Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Teks Bacaan Surah Al-Mulk PDF dan Kelebihan Baca Surah Al-Mulk

PDF SURAH AL-MULK

Quran adalah wahyu yang diutuskan kepada Nabi Muhammad untuk disampaikan pada umat Islam. Ada satu surah, iaitu surah Al-mulk yang dibaca sebagai amalan setiap malam atau sebelum tidur. Ia adalah sunnah yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW. Rata-rata umat islam mengamalkannya untuk mendapat fadhilatnya yang dikatakan oleh Nabi amatlah besar.

Sebagai amalan harian untuk dibaca pada setiap malam, ada segelintir masjid menganjurkan bacaan surah Al-Mulk selepas solat isyak. Jemaah masjid akan diedarkan sekeping kertas yang memaparkan surah Al-Mulk dalam satu kertas ia di depan dan belakang. Bagi mereka yang mencari-cari bahan tersebut secara PDF, kami ada sediakan berserta penerangan fadhilat dibawah.

Download Teks Bacaan Surah Al-Mulk PDF

Pengenalan Surah Al-Mulk

Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) ialah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini yang bermaksud ‘Kerajaan’. Surah ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bermaksud Maha Suci.

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksaan azab kubur kepada pengamalnya.

Asbab Nuzul Surah Al-Mulk

Ayat ini telah turun sebagai tindak balas atas fitnah buruk kaum musyrik terhadap Rasulullah SAW. Mereka saling merendahkan bahkan merahsiakan ucapan mereka agar tidak didengar Allah S.W.T.

Menurut riwayat Ibnu ‘Abbas sebagaimana diambil dari Tafsir dijelaskan, “Pada suatu ketika orang-orang musyrikin merendah-rendahkan Nabi Muhammad SAW dan menjelek-jelekkannya, maka Allah menurunkan kepada beliau semua yang dibicarakan mereka itu. Lalu sebahagian mereka berkata kepada sebahagian yang lain: “Rendahkanlah suaramu agar kata-katamu tidak didengar oleh Tuhan Muhammad.”

Maka turunlah surah ini, antara lain menjelaskan bahawa tidak ada suatu apa pun yang boleh lari dari pengetahuan Allah.

Download Teks PDF Surah Al-Mulk

Bagi mereka yang mencari-cari PDF Surah Al-Mulk, anda boleh dapatkan melalui bahan yang kami sediakan ini. Boleh juga diguna pakai untuk dicetak dan diedarkan ke masjid-masjid sebagai cara untuk mendapat keberkatan dan pahala.

download pdf surah al-mulk
PDF SURAH AL-MULK
Teks Bacaan Surah Al-Mulk PDF dan Kelebihan Baca Surah Al-Mulk 4

Download Versi High Quality Image & PDF

Alhamdulillah hari ini admin baru berjaya dapatkan versi enhancement punya selepas pelbagai kaedah buat dan mencuba. Akhirnya canva juga yang banyak membantu, jadi admin kongsikan kepada semua untuk mendapatkan al mulk dalam bentuk image dan pdf yang HD.

Untuk image pula, Admin sediakan dalam bentuk zip.

Kelebihan dan Fadhilat Amal Surah Al-Mulk

Mempunyai banyak kelebihan dan fadhilat, Surah Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Di antara kelebihan Surah Al-Mulk ini adalah:

  • Surah ini akan menjadi penyelamat.
  • Penegah pembacanya dari seksa kubur.
  • Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
  • Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).

Fadhilat Surah Al-Mulk Dari Hadis

Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:

  1. Mendapat Syafaat
    • Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”
  2. Menyelamatkan daripada seksa kubur
    • Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi hukuman. Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.
  3. Hati Beriman
    • Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).

      Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
  4. Mendapat Keistimewaan
    • Saiyidina ‘Ali berkata: “Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”

Diharapkan kita semua dapat mengamalkan secara berterusan atau secara istiqamah dengan surah Al Mulk yang mempunyai banyak kelebihan antaranya menjaga diri dari seksaan kubur.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati