Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Buat Kad Guru Malaysia Online dan Cara Dapatkan Sijil Guru Malaysia

Cara Buat Kad Guru Malaysia Online dan Cara Dapatkan Sijil Guru Malaysia

Guru Malaysia adalah merupakan pekerjaan dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mana KPM sentiasa memperkenalkan pelbagai inisiatif dalam pemantapan sistem bagi guru Malaysia. Antaranya adalah dengan perkenalkan sijil guru Malaysia yang mengiktiraf guru dengan sijil tersebut.

Tapi tahukah anda, ada perkongsian di Facebook yang sangat menarik para guru boleh ikuti melalui perkongsiaan cara buat kad guru Malaysia online sebagai pengenalan diri melalui kad fizikal sijl

Berkenaan Cara Buat Kad Guru Malaysia Melalui Sijil Guru Malaysia

Apa itu Sijil Guru Malaysia?

sijil guru malaysia

Sijil guru Malaysia adalah merupakan satu sijil sama seperti mana-mana kumpulan professional yang lain dari mereka memiliki ID tersendiri bagi profesion. Oleh itu, kerjaya guru ini dikategorikan sebagai atau dari kumpulan professional, disebabkan itu seharusnya guru juga perlu memiliki ID tersendiri bagi membuktikan seseorang itu adalah merupakan guru Malaysia yang berdaftar dan bertauliah dalam mengajar.

Kepentingan Sijil Guru Malaysia

Diantara sebab dan tujuan Kementerian Pendidikan Malaysia mewujudkan Sijil Guru Malaysia ini adalah bagi memberi penghargaan dan pengiktirfan pada guru-guru yang memenuhi syarat kelayakan untuk dilantik sebagai guru dan layak diberi pentauliahan dalam mengajar.

Cara Dapatkan Sijil Guru Malaysia

Sebelum ini sijil guru Malaysia disediakan oleh KPM. Kini, KPM tidak lagi mencetak dan hantar melalui pos Sijil Guru Malaysia kepada guru-guru. Melalui inisiatif lain, kini boleh muat turun sijil digital Sijil Guru Malaysia (SGM) dari portal Sistem Guru Malaysia (SGMy).

Berikut adalah merupakan tutotial atau cara dapatkan sijil guru Malaysia:

  • Log masuk ke Sistem Guru Malaysia (SGMy).
  • Pilih Modul Individu
  • Log In di bahagian Guru KPM
  • Masukkan No IC
  • Masukkan kata laluan (kata laluan adalah sama seperti kata laluan SPLKPM)
  • Klik Hantar
  • Klik Cetak (Bahasa Malaysia) untuk Sijil Guru Malaysia versi Bahasa Malaysia atau pilih Klik Print (English) untuk Sijil Guru Malaysia versi Bahasa Inggeris

Panduan Serta Cara Buat Kad Guru Malaysia

CARA BUAT KAD GURU MALAYSIA

Terdapat perkongsian yang sangat menarik dari Cikgu Izzat. Sijil guru Malaysia boleh dijadikan dalma bentuk kad yang mudah dibawa kemana sahaja. Untuk pengetahuan semua, ini adalah inisiatif beliau sendiri dengan perkenalkan cara buat kad guru Malaysia.

Pastinya ianya berguna dan dapat memberi kemudahan untuk kemana sahaja dengan kemudahan kad guru Malaysia. Berikut adalah merupakan cara buat kad guru Malaysia:

  • Dapatkan sijil guru Malaysia di laman rasmi SGMY.
  • Siap download, simpan file pdf sebaiknya.
  • Pergi ke penjual kad fizikal di Shopee.
  • PM dan tanya untuk buatkan kad sijil guru Malaysia.
  • Anda boleh lampirkan pelbagai maklumat berkenaan dengan sijil guru Malaysia.
  • Rujuk contoh cara buat kad guru Malaysia seperti cikgu Izzat.
  • Selesai dan setuju dengan contoh dari penjual, anda boleh teruskan dengan membuat bayaran.

Ciri Kad Guru Malaysia

CONTOH KAD GURU MALAYSIA
Cara Buat Kad Guru Malaysia Online dan Cara Dapatkan Sijil Guru Malaysia 6
CONTOH KAD GURU MALAYSIA
Cara Buat Kad Guru Malaysia Online dan Cara Dapatkan Sijil Guru Malaysia 7

Berikut adalah merupakan ciri-ciri bagi kad guru Malaysia:

  • Di muka depan terdapat :
    • QR Kod imbas online sijil guru Malaysia
    • Logo KPM diletakkan pada kiri
    • Nama pemilik dan nombor kad pengenalan pada bahagian kanan.
    • Dibawah adalah diletak nombor sijil guru Malaysia.
  • Di muka belakang terdapat :
    • Sebuah peringatan khusus sekiranya terjumpa kad fizikal guru Malaysia.
    • Diletakkan alamat untuk dipulangkan pada alamat :
      • PENGARAH
        BAHAGIAN PROFESIONALISME GURU
        ARAS 3-6 BLOK E13
        KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
        62604 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Untuk makluman kepada semua, kad fizikal guru Malaysia ini adalah merupakan inisiatif sendiri sebagai memberi kemudahan untuk menyimpan dan memperkenalkan maklumat diri sebagai guru. Ia bukanlah suatu kewajipan daripada KPM. Ia adalah cara buat kad guru Malaysia melalui perkongsian dari cikgu Izzat yang suka memberi perkongsian berguna dan menarik kepada guru-guru.

Soalan FAQs Berkenaan Dengan Cara Buat Kad Guru Malaysia

Adakah wajib buat kad guru Malaysia?

Bagaimana dapatkan sijil guru Malaysia?

Sijil guru Malaysia hanya boleh didapatkan oleh guru rasmi KPM sahaja di laman web SGMY.

Dimana boleh buat kad guru Malaysia?

Untuk buat kad guru Malaysia, anda boleh mesej pembelian terus kad fizikal di Shopee dan minta buatkan kad guru Malaysia sesuai anda.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati