Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Menu Berbuka Bulan Puasa: 3 Jenis Resepi Ikan Masak Asam Pedas

asam pedas
Menu Berbuka Bulan Puasa: 3 Jenis Resepi Ikan Masak Asam Pedas 5

Ikan masak asam pedas adalah menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Ikan adalah sumber protein terbaik dan kaya dengan omega-3 berbanding ayam dan daging merah. Menjelang bulan puasa ini, pasti ramai yang terfikir apakah masakan yang ingin dihidangkan sebagai juadah berbuka bersama keluarga. Dalam bulan Ramadhan ini, banyak pahala jika seseorang itu memberi makanan dan memasakkan makanan kepada orang yang ingin berbuka. Malah dengan memberikan makanan orang berbuka, ianya juga berkait rapat dengan amalan bersedekah.

Artikel ini bertujuan untuk menyenaraikan 3 jenis resepi ikan masak asam pedas. Resepi ini adalah mudah dan lazat untuk dihidangkan sebagai juadah berbuka atau bersahur di Bulan Ramadhan yang bakal menjelma.

3 Resepi Ikan Masak Asam Pedas

Berikut merupakan 3 jenis resepi ikan masak asam pedas yang berbeza iaitu dari melaka, utara dan pantai timur.

Ikan Masak Asam Pedas Melaka

Bahan-bahan yang diperlukan untuk ikan masak asam pedas Melaka:

  • bawang besar (1 biji)
  • bawang putih (1 ulas)
  • bawang merah (10 -15 biji)
  • bawang putih (5 ulas)
  • kunyit hidup (3 ketul)
  • halia (1 inchi)
  • tomato (1 biji)
  • Bendi
  • daun limau purut (5-6 helai)
  • cili kering (30 biji)
  • ikan merah (1 ekor/ 900g) (pilihan)
  • biji ketumbar (1/2 sudu besar)
  • jintan manis (1/2 sudu besar)
  • jintan putih (1/2 sudu besar)
  • biji lada hitam (1/2 sudu besar)
  • biji halba (1/2 sudu besar)
  • belacan bakar (1 inci)
  • minyak masak (3/4 cawan)
  • jus asam jawa (1 cawan)
  • Garam secukup rasa
  • 2-3 cawan air (untuk kuah)
  • Serbuk perasa (pilihan)
Asam Pedas Melaka Web
Menu Berbuka Bulan Puasa: 3 Jenis Resepi Ikan Masak Asam Pedas 6

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Hiris nipis bawang besar dan bawang putih.
  2. Potong kasar bawang merah kecil, bawang putih, kunyit hidup dan halia untuk dikisar.
  3. Tomato belah empat, bendi trim bahagian kepala dan ekor dan daun limau nipis buang tangkai dan koyak daun.
  4. Gunting cili kering, dan rebus sampai mendidih, bilas dan keluarkan biji.
  5. Kisar bahan-bahan berikut menggunakan blender; cili kering rebus, belacan bakar, bahan potong kasar, biji ketumbar, jintan manis, jintan putih, biji lada hitam dan air. Bahan-bahan dikisar sampai halus.
  6. Panaskan minyak, dan tumis biji halba sehingga naik aroma.
  7. Kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih, tumis sampai bawang lembut.
  8. Masukkan bahan yang dikisar halus dan masak atas api sederhana sampai pecah minyak.
  9. Tambahkan daun limau purut, air, garam dan sambung tumis sehingga garing.
  10. Masukkan air asam jawa, air, ikan dan masak sehingga mendidih.
  11. Tambah garam, serbuk seasoning, tomato dan bendi.
  12. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Ikan Masak Asam Pedas Utara

Bahan-bahan yang diperlukan untuk ikan masak asam pedas utara:

  • bawang merah (6 ulas)
  • cili kering (12 tangkai; rebus dahulu)
  • belacan (1 inci)
  • ikan kembung (3 ekor)
  • serai (1 batang)
  • Sedikit daun kesum
  • bunga kantan (1 tangkai)
  • asam keping (3 @ 4 keping)
  • Bendi
  • Tomato (1 biji)
utra
Menu Berbuka Bulan Puasa: 3 Jenis Resepi Ikan Masak Asam Pedas 7

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Kisar halus bawang merah, cili kering dan belacan.
  2. Buka api memasak dan masukkan bahan kisar halus tadi ke dalam periuk (tanpa minyak).
  3. Tambahkan 2 mangkuk air atau mengikut sukatan kuah yang diingini.
  4. Masukkan ikan kembung yang sudah dicuci bersih.
  5. Masukkan bunga kantan yang telah dibelah dua. Masukkan daun kesum.
  6. Masukkan 3 keping asam keping. Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Tutup tudung periuk dan kecilkan api. Biarkan bahan masakan mendidih dan biarkan ikan masak sempurna.
  8. Bila sudah mendidih dan ikan pun masak, masukkan bendi dan tomato serta terus tutupkan api.
  9. Sedia dihidangkan.

Ikan Masak Asam Pedas Pantai Timur

Bahan-bahan yang diperlukan untuk ikan masak asam pedas pantai timur:

  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci kunyit (boleh ganti serbuk kunyit; dikisar)
  • 1/4 inci lengkuas (dikisar)
  • 3 tangkai cili kering yang direbus (atau cili kisar)
  • ikan kerisi saiz sedang (4 ekor)
  • asam keping (5 keping/ air asam jawa)
  • Daun kesum
  • Bunga kantan (belah 2)
  • Bendi
  • Garam & serbuk perasa secukupnya
kelate
Menu Berbuka Bulan Puasa: 3 Jenis Resepi Ikan Masak Asam Pedas 8

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Satukan bahan-bahan untuk dikisar dan haluskan lagi dengan mengisar bersama air.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama asam keping dan bunga kantan. Biarkan sehingga air mendidih.
  3. Masukkan ikan dan daun kesum, tambah air mengikut kepekatan yang kita mahu.
  4. Masukkan garam dan serbuk perasa dengan secukupnya.
  5. Bila ikan sudah masak, boleh tambah bendi.
  6. Asam pedas ikan kerisi siap untuk dinikmati.

Soalan FAQs Berkenaan Ikan Masak Asam Pedas

Apakah bahan yang sama dalam setiap jenis masakan berbeza ikan masak asam pedas?

Bahan tumis, asam dan cili.

Apakah jenis ikan yang boleh digunakan dalam ikan masak asam pedas?

Semua ikan yang boleh dimakan, mengikut citarasa.

Adakah masak asam pedas adalah masakan mudah dan ringkas?

Ya, ia tidak mengambil masa yang lama untuk dimasak.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati