Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Himpunan Resepi Ayam Madu Simple Dan Sedap

resepi ayam madu

Ayam madu adalah hidangan yang memukau kerana kombinasi manis dan ranggup. Daging ayam yang lembut dan penuh dengan kelazatan daripada air perapan ayam ini dipanggang dan digoreng dengan sos madu dan kemudiannya mencipta cita rasa menggoda lidah.

Hidangan ini sering dihiasi dengan bijan atau daun bawang untuk menambahkan sentuhan visual dan rasa yang lebih kompleks. Dengan kesederhanaan dalam dalam bahan dan cara penyediaan resepi ini sering menjadi pilihan popular di meja makan dan amat sesuai untuk keluarga dan tetamu.

Resepi Ayam Madu Ala Kedai Mamak

ayam madu ala mamak

Di bawah ini merupakan resepi ayam madu ala kedai mamak. Sebelum nak masak, kenalah sediakan bahan-bahan dahulu.

Bahan-bahan:

  • Minyak masak
  • 3 sekawan
  • Serai
  • Daun kari
  • Bawang putih yang telah dikisar
  • Bawang merah yang telah dikisar
  • Halia
  • Serbuk ketumbar
  • Serbuk jintan putih
  • Cili kisar
  • Air
  • Tomato puree
  • Kicap
  • Sos cili
  • Garam
  • Madu
  • Ayam

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan masukkan tiga sekawan kemudian tumis.
  2. Masukkan 3 batang serai dan daun kari kemudian gaul.
  3. Masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar.
  4. Masukkan halia dan kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan serbuk ketumbar sekitar 2 sudu makan dan masukkan serbuk jintan putih.
  6. Masukkan cili yang telah dikisar dan masukkan air dan gaul hingga pecah minyak.
  7. Masukkan dua sudu makan tomato puree dan gaul sehingga pecah minyak.
  8. Masukkan kicap sebagai penambah rasa dan sos cili. Kemudian, masukkan sedikit garam dan madu.
  9. Masukkan ayam yang telah digoreng dengan garam dan kunyit ke dalam kuah yang telah dimasak tadi.
  10. Gaul hingga sebati.
  11. Hidangan siap.

Resepi Ayam Madu Sabah

ayam madu sabah

Siapa tahu negara di bawah bayu ini juga mempunyai resepi ayam madu yang tersendiri. Jom cuba hidangan ini versi Sabah. Jangan lupa sediakan bahan-bahan terlebih dahulu!

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Ayam
  • Halia
  • 2 tbsp sos tiram
  • 1 tbsp kicap manis pedas
  • 2 atau 3 tbsp madu
  • 1 tbsp serbuk paprika
  • Pewarna merah
  • Minyak

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk 3 ulas bawang putih dan 1 inci halia.
  2. Cuci ayam dan cucuk bahagian ayam menggunakan garpu supaya ayam mudah untuk masak.
  3. Masukkan bahan yang telah ditumbuk dan kicap manis pedas ke dalam mangkuk yang berisi ayam.
  4. Masukkan madu dan serbuk paprika.
  5. Kacau dengan sebati.
  6. Masukkan sedikit pewarna merah.
  7. Tambahkan minyak dan gaul hingga sebati.
  8. Masukkan ayam yang telah dicampur dengan bahan-bahan tadi ke dalam air fryer. Anda boleh menggunakan kaedah masakan yang lain seperti memanggang.
  9. Hidangan selesai. Boleh makan dengan sambal sebagai pelengkap hidangan.

Resepi Ayam Madu Simple

ayam madu simple

Sesiapa yang nak resepi yang mudah dan senang nak ikut, bolelah cuba resepi di bawah ini.

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Minyak masak
  • Bawang merah
  • Halia
  • Cili kering kisar
  • Sedikit air
  • Sos cili
  • Serbuk pati ayam
  • Garam secukupnya
  • Madu
  • Kicap manis
  • Daun bawang

Cara Penyediaan:

  1. Letakkan ayam yang telah dicuci ke dalam pinggan dan masukkan serbuk kunyit dan garam. Kemudian, gaul sebati.
  2. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
  3. Goreng ayam yang telah dicampur dengan bahan tadi kemudian tapis minyak ayam.
  4. Kurangkan minyak yang tersisa dalam kuali.
  5. Masukkan bawang merah dan halia serta cili kering kisar.
  6. Tumis hingga pecah minyak.
  7. Masukkan sedikit air.
  8. Gaul hingga sebati kemudian masukkan sos cili dan serbuk pati ayam.
  9. Tambahkan garam mengikut cita rasa anda.
  10. Masukkan madu sesuai dengan selera anda.
  11. Tambahkan sedikit air supaya berkuah dan gaul.
  12. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati.
  13. Masukkan daun bawang sebagai hiasan.
  14. Hidangan siap dihidang bersama nasi putih panas.

Resepi Ayam Madu Bakar Bersama Sos Thai

ayam madu bakar

Resepi yang satu ini dihidangkan bersama sos thai yang lazat dan penuh dengan rasa manis dan masam yang berfungsi sebagai pelengkap hidangan ini. Anda boleh mengikuti resepi di bawah ini dan menyediakannya sendiri di rumah.

Bahan-bahan campuran ayam:

  • 5 ketul ayam
  • Halia yang telah ditumbuk
  • 3 atau 4 ulas bawang putih yang telah ditumbuk
  • 1 sudu sos tiram
  • 3 sudu sos cili
  • 3 sudu sos garlic cili
  • 1 sudu serbuk cili
  • Kiub ayam
  • 2 sudu madu
  • Gula merah
  • Lada hitam
  • Sedikit pewarna merah
  • Minyak masak

Bahan-bahan sos thai:

  • 6 tangkai cili padi
  • 4 ulas bawang putih
  • Daun ketumbar
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu sos ikan
  • 3 sudu gula merah
  • Sos cili thai
  • 2 sudu perahan limau nipis
  • Air

Cara penyediaan:

  1. Masukkan ayam yang telah dicuci ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan halia, bawang putih, sos cili, sos tiram, sos garlic cili, serbuk cili, kiub ayam, madu, gula merah, lada hitam, sedikit pewarna merah dan minyak masak.
  3. Kemudian, gaul ayam bersama bahan-bahan tadi dan perap selama satu jam ke atas.
  4. Selepas satu jam ayam diperap, bakar menggunakan air fryer dengan suhu 180 degree selama 25 minit.
  5. Masukkan cili padi, bawang putih dan daun ketumbar ke dalam pengisar dan kisar bahan-bahan tersebut.
  6. Sediakan satu mangkuk kosong dan letakkan bahan yang dikisar ke dalam.
  7. Masukkan sos tiram, sos ikan, gula merah, sos cili thai dan jus perahan limau nipis kemudian gaul sebati.
  8. Hidangan siap bersama sos thai yang lazat dan memukau.

Sekian sahaja perkongsian saya pada harini berkaitan dengan resepi ayam madu. Diharapkan anda dapat mencuba resepi ini di rumah. Semoga bermanfaat!

Apa itu ayam masak madu?

Ayam masak madu adalah hidangan yang terdiri daripada potongan ayam yang dimasak dengan sos madu, kicap manis dan bumbu lainnya sehingga berwarna coklat keemasan dan beraroma manis.

Bagaimanakah cara penyediaan ayam masak madu?

Untuk membuat ayam masak madu yang sedap, anda perlu menggoreng atau memanggang potongan ayam lalu memasaknya dengan kicap manis, bawang putih, hali dan bumbu yang lainnya untuk memberikan rasa yang sedap.

Apakah bahan utama yang diperlukan untuk membuat ayam masak madu?

Bahan utama yang diperlukan untuk membuat hidangan ini adalah potongan ayam, madu, kicap manis, bawang putih, halia dan cuka beras dan beberapa bahan lain seperti garam.

Bolehkah madu digantikan dengan bahan lainnya?

Anda boleh menggunakan madu asli untuk memberikan rasa khas pada ayam masak madu. Namun, jika tidak ada, anda boleh menggantikannya dengan sirap maple atau gula merah cair walaupun rasa dengan teskturnya akan berbeza.

Adakah variasi lain bagi ayam masak madu ini?

Ya, terdapat variasi bagi ayam masak madu ini seperti memasukkan bahan tambahan iaitu lada, bijan atau rempah-rempah lainnya untuk memberikan rasa yang berbagai.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati