
Pernahkah anda melakukan sujud sajadah di dalam solat? Sujud sajadah adalah sujud yang dilakukan apabila seseorang itu membaca dan mendengar ayat-ayat sajadah dalam al-Quran sama ada dalam atau di luar solat dengan syarat dan tatacara tertentu. Sujud ini juga dilakukan sebagai tanda merendah diri atas kebesaran Allah SWT. Artikel ini menerangkan apakah itu sujud sajadah, hukum sujud sajadah, tatacara sujud sajadah di dalam solat dan luar solat serta kelebihan sujud sajadah.
Apakah itu Sujud Sajadah?
Isi Kandungan
Sujud Sajadah yang juga dikenali sebagai sujud tilawah merupakan sujud yang dilakukan apabila seseorang itu membaca atau mendengar ayat-ayat sajadah dalam Al-Quran. Sujud ini dijadikan sebagai simbolik untuk menunjukkan penghambaan kita terhadap Allah SWT atas kebesaranNya.
Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan Muslim, Nabi SAW bersabda:
“Jika anak Adam membaca ayat sajdah, lalu dia sujud, maka syaitan akan menjauhinya sambil menangis. Syaitan pun akan berkata-kata; ‘Celaka aku. Anak Adam disuruh sujud, dia pun bersujud, maka baginya surga. Sedangkan aku sendiri diperintahkan untuk sujud, namun aku enggan, sehingga aku pantas mendapatkan neraka,” (HR Muslim).

Surah yang Mengandungi Ayat Sajadah
Terdapat 14 ayat Sajadah yang boleh ditemukan dalam Al-Quran dan disunatkan untuk melakukan Sujud Tilawah. 14 ayat tersebut adalah:
- Surah al-A’raf: ayat 206
- Surah al-Ra’d: ayat 15
- Surah al-Nahl: ayat 49-50
- Surah al-Isra’: ayat 107-109
- Surah Maryam: ayat 58
- Surah al-Hajj: ayat 18
- Surah al-Hajj: ayat 77
- Surah al-Furqan: ayat 60
- Surah al-Naml: ayat 25-26
- Surah al-Sajdah: ayat 15
- Surah Fushshilat: ayat 37-38
- Surah al-Najm: ayat 62
- Surah al-Insyiqaq: ayat 21
- Surah al-‘Alaq: ayat 19
Contoh ayat bertanda kubah sunat dilakukan sujud sajadah:

NOTA: Anda boleh mengenal pasti ayat-ayat ini dengan melihat tanda kubah masjid pada hujung ayat atau ditulis perkataan sajadah.
Hukum Sujud Sajadah
Hukum melakukan sujud tilawah adalah sunat muakad di mana, sesiapa yang melakukannya akan dapat pahala sunat manakala sekiranya tidak dilakukan, tidak ada ganjaran pahala atau dosa yang akan diberikan kepada mereka.
1. Sekiranya anda melakukan sujud tilawah sebelum ataupun bukan pada ayat Al Quran yang mempunyai tanda sujud sajadah maka solat tersebut batal. |
2. Makmum wajib mengikuti sekiranya imam melakukan Sujud Sajadah semasa solat berjemaah. |
3. Jika makmum tidak turut serta melakukan sujud, maka solat makmum tersebut batal. |
4. Jika imam tidak melakukan sujud sajadah makmum tidak perlu melakukannya kerana makmum wajib menyesuaikan gerakannya mengikut gerakan yang dilakukan oleh imam. |

Panduan Sujud Sajadah
Luar Solat
Jika anda membaca ayat Quran dan melalui ayat yang bertanda kubah masjid, anda boleh melakukan sujud sajadah.
Tatacaranya adalah bermula dengan seperti berikut:
1. Menghadap kiblat, mengucapkan takbir dan membaca niat

2. Membaca takbir dengan mengangkat kedua tangan untuk melaksanakan sujud sebagaimana cara mengangkat tangan saat sujud takbiratul ihram (takbir pertama) saat solat.
3. Melakukan sujud tanpa mengangkat kedua tangan saat turun hendak sujud.
4. Mengangkat kepala dari sujud dengan membaca takbir
5. Mengambil posisi duduk dan diakhiri dengan mengucapkan salam

Dalam Solat
Ketika solat, apabila selesai membaca ayat al-Quran yang disunatkan sujud sajadah, maka disunatkan terus sujud dan membaca tasbih atau bacaan sujud sajadah.
- Mengucapkan takbir.
- Sujud sebanyak sekali dan membaca bacaan sujud sajadah
- Mengucapkan takbir ketika bangun daripada sujud.
- Selesai melakukan sujud, kembali berdiri tegak dan meneruskan solat.
Bacaan Sujud Sajadah

Lafaz rumi: Sajada wajhiya lillazi khalaqahu washawwarahu washaqqa sam’ahu wabasharahu bihawlihi waquwwatihi fatabaarakallahu ahsanul khaliqin
Terjemahannya: “Wajahku sujud kepada Tuhan yang menciptakannya dan membentuk rupanya serta mengurniakan pendengaran dan penglihatannya, Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta.”
Kelebihan Sujud Sajadah
Sesiapa yang melaksanakan sujud ini akan mendapat pahala dan dapat meningkatkan ketakwaan kita sebagai hamba Allah SWT. Selain itu, kita akan mendapat kejayaan di dunia akhirat.
Hadis dari Abu Hurairah RA katanya:
“Apabila anak cucu Adam telah membaca ayat sajadah, kemudian dia sujud. maka syaitan itu akan menjauhi sambil menangis, dan berkata, “Sungguh celaka, anak cucu Adam diperintah untuk sujud kemudian dia sujud, maka baginya adalah syurga. Dan aku pun diperintahkan untuk sujud, tetapi aku mengabaikannya, maka bagi ku adalah neraka.” – (Hadis Riwayat Muslim)
Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Hajj, ayat 7:
“Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah kamu dan beribadatlah kepada Tuhan kamu serta kerjakanlah amal-amal kebajikan supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat).”
Soalan FAQs Berkenaan Sujud Sajadah
Apakah maksud suduh sajadah?
Dikenali sebagai sujud tilawah merupakan sujud yang dilakukan apabila seseorang itu membaca atau mendengar ayat-ayat sajadah dalam Al-Quran.
Apakah hukum sujud sajadah dalam solat?
Sunat muakkad dan wajib mengikut imam.
Terima kasih. Perkongsian yang amat bermanfaat. Sudah lama saya mencari maklumat berkaitan Sujud Sejadah dan di sini saya temuinya dengan penjelasan yang lengkap.
Semoga segala kebaikan ini dibalas dengan rahmat dan redha Allah buat penulis dan seluruh ahli keluarga.