Tak Ada Idea Masak Sahur
Bahan-Bahan:
1/2 kg sotong
1 biji bwng besar
4 ulas bawang putih
8 biji cili padi
2 biji limau nipis – perah ambil air. Kulit limau potong dadu
2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)
1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir/gula melaka)
1 biji tomato – potong dadu
Sedikit daun ketumbar

Cara Masak:
1. Rebus sotong seketika. Ambil sesudu besar air rebusan baki toskan
2. Tumbuk cili padi dan bawang besar ,bwng putih hingga agak halus.
3. Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.
5. Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja diatas sotong. Asalkan sebati rasa dia, dah ok.
6. Sedia untuk dinikmati.

Resepi Lala Tumis

Tak Ada Idea Masak Sahur RESEPI LALA TUMIS
Tak Ada Idea Masak Sahur
Bahan-bahan:
Lala
Bawang besar
Bawang putih
Cili merah & hijau
Batang serai (2btg)
Garam & bahan perasa (secukup rasa)
Gula (satu sudu kecil)

Cara Masak :
1. Bawang putih di titek. Tumis kan bwg putih tersebut. Masukkan bawang besar yang dihiris bulat bersama cili merah & hijau serta batang serai. Tumis sampai naik bau.
2. Masukkan air(agak2),masukkan garam,bahan perasa,gula dan akhir sekali lala.
3. Tutup seketika.biarkan lala masak dalam 2-3 minit.
4. Siap untuk dihidang

Resepi Daging Masak Merah

Tak Ada Idea Masak Sahur RESEPI DAGING MASAK MERAH
Tak Ada Idea Masak Sahur
Bahan-Bahan:
200 gram daging
Pewarna merah
1 senduk minyak masak
1 inci halia, hiris nipis
3 ulas bawang putih, diketuk
5 biji cili padi, tumbuk kasar supaya pecah sedikit
3 batang kacang panjang, potong 2 inci
4 biji jagung muda, potong memanjang
1/4 cawan cili kisar
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
2 helai daun limau purut
Sedikit tepung jagung
Karot, potong memanjang

Caranya :
1. Rebus daging di dalam air yang diletakkan sedikit pewarna merah sehingga empuk.
2. Angkat dan sejukkan daging, kemudian hiris nipis. Simpan air rebusan daging untuk kuah.
3. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga sedikit garing, tapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
4. Dalam minyak yang sama tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.
5. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
6. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, sos ikan dan karot. Masak seketika.
7. Masukkan daging, kacang panjang, jagung muda dan daun limau purut yang dicarik kasar. Tuang air rebusan daging dan tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi pekat. Jangan tambah terlalu banyak tepung jagung. Angkat dan hidang.

Resepi Udang Masak Diraja

Tak Ada Idea Masak Sahur RESEPI UDANG MASAK DIRAJA
Bahan-bahan dikisar:-
4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering
2 inci lengkuas
1 inci halia

Bahan-bahan:
2 batang serai diketuk
1kpg asam
1/2 sudu serbuk kunyit
1 sudu gula
1/2 sudu garam
1 cawan santan pekat

Cara-cara:
1. Basuh udang bersih-bersih. Jangan lupa buang tahi udang
2. Tumiskan bahan-bahan kisar sampai naik bau
3. Masukkan serai ketuk
4. Masukkan udang. Kacau & sebatikan
5. Masukkan santan pekat + serbuk kunyit + asam keping +
6. Perasakan dengan garam + gula + pak aji kalau suka
7. Masak jangan lama sangat nanti hilang rasa fresh udang
kredit resepi kepada Aryati Sarah via (MAHN)

Resepi Ayam Phat Phet

Tak Ada Idea Masak Sahur AYAM PHAT PHET
Bahan bahan :
Ayam
1 batang serai
1 asam keping
4 helai daun limau purut
Garam
Gula

Bahan kisar :
5 biji cili padi
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 atau 2 batang serai
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-cara :
1.Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan secawan air.
2. Masukkan serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula. Gaul sekali sekala hingga ayam masak. Jika suka berkuah, boleh tambah air. Siap.
Kredit unclenublikumz 

Itulah daripada senarai resepi yang mudah untuk anda yang tak ada idea masak sahur. Selain itu anda juga boleh rujuk senarai menu buka puasa. Semoga bermanfaat!

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati