Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Laporan Malaysia Terlebih Pekerja Asing Latest

malaysia terlebih pekerja asing
Laporan Malaysia Terlebih Pekerja Asing Latest 4

Terkini media laporkan Malaysia terlebih pekerja asing. Negara Malaysia kini catat jumlah pekerja asing antara yang tertinggi pernah direkodkan iaitu 3.4 juta atau 10 peratus daripada 34 juta penduduk. Kadar rakyat Malaysia setakat suku pertama 2024 ialah 30.6 juta. Perkara ini telah dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian.

Menurut akhbar tersebut, laporan Perangkaan Demografi yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Kini berlaku pertambahan sebanyak 600,000 warga asing hanya dalam tempoh setahun. Menurut catatan pada suku pertama 2022 terdapat 2.4 juta warga asing manakala pada 2023 sebanyak 2.8 juta.

Berkenaan Malaysia Terlebih Pekerja Asing

Isu lambakan pekerja asing sememangnya telah dibincangkan dari dulu lagi. Pengambilan pekerja asing adalah melibatkan permintaan yang tinggi dalam negara Malaysia bagi pelbagai sektor dan industri.

Lambakan Pekerja Asing Menurut Kementerian Sumber Manusia

MALAYSIA TERLEBIH PEKERJA ASING
PETIKAN DARI SINAR HARIAN BERKENAAN MALAYSIA TERLEBIH PEKERJA ASING

Ketika jumlah pekerja asing sekitar 2.8 juta tahun lalu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud memberitahu Dewan Rakyat bahawa sudah berlaku lambakan pekerja asing dalam negara, melebihi unjuran yang ditetapkan.

Menurut beliau, berdasarkan unjuran dari Kementerian Ekonomi, angka pekerja asing yang sepatutnya berada di Malaysia adalah hanya 2.4 juta sahaja atau 15 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja seramai 16.51 juta.

Sekiranya unjuran itu boleh dijadikan sandaran, bermakna Malaysia terlebih pekerja asing dalam sejuta. Akan tetapi, tentulah ada pertimbangan lain dalam peningkatan mendadak tersebut seperti keperluan tenaga kerja dalam sektor atau industri yang kurang diminati oleh rakyat tempatan seperti perladangan dan pembinaan.

3.4 Juta Pekerja Asing Dalam Malaysia

MALAYSIA TERLEBIH PEKERJA ASING 1
Gambar sekadar info tambahan pada tahun 2022

Malaysia catat 3.4 juta pekerja asing dalam Malaysia. Namun, angka tersebut adalah pekerja yang sah. Jika dikira sekali dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) kadarnya mungkin naik sekali ganda. Berdasarkan Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM), misalnya telah menganggarkan terdapat antara 1.2 juta hingga 3.5 juta pekerja PATI di Malaysia pada tahun 2022.

Jika jumlah PATI digabungkan dengan pekerja asing yang sah buat masa kini, ia boleh mencecah angka sebesar 6.9 juta orang dalam Malaysia. Namun, tidak dinafikan ada banyak negara lain yang lebih bergantung kepada pekerja asing selain daripada warga tempatan. Contohnya seperti Arab Saudi yang mempunyai 13.4 juta warga asing iaitu 42 peratus daripada 32.2 juta populasi negara itu.

Tetapi dengan jumlah pengangguran sebanyak 566,600 orang dicatatkan pada Mac 2024 dan pelbagai masalah sosial yang dicetuskan oleh golongan warga asing, kerajaan Malaysia tidak boleh membiarkan lambakan warga asing di negara Malaysia.

Dengan keadaan Malaysia terlebih pekerja asing dan apatah lagi dengan pelbagai pelaburan baharu syarikat antarabangsa seperti Microsoft dan Google di Malaysia, pekerja asing dijangka akan menguasai ratusan ribu lagi peluang pekerjaan dalam bidang teknologi maklumat dalam masa yang sama akan menyempitkan peluang rakyat tempatan untuk bekerja.

Punca Malaysia Pilihan Warga Asing

Isu Malaysia terlebih pekerja asing kini hangat dibincangkan. Sebagai negara yang membangun, tidak dinafikan Malaysia amat memerlukan ramai pekerja yang boleh menyumbangkan kudrat bagi membangunkan negara. Terutama sektor pembinaan yang kebanyakannya adalah daripada pekerja asing. Terdapat juga beberapa sebab kenapa negara Malaysia menjadi pilihan warga asing untuk bekerja.

Berikut adalah antara sebab Malaysia menjadi pilihan warga asing untuk berkerja:

  • Bayaran gaji yang tinggi. Sesetengah warga asing yang berkerja di Malaysia adalah keranan bayaran gaji tinggi sekiranya ditukar matawang ke negara asal mereka. Ini adalah kerana Malaysia mempunyai nilai matawang yang tinggi bagi sesetengah negara.
  • Peluang pekerjaan yang luas. Bidang pekerjaan yang ditawarkan kepada warga asing adalah banyak dari segi sektor dan industri. Antara bidang pekerjaan yang menjadi tumpuan bagi warga asing adalah bidang pembinaan yang memerlukan tenaga kerja buruh yang ramai.
  • Kemudahan fasiliti yang memuaskan. Negara Malaysia mempunyai pelbagai kemudahan antaranya fasiliti awam yang mesra pengguna dan rakyat luar. Kehidupan di Malaysia juga mudah bagi warga asing kerana dianggap masih boleh menampung kos sara hidup walaupun kian meningkat. Selain itu negara Malaysia juga adalah negara yang aman dan mesra warga asing.

Dengan isu kini Malaysia terlebih pekerja asing, kerajaan Malaysia perlu lebih tegas dan ambil tindakan terutama golongan PATI yang berkerja dalam dalam Malaysia.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati