Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Makluman Jawatan Kosong CIDB Jun 2024 untuk Permohonan

Makluman Jawatan Kosong CIDB Jun 2024 untuk Permohonan

Peluang pekerjaan bulan Jun melalui permohonan jawatan kosong CIDB Jun 2024. Kini sedang dibuka pengambilan dibawah jawatan kosong CIDB Jun 2024 yang merupakan peluang terbaru bagi peluang pekerjaan dibawah agensi kerajaan Malaysia. Untuk anda yang berminat untuk memohon, anda boleh dapatkan info penuh melalui perkongsian artikel kali ini.

Khas untuk anda, kami telah sediakan pelbagai informasi yang bermanfaat dan dapat membantu anda membuat permohonan jawatan kosong CIDB Jun 2024 dengan betul dan mengikut ketetapan pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), sila rujuk dibawah.

Maklumat Jawatan Kosong CIDB Jun 2024

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mempelawa individu yang berminat dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf kontrak di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia seperti kelayakan berikut:

PerkaraMaklumat
JawatanPenolong Jurutera – Gred JA29
Penolong Juruukur Bahan – Gred JA29 Penolong Pegawai Senibina – Gred JA29
Taraf KontrakKontrak 1 Tahun (maksimum 2 tahun bagi pelantikan semula berdasarkan prestasi)
Gaji Minimum – MaksimumRM1,549.00 – RM5,701.00
Lokasi PenempatanCIDB Negeri Sabah dan Sarawak

Dengan tawaran pelbagai permohonan jawatan ini ia memberi peluang kerja kepada anda untuk menjawat jawatan kontrak/tetap dibawah CIDB bagi tahun 2024.

Tempoh Permohonan Jawatan Kosong CIDB Jun 2024

Bagi permohonan jawatan kosong CIDB Jun 2024 dibuka bermula Jun 2024 dan akan ditutup pada 7 Julai 2024 seperti makluman ada di dalam dalam laman CIDB dengan permohonan boleh dilakukan secara atas talian melalui laman permohonan google form CIDB dan perlu menepati syarat yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Kini anda boleh kemukakan permohonan dengan kadar pantas sebelum tarikh permohonan ditutup.

Syarat Kelayakan Permohonan Gred JA29

  • Sijil dalam bidang seni bina / bidang kejuruteraan/ bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Diploma dalam bidang seni bina / bidang kejuruteraan/ bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan 
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Permohonan Jawatan CIDB Jun 2024:

Terbuka kepada semua warganegara yang berumur 24 – 40 tahun semasa tarikh tutup iklan ini.

Deskripsi Tugas Bagi Gred JA29

  • Mempersiapkan dan memaksimumkan proses utama CIDB (pendaftaran kontraktor, levi dan pendaftaran personel binaan), selaras dengan hala tuju Akta 520 (Pindaan) 2011.
  • Memperkasakan dan memaksimumkan khidmat penguatkuasaan undang-undang dan peraturan-peraturan di bawah Akta 520 (Pindaan) 2011 supaya dapat meningkatkan kadar pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang
  • Merealisasikan dan mendayausahakan program pembangunan kontraktor, pembangunan personel binaan dan pembangunan teknologi untuk membolehkan penambahbaikan kredibiliti dan peningkatan tahap profesional.

Rujukan Iklan Jawatan Kosong CIDB Jun 2024

jawatan kosong CIDB Jun 2024

Bagi info penuh, Anda boleh merujuk syarat kelayakan permohonan dan maklumat lengkap berkenaan tawaran jawatan kosong rasmi yang dibuka CIDB ini melalui pautan rasmi, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di laman web berikut:

Cara Mohon Jawatan Kosong dibawah CIDB Jun 2024

Hanya untuk warganegara Malaysia, anda dipelawa untuk mereka yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti senarai diatas oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Dibawah adalah beberapa langkah untuk permohonan serta beberapa maklumat berkaitan:

  1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian di laman google Form CIDB.
  2. Anda boleh mendaftar akaun dahulu melalui emel yang telah berdaftar dibawah Google.
  3. Anda boleh membuat isian berkenaan beberapa soalan yang diminta oleh pihak CIDB seperti tertera di Google Form.
  4. Buat semakan maklumat lengkap berkenaan jawatan yang disenaraikan berdasarkan beberapa syarat dan skop kerja.
  5. Hantar permohonan dengan memasukkan beberapa maklumat butiran anda termasuklah butiran akademik dan dokumen sokongan.
  6. Sahkan permohonan jawatan anda di Google Form dan pastikan guna emel anda yang aktif.

Untuk permohonan jawatan CIDB kali ini, pastikan anda membuat isian lengkap dengan menyenaraikan maklumat diri anda yang betul. Anda mungkin menerima maklum balas melalui emel.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati