Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan dan Cara Daftar MyKasih Bagi Rakyat Malaysia

Cara Daftar MyKasih

Tahukah anda cara daftar MyKasih? Bantuan ini merupakan sebuah program Sumbangan Asas Rahmah yang telah ditambah baik oleh kerajaan untuk membantu golongan yang layak.

Program ini juga disasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI. Oleh itu, buat anda yang belum tahu cara daftar MyKasih, anda boleh rujuk perkongsian kami dengan terperinci.

Pengenalan dan Penerangan Berkenaan MyKasih

Cara Daftar MyKasih

Apa itu MyKasih?

MyKasih Foundation, yang ditubuhkan oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya, Puan Sri Jean, pada tahun 2009, program ini bertujuan untuk membantu keluarga dan pelajar miskin.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus miskin dan miskin tegar di eKasih. Ia telah ditambah baik pada tahun 2024 untuk memenuhi keperluan barangan asas. Penerima mempunyai kelayakan untuk membeli barangan dengan wang tunai pada kadar RM100 atau RM50 sebulan selama dua belas bulan.

Syarat Kelayakan Permohonan MyKasih

Terhad kepada mereka yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

• Warganegara Malaysia;
• Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
• Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Kadar Bantuan MyKasih

Berikut merupakan kategori beserta jumlah bantuan MyKasih :

Cara Daftar MyKasih

Senarai Barangan Program MyKasih

Cara Daftar MyKasih

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu :

  • Beras
  • Roti
  • Telur
  • Minyak masak
  • Tepung
  • Biskut
  • Mi segera
  • Minuman
  • Makanan dalam tin
  • Bahan perasa
  • Produk kebersihan
  • Ubat-ubatan
  • Barangan persekolahan.

Permohonan dan Cara Daftar MyKasih Online

Tutorial Cara Daftar MyKasih Online

Pemohon mesti daftar dengan Bantuan Subangan Tunai Rahmah (STR) untuk menerima bantuan MyKasih; jika pendapatan mereka kurang, mereka boleh mendaftar dengan e-Kasih. Cara daftar MyKasih ialah seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024; atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang [Permohonan Baharu] bagi membuat Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi. Isikan Nombor MyKad Pemohon dan tekan butang [SEMAK]. Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Kahwin, Maklumat Pasangan perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  4. Pemakluman mengenai Maklumat Anak (hendaklah diisi dengan tepat dan lengkap).
  5. Pemohon perlu mengisi maklumat berkaitan waris dengan lengkap.
  6. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  7. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  8. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
  9. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  10. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
  11. Pemohon boleh klik butang [Cetak] jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
  12. Selesai.

Cara Semak Status Kelayakan MyKasih

Cara Daftar MyKasih
  1. Layari portal semakan di portal MyKasih : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  2. Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan, sila klik butang SEMAK STATUS
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
  4. Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  5. Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.

Anda boleh mengikuti berkenaan Permohonan dan cara daftar MyKasih yang telah kami kongsikan dengan jelas dan mudah.

Soalan FAQs Berkenaan Permohonan dan Cara Daftar MyKasih

Berapa bantuan MyKasih?

Nilai bantuan MyKasih biasanya bergantung kepada status pemohon. Ianya bermula dari RM100-Rm1200 mengikut kategori yang diasingkan.

Siapa yang layak mohon MyKasih?

Penerima STR serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih juga layak SARA 2024 seperti berikut:
Penerima STR Isi Rumah serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih layak RM300 setahun dan penerima STR Warga Emas Tiada Pasangan dan Bujang serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih layak RM150 setahun.

Bila duit MyKasih dimasukkan?

Kedua-dua kategori akan menerima bantuan kewangan di bawah skim SARA, mulai Januari, pada kadar RM100 sebulan bagi setiap tahun. Selain itu, mereka layak mendapat STR, sumbangan tunai sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak dalam keluarga.

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Irdina Auni
Irdina Auni
"Hidup Ini Random"

Anda Mungkin Meminati