Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Himpunan Resepi Biskut Makmur Viral dan Sedap

Biskut Makmur
Resepi Biskut Makmur

Biskut makmur merupakan kudapan tradisional yang kaya dengan rasa kacang yang diselimuti gula aising. Kudapan ini membawa beribu satu kenangan dan memori kerana merupakan salah satu biskut dan juga pencuci mulut yang kita warisi melalui nenek moyang kita.

Biskut ini boleh dikatakan biskut yang mampu menghidupkan nostalgia zaman kanak-kanak kita. Seiring dengan waktu, biskut ini lagi sekadar pencuci mulut namun menjadi simbol biskut tradisional di negara kita.

Penulisan kali ini adalah untuk berkongsi kepada anda tentang resepi untuk menghasilkan biskut ini bermula dengan sejarahnya, bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkannya serta cara penyediaan.

Asal Usul Biskut Makmur

asal usul kuih makmur

Sejarah Biskut Makmur

Biskut makmur merupakan salah satu kekayaan warisan tradisional Melayu yang kaya dengan pelbagai rasa dan variasi yang pelbagai. Perubahan zaman menyebabkan biskut ini telah diberi sentuhan baharu yang lebih moden dengan pelbagai perisa dan rasa yang mengagumkan. Contohnya, perisa susu, kurma dan pandan yang ditambahkan untuk menarik lebih ramai perhatian dan memenuhi kehendak pasaran yang tinggi.

Biskut ini dipercayai menjadi sebahagian daripada hidangan tradisi Melayu sejak abad yang lalu. Biskut ini sering dihidangkan di majlis perayaan dan upacara tradisional masyarakat Melayu. Selain gelarannya sebagai biskut tradisional, ia juga merupakan simbol kekayaan budaya dan warisan nenek moyang kita yang harus dipelihara dan diwariskan untuk generasi seterusnya.

Resepi Biskut Makmur Simple

biskut makmur simple

Anda boleh ikuti resepi di bawah untuk menghasilkan biskut makmur ini dengan cara yang ringkas dan amat mudah. Di bawah ini merupakan bahan-bahan yang anda perlu sediakan dan langkah-langkah untuk menghasilkannya.

Bahan-bahan:

  • 250g tepung gandum
  • 200g mentega
  • 50g gula tepung
  • 100g kacang tanah yang digoreng dan dikisar halus
  • 1/2 sudu kecil serbuk vanila
  • Gula halus untuk hiasan

Langkah-langkah:

  1. Panaskan oven dengan suhu 160 degree dan alaskan dulang pembakar dengan kertas bakar.
  2. Campurkan mentega dan gula tepung dalam mangkuk besar kemudian kacau sehingga kembang dan sebati.
  3. Masukkan tepung gandum dan serbuk vanila ke dalam campuran mentega dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  4. Gaul kacang tanah yang telah dicincang halus ke dalam doh dan pastikan ia sebati.
  5. Ambil sedikit doh dan bulatkan dan letakkan di atas dulang pembakar. Tekan sedikit di tengah-tengah menggunakan jari untuk membentuk cekung.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama kira-kira 20 hingga 25 minit sehingga biskut kekuningan.
  7. Biarkan sejuk sebelum dihias dengan gula halus.
  8. Hidangkan dan nikmati bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.

Resepi Biskut Makmur Pandan

biskut makmur pandan

Resepi yang ini pula adalah versi moden dan perisa pandan. Untuk mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baharu, anda boleh cuba resepi ini di rumah dan hidangkan kepada untuk santapan mereka. Berikut merupakan bahan-bahan dan langkah-langkah penyediaannya.

Bahan-bahan:

  • 250g tepung gandum
  • 200g mentega
  • 50g gula tepung
  • 100g kacang tanah yang digoreng dan dikisar halus
  • 1/2 sudu kecil serbuk pandan
  • Gula aising sebagai hiasan

Cara penyediaan:

  1. Panaskan oven dengan suhu 160 degree dan alaskan dulang pembakar dengan kertas bakar.
  2. Campurkan mentega dan gula tepung dalam mangkuk besar kemudian kacau sehingga kembang dan sebati.
  3. Tambahkan serbuk pandan ke dalam campuran mentega dan kacau rata.
  4. Masukkan tepung gandum ke dalam campuran mentega dan uli sehingga doh menjadi lembut.
  5. Gaul kacang tanah yang telah dicincang halus ke dalam doh dan pastikan ia sebati.
  6. Ambil sedikit doh dan bulatkan dan letakkan di atas dulang pembakar. Tekan sedikit di tengah-tengah menggunakan jari untuk membentuk cekung.
  7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama kira-kira 20 hingga 25 minit sehingga biskut kekuningan.
  8. Biarkan sejuk sebelum dihias dengan gula aising.
  9. Biskut siap.

Resepi Biskut Makmur Susu

biskut makmur susu

Penggemar susu boleh cuba resepi yang berikut. Selain perisa pandan, perisa susu juga merupakan kombinasi terbaik untuk menghasilkan biskut makmur ini. Tanpa membuang masa, anda boleh lihat resepi serta langkah pembuatan di bawah ini.

Bahan-bahan:

  • 4 cawan tepung gandum yang telah disangai
  • 1/2 cawan gula castor
  • 1/4 cawan susu tepung
  • 3 sudu besar buttercup yang telah dicairkan dan tunggu hingga sejuk.
  • Minyak jagung secukupnya.
  • 500g kacang tanah yang telah ditumbuk halus.

Cara Penyediaan:

  1. Sangai tepung gandum di atas kuali hingga naik bau.
  2. Campurkan tepung gandum bersama gula castor, butter yang dah dicairkan dan masukkan susu tepung kemudian gaul rata.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit minyak jagung ke dalam adunan dan uli hingga sebati. Pastikan doh tidak berderai masa diuli.
  4. Untuk inti biskut makmur, sangai kacang tanah tanpa minyak.
  5. Kisar kacang tanah hingga halus.
  6. Campurkan dengan sedikit minyak jagung ke dalam kacang yang telah dikisar tadi supaya doh tidak berderai semasa diuli nanti.
  7. Bakar dengan suhu 150˚ selama 20 minit.
  8. Biarkan biskut makmur sejuk.
  9. Golekkan biskut makmur ke dalam gula halus.
  10. Susun dalam balang kedap udara apabila biskut telah sejuk.

Sekian perkongsian hari ini. Diharapkan anda berjaya mengikuti resepi yang telah diberikan dan jangan lupa kongsikan resepi ini kepada rakan-rakan terdekat. Selamat mencuba!

Apakah jenis kacang yang digunakan dalam menghasilkan biskut makmur?

Kacang yang digunakan dalam biskut makmjur ialah kacang tanah yang telah digoreng dan dikisar halus.

Bolekah mentega digantikan dengan bahan lain?

Menggantikan mentega dengan bahan lain akan mempengaruhi tekstur dan rasa biskut. Mentega dapat memberikan rasa yang sedap dan melembutkan biskut.

Berapa lamakah biskut makmur boleh disimpan?

Biskut ini boleh disimpan dalam bekas kedap udara pada suhu bilik selama kira-kira 1 hingga 2 minggu. Pastikan letak dalam keadaan yang kering bagi mengekalkan kesedapan biskut.

Bolehkah saya menambah bahan lain ke dalam biskut saya?

Anda boleh menyesuaikan resepi biskut ini mengikut kehendak anda seperti menambah serbuk kayu manis untuk memberikan rasa yang unik.

Bolekah tepung gandum digantikan dengan tepung lain?

Tepung gandum boleh digantikan dengan tepung jagung atau tepung beras tetapi ianya akan mempengaruhi tekstur biskut.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati