Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Koleksi Tutorial Tudung Viral Shawl, Bawal dan Lain-lain untuk Raya

Tutorial Tudung
Koleksi Tutorial Tudung Viral Shawl, Bawal dan Lain-lain untuk Raya 5

Koleksi tutorial tudung sudah pastinya digemari oleh para wanita terutamanya untuk digayakan pada hari yang penting seperti hari raya, majlis-majlis penting, event dan sebagainya.

Di sini, kami menyediakan beberapa koleksi tutorial tudung viral samada shawl, bawal dan sebagainya untuk anda mencubanya sendiri supaya kelihatan cantik dan kemas. Anda boleh menggayakan tudung anda di pagi raya nanti, pasti terserlah keayuan!

Koleksi Tutorial Tudung Viral Shawl, Bawal dan Lain-lain untuk Raya

Tutorial Tudung Bawal

Terdapat banyak pilihan tutorial tudung bawal yang anda boleh ikuti. Berikut adalah merupakan gaya dan tutorial bagi tudung bawal:

1. Tutorial Tudung Bawal Tutup Dada

Tutorial Tudung Bawal Tutup Dada

Untuk gaya bawal tutup dada menjadi pilihan bagi mereka yang memperagakan tudung bawal yang panjang. Mungkin menghadapi sedikit kesukarana kerana kepanjangannya. Tapi jenis gaya tudung ini amatlah cantik dan terlihat gaya muslimah.

Kebiasaannya dipakai oleh Ustazah dan pelajar sekolah. Untuk jenis tudung bawal ini, boleh dibeli secara online di Shopee tudung bawal Fazura yang mempunyai pelbagai pilihan warna yang menarik.

Tutorial Tudung Bawal Satin

Tudung bawal satin kebiasaannya dipakai semasa hari istimewa seperti hari raya, event atau majlis-majlis penting. Hal ini kerana keunikan dan kecantikan tudung ini jika dipakainya akan menampakkan diri anda sedikit berbeza.

Tambahan pula, tudung jenis ini didatangi dengan pelbagai corak dan design yang sangat cantik. Berikut merupakan tutorial tudung bawal satin yang ringkas untuk anda :

  1. Pastikan kedua bahagian tudung sama panjang
  2. pinkan di bawah dagu (guna brooch yang tajam)
  3. Kemudian tarik satu bahagian tudung dan “cross”dari atas ke bawah tudung
  4. Bahagian yang di”cross” boleh sorokkan di belakang tudung (dekat bahu)

Anda boleh mendapatkan tudung bawal satin ni secara dalam talian di Shoppe dengan harga yang berpatutan dan corak yang menawan.

Tutorial Tudung Bawal Curve

Tutorial Tudung
Koleksi Tutorial Tudung Viral Shawl, Bawal dan Lain-lain untuk Raya 6

Untuk anda yang menggayakan tudung bagi nampak labuh dan selesa, tudung bawal curve ini juga sangat sesuai dengan anda. Kebiasaanya, tudung bawal ini dipakai semasa hari pernikahan kerana rekaannya yang sangat cantik serta memberi bentuk muka yang kemas.

Untuk mendapatkan tudung jenis ini, anda boleh membelinya di Shoppe dengan pelbagai warna yang menarik serta anda boleh mendapatkan harga yang bermula dengan RM7.86 sahaja.

Tutorial Tudung Bawal Bidang 50

Tutorial Tudung
Koleksi Tutorial Tudung Viral Shawl, Bawal dan Lain-lain untuk Raya 7

Tudung bawal cotton bidang 50 sangat sesuai buat anda yang suka menggayakan tudung dengan cara yang muslimah dan labuh, Tudung bawal ini sangatlah cantik apabila dipakai dan digayakan dengan betul.

Dengan material cotton yang tidak jarang dan tidak panas, anda tidak perlu risau lagi untuk memakainya.

Tudung bawal bidang 50 ini banyak dijual secara online di Shoppe dengan harga yang sangat murah. Tudung ini juga didatangi dengan pelbagai warna yang cantik sesuai dengan anda.

Tutorial Tudung Shawl

Tudung shawl chiffon merupakan salah satu tudung yang diminati ramai kerana materialnya yang sangat lembut, mudah dibentuk, dan flowy apabila menggayakannya. Terdapat pelbagai tutorial yang boleh diikuti kini.

Disini, kami menyediakan satu tutorial tudung shawl yang simple sesuai untuk anda yang mahu ke kelas atau ke tempat kerja dengan cepat tetapi cantik.

  1. Bahagikan tudung kepada 2 (sebelah pendek, sebelah lagi panjang)
  2. Tarik bahagian tudung yang pendek ke anak tudung dan pinkan
  3. Lilitkan bahagian tudung yang panjang kemudian pinkan di belakang ( pin di tengah-tengah kepala untuk nampak kemas dan flowy)
  4. Siap

Buat anda yang mencari tudung shawl jenis ini, anda boleh mendapatkannya di Shoppe dengan harga yang sangat murah serta pilihan yang begitu banyak dan mampu menambat hati.

Soalan FAQs Berkenaan Koleksi Tutorial Tudung

Dimanakah boleh beli tudung bawal jenis curve ?

Anda boleh mendapakan tudung bawal jenis curve ini dimana-mana kedai tudung atau boleh dapatkannya secara atas talian di Shopee, Lazada, Instagram atau Facebook.

Apakah warna tudung yang sesuai dengan baju raya bewarna Navy Blue ?

Bagi baju yang bewarna Navy Blue, Anda boleh padankan dengan tudung bewarna putih pearl, biru gelap atau biru laut. PAstikan pemilihan warna tudung sesuai dengan ton kulit anda.

Adakah terdapat shawl material lain selain shawl chiffon?

Ya, Terdapat pelbagai jenis material lagi seperti Shawl Satin, Shawl Jersi, Shawl cotton dan sebagainya.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Irdina Auni
Irdina Auni
"Hidup Ini Random"

Anda Mungkin Meminati