Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Mufti Hukum Haram KWSP Konvensional untuk Umat Islam

Mufti Hukum Haram KWSP Konvensional untuk Umat Islam
Mufti Hukum Haram KWSP Konvensional untuk Umat Islam 7

Betulkah haram KWSP konvensional? Dalam dunia yang maju dengan kewangan moden, perancangan kewangan kini semakin penting bagi individu untuk memastikan kestabilan dan kesejahteraan masa depan mereka. Dalam konteks negara Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menjadi salah satu platform utama di mana pekerja dapat menyimpan mencarum hasil keeja mereka untuk kegunaan di hari tuan nanti.

Walaubagaimanapun, untuk umat Islam, penting untuk mempertimbangkan aspek kehalalan dan kesesuaian syariah dalam memilih jenis pelaburan dan simpanan. Isu haram KWSP konvensional ini hangat diperkatakan. Kita akan membincangkan pandangan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkenaan hukum simpanan KWSP konvensional bagi umat Islam, serta kesannya terhadap keputusan pemilihan jenis KWSP mereka.

Mufti Hukum Haram KWSP Konvensional untuk Umat Islam

dengan pengumuman baru-baru ini berkenaan dengan dividen KWSP terbaru menyaksikan dividen konvensional dan dividen syariah masing-masing mencatatkan peningkatan dan kesetaraan telah memberi kesedaran umum bahawa kedua-dua opsyen pelaburan mampu memberi peratusan untung yang banyak.

Kini, para asatizah memainkan peranan merekan dalam memberi kesedaran kepada pencarum golongan Islam dalam skim KWSP.

Apakah Itu Dividen KWSP Konvensional?

Haram KWSP Konvensional
Haram KWSP Konvensional

Dividen KWSP konvensional merujuk kepada pulangan atau keuntungan yang diperoleh daripada simpanan dalam KWSP yang dilaburkan dalam instrumen kewangan konvensional. Ini termasuklah pelaburan dalam saham, obligasi, dan instrumen kewangan lain yang mungkin tidak selalu mematuhi prinsip-prinsip syariah. Prinsip-prinsip ini termasuk larangan terhadap riba, spekulasi, dan aktiviti haram lain yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Apa Hukum Carum KWSP Konvensional?

Haram KWSP Konvensional
Haram KWSP Konvensional

Dari sudut pandang hukum Islam, hukum carum KWSP konvensional menjadi subjek perdebatan yang kompleks. Hukum carum KWSP konvensional adalah haram KWSP konvensional. Mufti Mohamad Shukri Mohamad menekankan bahawa simpanan konvensional tidak semestinya memenuhi syarat-syarat kehalalan dalam Islam.

Walaupun dividen yang diperoleh mungkin menarik dan tinggi, penting untuk diingat bahawa keuntungan tersebut harus bersih dari transaksi yang tidak halal menurut hukum Islam. Oleh itu, Mufti menyeru umat Islam untuk mempertimbangkan aspek kehalalan dalam memilih opsyen simpanan.

Bagaimana Cara Bersihkan dan Pilih Skim Patuh Syariah KWSP?

316686294 524834993017519 6529124803444189089 n
Haram KWSP Konvensional

Opsyen yang lebih patuh syariah, menurut Mufti Mohamad Shukri Mohamad, adalah dengan bertukar kepada simpanan syariah yang ditawarkan oleh KWSP. Ia melibatkan dalam memilih pelaburan yang mematuhi prinsip-prinsip syariah, seperti pelaburan dalam sektor-sektor yang dianggap halal oleh Islam, seperti perniagaan yang tidak melibatkan riba, alkohol, judi, atau aktiviti haram lain.

Bagi sesetengah individu, proses ini mungkin memerlukan pemahaman yang mendalam mengenai prinsip-prinsip syariah dan juga penelitian yang teliti tentang opsyen pelaburan yang tersedia.

Kadar Dividen KWSP Syariah Mengikut Tahun

Berdasarkan prestasi cara man kwsp syariah menunjukkan peningkatan yang luar biasa dan sentiasa memberi pulangan dividen yang besar kepada pencarum. Dengan kadar tahun semasa adalah 5.4% gambaran bahawa orang patuh syariah juga dapat memberi pulangan yang lumayan.

berdasarkan jadual di bawah juga kita dapat saksikan bahawa simpanan syariah bermula pada tahun 2017 yang diperkenalkan oleh kwsp. Dengan merujuk maklumat di bawah para pencarong boleh menilai sendiri simpanan syariah yang tahun ke tahun mencatatkan pulangan dividen yang memberangsangkan.

TahunSimpanan Konvensional (Tahunan)Simpanan Shariah (Tahunan)
20235.505.40
20225.354.75
20216.105.65
20205.204.90
20195.455.00
20186.155.90
20176.906.40
20165.70
20156.40

Cara Tukar Kepada KWSP Syariah

Haram KWSP Konvensional

Bagi para pencarum yang ingin membuat penukaran kepada simpanan patuh syariah, anda boleh merujuk kepada cara-cara di bawah:

Melalui Pejabat KWSP, Mobile Team KWSP dan Self Service Terminal (SST)

  • MyKad (Warganegara Malaysia)
  • Pasport (Bukan warganegara Malaysia)

Secara dalam talian menerusi i‑Akaun (Ahli)

  • Mempunyai akses ke portal i‑Akaun (Ahli) atau aplikasi KWSP i‑Akaun 
  • Mendaftar nombor telefon bimbit untuk penerimaan TAC

Dengan mengikut beberapa langkah dan pengetahuan mengenai simpanan patuh syariah, urusan penukaran kepada simpanan syariah akan dipermudahkan dengan anda perlu menyediakan beberapa maklumat serta dokumen yang diminta oleh pihak KWSP. Menurut Mufti Mohamad Shukri Mohammad beliau menegaskan kepentingan memilih opsyen yang mematuhi prinsip syariah biarpun keuntungan dividen yang rendah namun asalkan ianya adalah halal dan suci.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati