Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Jawatan Kosong KWSP Jun 2024

JAWATAN KOSONG kwsp JUN 2024

Makluman terbaru berkenaan dengan tawaran kerja kosong dibawah sektor awam. Kini sedang dibuka pengambilan dibawah jawatan kosong KWSP Jun 2024 yang merupakan peluang keemasan bagi peluang pekerjaan dibawah agensi kerajaan Malaysia. Bagi para calon yang berminat untuk memohon, anda boleh dapatkan info penuh melalui perkongsian artikel kali ini.

Untuk para calon, kami telah sediakan pelbagai informasi yang bermanfaat dan dapat membantu anda membuat permohonan jawatan kosong KWSP Jun 2024 dengan betul dan mengikut ketetapan pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sila rujuk dibawah.

Maklumat Jawatan Kosong KWSP Jun 2024

Untuk permohonan jawatan kosong KWSP Jun 2024, adalah dibuka peluang kerjaya sebanyak 8 jenis jawatan KWSP. Bermula daripada jawatan minima SPM dengan taraf jawatan kosong adalah kontrak/tetap dibawah KWSP. Dibawah adalah merupakan senarai jawatan KWSP Jun 2024 yang dibuka :

JawatanSkop Kerja
Clerk/ Pegawai KeraniMemastikan semua fungsi pejabat berjalan lancar bagi mengelakkan gangguan dalam operasi perniagaan di Jabatan/Seksyen/Unit/Cawangan yang ditetapkan.
Associate/Research & ReportingUntuk menjadi sebahagian daripada pasukan Pelaburan Hartanah yang melaporkan prestasi pelaburan, jejaki pendapatan dan pantau keperluan tunai.
SecretaryMelaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan organisasi bagi memastikan kelancaran bahagian/jabatan. Untuk melaksanakan tugas perkeranian am dan harian yang termasuk menyelaras dan mengekalkan penyelenggaraan pelbagai kalendar, menerima panggilan telefon dan mesej, menghantar e-mel, menyediakan bahan mesyuarat dan pembentangan, dan tugas lain yang berkaitan.
Executive/ Quality ManagementMelaporkan kepada Ketua Pengurusan Kualiti (QM), Pematuhan Operasi.Membantu dalam menyelaras, menyelenggara dan mengemas kini Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) organisasi dan memastikan rekod kualiti yang berkaitan dalam skop ISO 9001:2015 teratur, berfungsi dan boleh dikesan dalam skop ISO 9001:2015.
System Analyst (Operation Solutions)Melaporkan kepada Pengurus Bahagian Penyelesaian Operasi, Jabatan Penyelesaian Perusahaan Digital.
Application Support EngineerBerkhidmat sebagai Pakar Perkara (PKS) meliputi seni bina sistem, komponen, reka bentuk, aspek teknikal dan fungsi, operasi, penyepaduan, dsb.
Associate/ Tax, Advisory and FinancingMenjadi sebahagian daripada pasukan Pelaburan Hartanah yang menyelia projek pembiayaan dan menyokong penutupan akaun akhir tahun di peringkat KWSP dan anak syarikat.
Executive/EconomistMenjalankan penyelidikan dan analisis mengenai pertukaran asing, pasaran modal dan komoditi.

Dengan pembukaan pelbagai permohonan jawatan ini ia memberi tawaran kerja kepada calon untuk menjawat jawatan kontrak/tetap dibawah KWSP bagi tahun 2024.

Tempoh Permohonan Jawatan Kosong KWSP Jun 2024

Bagi permohonan jawatan kosong KWSP Jun 2024 dibuka bermula Jun 2024 dan akan ditutup pada makluman yang akan dimaklumkan di dalam dalam laman Linkedin dengan permohonan boleh dilakukan secara atas talian melalui laman permohonan KWSP dan perlu menepati syarat yang ditetapkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Para calon boleh kemukakan permohonan dengan kadar pantas sebelum tarikh permohonan ditutup.

Syarat Kelayakan Mohon Kerja KWSP Jun 2024

Untuk calonyang berminat membuat permohonan, anda boleh kemukakan permohonan dengan perlu melepasi beberapa syarat kelayakan permohonan kerja seperti dibawah:

  1. Merupakan warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun dan keatas.
  3. Kelayakan akademik bermula dari SPM, Diploma dan Ijazah mengikut kelayakan taraf jawataan yang boleh dipohon.

Calon boleh mengemukakan permohonan dengan merujuk iklan tawaran rasmi dan panduan permohonan dibawah. Mohon rujuk kaedah permohonan kerja yang betul dan pastikan juga maklumat yang anda sertakan adalah benar.

Rujukan Iklan Jawatan Kosong KWSP Jun 2024

jawatan kosong KWSP Jun 2024

Bagi info penuh, Calon boleh merujuk syarat kelayakan permohonan dan maklumat lengkap berkenaan tawaran jawatan kosong rasmi yang dibuka KWSP ini melalui pautan rasmi, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di laman web berikut:

Cara Mohon Jawatan Kosong dibawah KWSP Jun 2024

Hanya untuk warganegara Malaysia, anda dipelawa untuk mereka yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti senarai diatas oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Dibawah adalah beberapa langkah untuk permohonan serta beberapa maklumat berkaitan:

  1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian di Linkedin KWSP.
  2. Calon boleh mendaftar akaun terlebih dahulu sebelum boleh membuat pendaftaran. Klik “apply” untuk permohonan anda.
  3. Log masuk selepas disahkan mempunyai akaun dan penerimaan emel daripada Linkedin.
  4. Buat semakan maklumat lengkap berkenaan jawatan yang disenaraikan berdasarkan beberapa syarat dan perkara lain.
  5. Hantar permohonan dengan memasukkan beberapa maklumat butiran anda termasuklah butiran akademik dan dokumen sokongan.
  6. Sahkan permohonan anda.

Semua permohonan adalah SULIT dan hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga. Permohonan dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tiada maklum balas daripada KWSP 2 BULAN selepas tarikh tutup iklan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati