Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Guru Jawatan Pegawai Pendidikan DG41 Mei 2024 Latest

jawatan pegawai pendidikan DG41 mei 2024

Universiti Malaya kini sedang membuka jawatan Pegawai Pendidikan DG41 Mei 2024 untuk permohonan bagi mereka yang berminat. Universiti Malaya adalah merupakan sebuah Universiti Awam yang merupakan antara Universiti berprestij di peringkat global.

Berdasarkan makluman baharu jawatan Pegawai Pendidikan DG41 Mei 2024, UM akan membuka peluang yang baharu kepada para calon untuk memulakan kerjaya dibawah Universiti Awam yang terkenal dalam Malaysia. Calon juga dapat memperoleh pengalaman berharga sekiranya diterima permohonan.

Rujuk beberapa perkara dan isi lengkap berkenaan syarat-syarat, iklan jawatan kosong dan cara membuat permohonan berkenaan tawaran kerja yang dibuka oleh Universiti Malaya.

Berkenaan Jawatan Pegawai Pendidikan DG41 Mei 2024

Universiti Malaya kini mempelawa mereka yang berkelayakan, bersemangat dan positif untuk berkhidmat di Universiti Malaya bagi jawatan berikut:

jawatan pegawai pendidikan DG41 mei 2024
  • GURU (BAHASA/MATA PELAJARAN) DG41
  • PEGAWAI PENDIDIKAN GRED DG41 – APIUM
  • PEGAWAI PENDIDIKAN GRED DG41 – PASUM

Berikut adalah merupakan maklumat dan keperluan jawatan dalam bentuk jadual seperti dibawah:

PerkaraMaklumat
GajiMinimum – RM2,188.00 –
Maksimum – RM9,552.00
Taraf JawatanKontrak
Lokasi dan Kekosongan– Akademi Pengajian Islam
– Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM)

Tempoh Permohonan Jawatan Pegawai Pendidikan DG41 Mei 2024

Untuk makluman terkini, permohonan adalah dibuka bermula hari ini iaitu 9 Mei 2024 dan permohonan akan ditutup secara rasminya pada 30-31 Mei dan 30 Jun 2024. Seterusnya, diminta kepada para calon untuk cepat membuat permohonan dan berdasarkan kaedah permohonan yang betul.

Mohon ambil perhatian juga berkaitan penerangan tugas dan syarat kelayakan permohonan jawatan yang ditetapkan oleh pihak Universiti Malaya.

Penerangan Jawatan Pegawai Pendidikan DG41 Mei 2024

Berikut adalah merupakan senarai tugas kerja untuk jawatan bagi jawatan Pegawai Pendidikan DG41 Mei 2024 :

Skop Kerja:

Sebagai kakitangan akademik kami, anda diharapkan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang digariskan di bawah kriteria berikut:

  1. Mengajar
  2. Tugas pentadbiran
  3. Pengantarabangsaan dan rangkaian

Taraf Lantikan:

  • Terbuka kepada calon tempatan dan antarabangsa untuk jawatan kontrak

Faedah:

Nikmati pelbagai faedah pekerja yang menarik di UM:

  1. Cuti tahunan
  2. Faedah Perubatan
  3. Bayaran Balik Tambang
  4. Latihan
  5. Tangga gaji yang kompetitif dan sepadan dengan kelayakan dan pengalaman.

Penerangan jawatan ini telah disediakan oleh pihak Universiti Malaya sendiri. Oleh demikian itu, para calon perlu tahu berkaitan tugasan kerja yang diberikan.

Syarat Kelayakan Permohonan Jawatan KPT

Untuk para pemohon yang berminat dalam mengemukakan permohonan jawatan Pegawai Pendidikan DG41 Mei 2024, anda perlu memenuhi beberapa syarat kelayakan permohonan seperti dibawah:

  • Warganegara Malaysia:
  • Calon mesti memiliki ijazah sarjana muda atau setaraf dalam bahasa atau pendidikan.
  • Calon mestilah sekurang-kurangnya:
    • Tempatan: Berumur 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun semasa permohonan.
    • Antarabangsa: Berumur 27 tahun dan tidak melebihi 65 tahun semasa permohonan.

Rujukan Maklumat Penuh Bagi Iklan Jawatan Kosong

Perlu untuk para calon mengambil perhatian berkenaan makluman rasmi daripada pihak Universiti Malaya berkenaan tawaran kerja kosong yang diumumkan melalui laman rasmi Universiti Malaysia. Bagi para pemohon, anda boleh membuat semakan lebih lanjut dan terperinci melalui rujukan portal rasmi UM:

Cara Mohon Jawatan Kosong KPT

Bagi para pemohon yang berminat dalam membuat permohonan, anda boleh ikuti beberapa langkap bagi membuat permohonan seperti dibawah:

  1. Permohonan jawatan kosong Universiti boleh dibuat melalui portal permohonan kerjaya UM.
  2. Calon boleh membuat semakan senarai jawatan kosong yang dibuka dan boleh klik butiran lebih lanjut.
  3. Untuk mohon anda boleh klik ‘ Apply’.
  4. Calon perlu log masuk terlebih dahulu dan boleh daftar baharu jika belum ada akaun portal.
  5. Seterusnya, boleh lanjutkan ke permohonan dengan merujuk bahagian Vacancies yang menyenaraikan jawatan kosong.
  6. Calon juga akan diminta untuk mengemaskini beberapa maklumat berkenaan maklumat diri dan juga dokumen berkaitan akademik.
  7. Jika anda sudah berpuas hati dengan isian maklumat, anda boleh membuat pengesahan segera.

Untuk permohonan kali ini, ia adalah ditawarkan berdasarkan kekosongan jawatan di Universiti Malaya dan memerlukan para calon untuk peka dengan maklum balas pihak UM sekiranya permohonan anda berjaya atau diterima bagi urusan seterusnya.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati