Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

40 Senarai Aktiviti Sukaneka Hari Guru Popular dan Menarik

40 Senarai Aktiviti Sukaneka Hari Guru Popular dan Menarik

Sukaneka hari guru wajib ada semasa sambutan hari guru! Rasa tidak meriah sekiranya tiada aktiviti sukaneka hari guru bukan? Tahukah anda, terdapat banyak aktiviti sukaneka hari guru yang anda boleh laksanakan atau sertai. Antara sukaneka yang popular adalah seperti Radio karat, teka lirik lagu, anugerah guru dan lain-lain yang mungkin anda biasa dengar atau tidak biasa dengar.

Jadi untuk perkongsian kali ini, anda boleh ikuti senarai lengkap aktiviti sukaneka hari guru yang boleh memeriahkan sambutan hari guru!

Penerangan Sukaneka Hari Guru dan Senarai Aktiviti Sukaneka Hari Guru

Apa itu Sukaneka Hari Guru?

sukaneka hari guru

Sukaneka hari guru adalah merupakan aktiviti yang diadakan samaada secara outdoor atau indoor bagi memenuhi dan memeriahkan sambutan hari guru di Malaysia. Ia seringkali dianjurkan aktiviti berkait dengan keseronokan dan kemesraan murid dan guru untuk mewujudkan hubungan baik di sekolah rendah atau sekolah menengah.

Antara aktiviti sukaneka hari guru yang terkenal adalah melibatkan aktiviti permainan tradisional seperti anyam ketupat, menyumpit belon, radio berkarat dan lain-lain.

Himpunan Aktiviti Sukaneka Hari Guru

aktiviti sukaneka hari guru

Terdapat perkongsian daripada Cikgu Fariezza Rahim berkenaan senarai aktiviti sukaneka hari guru yang boleh diadakan secara outdoor atau indoor. Berikut adalah senarai aktiviti sukaneka hari guru yang anda boleh ikuti:

  1. Pindah getah guna straw
  2. Anyam ketupat
  3. Master Chef guru lelaki
  4. Selfie guru dan murid (print gambar dan murid akan undi)
  5. Anugerah Guru
  6. Radio berkarat
  7. Makan epal tergantung
  8. Make over guru atau murid
  9. Melukis sambil tutup mata
  10. Melukis pada pinggan kertas yg diletak atas kepala
  11. Cikgu Comot (Makan paling banyak dan cepat)
  12. Kutip kacang guna chopstick
  13. Teka Lirik Lagu
  14. Gunting kertas A4 paling panjang
  15. Gubahan bunga,buah atau kain
  16. Murid sedodon dengan guru
  17. Mumia guna tisu tandas
  18. Musang berjanggut (asingkan kacang-kacang, beras dan rempah ratus paling cepat)
  19. Cari kacang hijau atau gula-gula dalam tepung
  20. Reka baju guna kertas surat khabar atau plastik sampah
  21. Menyumpit belon
  22. Menyumpit kotak minuman kosong guna straw besar dan peluru kacang tanah
  23. Clever Teacher (Kuiz soalan pengetahuan am)
  24. Baling Dart ke arah belon berisi air
  25. Cari duit syiling dalam air berwarna hitam
  26. Tangguk ikan kecil guna penapis tisu
  27. Bawa belon berisi air guna senduk
  28. Tuju tin
  29. Tuju selipar
  30. Main bola pakai kain pelikat
  31. Susun gelas plastik jadi piramid
  32. Basikal lambat
  33. Tarik upih Teka Rasa (tutup mata, rasa makanan budu, kicap, belacan, asam dan lain-lain)
  34. Baling dan tangkap bola,belon berisi air atau pundi kacang sambil tutup mata
  35. Cari guli dalam bekas ada air atau ais dan buih sabun
  36. Kopek kelapa Kukur kelapa
  37. Gunakan benda-benda yang ada di sekeliling, buatkan barisan paling panjang
  38. Siapa ada…?(MC boleh sebut apa-apa benda (syiling 5sen/cincin perak/gambar passport emak/dan lain-lain), siapa cepat, datang depan dan tunjuk.
  39. Cari barang-barang dalam kotak gelap atau tutup mata (letak benda lembut atau geli sebagai gangguan)
  40. Water Gun Shoot (tembak bola ping pong yg diletak pada muncung botol guna pistol air)
  41. Pindahkan guli dalam bekas guna jari kaki
  42. Sedut coklat smarties guna straw, lalu pindah dalam mangkuk
  43. Masukkan mashmellow atau kacang dalam kon aiskrim (Satu orang berdiri atas kerusi, Satu orang baring dan kon aiskrim dalam mulut)
  44. Masuk manik dalam tali tangsi
  45. Kupas epal,oren atau kentang paling panjang
  46. Murid teka gambar cikgu zaman kecil atau muda

Panduan Laksana Sukaneka Hari Guru

Tip untuk pengajur atau guru dalam melaksanakan sukaneka hari guru adalah perlu merujuk beberapa perkara supaya program sukaneka yang bakal diadakan berjalan seperti dirancangan dan selamat.

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh diambil cakna dalam pelaksanaan aktiviti sukaneka sempena sambutan hari guru:

  • Lokasi. Penting untuk memastikan lokasi bagi aktiviti sukaneka dipilih dengan merujuk kawasan, keadaan, selamat dan lain-lain yang boleh diambil kira.
  • Jenis aktiviti. Penganjur boleh membuat pengkelasan adakah sukaneka yang diadakan sesuai untuk guru atau murid atau kedua-dua sekali bagi mengelakkan kejanggalan.
  • Penyediaan bahan. Sukaneka juga perlu merujuk kepada penyediaan bahan, contohnya aktiviti kupas buah perlu disediakan alat pengupas, buah dan kawasan yang sesuai.

Soalan FAQs Berkenaan Aktiviti Sukaneka Hari Guru

Bila kebiasaannya sukaneka hari guru diadakan?

Kebiasaannya diadakan pada setiap 16 mei dalam setahun semasa sambutan hari guru.

Apakah sukaneka yang mudah dibuat?

Sukenaka yang mudah dibuat adalah tidak memerlukan penyediaan bahan seperti teka lirik lagu, radio berkarat, lawan pantun dan lain-lain.

Apa sukaneka yang sesuai untuk murid dan guru?

Antara aktiviti sukaneka yang sesuai untuk murid dan guru sertai bersama adalah Murid sedodon dengan guru , Mumia guna tisu tandas, Main bola pakai kain pelikat dan lain-lain.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati