Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Besar-Besaran Jawatan LKIM Jun 2024

JAWATAN LKIM JUN 2024

Pengumuman terkini bagi anda yang dalam urusan kerjaya, ada jawatan kosong terbaru untuk anda iaitu jawatan LKIM Jun 2024 yang merupakan jawatan kosong bertaraf kontrak/tetap dengan kerjaya dibawah sektor awam. Calon yang berminat boleh mohon dengan secara pantas melalui permohonan jawatan melalui rujukan iklan dibawah.

Untuk langkah seterusnya, kami telah sediakan pelbagai informasi yang bermanfaat dan dapat membantu anda membuat permohonan jawatan LKIM Jun 2024 dengan betul dan mengikut ketetapan pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Maklumat Jawatan LKIM Jun 2024

Bagi permohonan jawatan LKIM Jun 2024, adalah dibuka peluang kerjaya sebanyak 17 jenis jawatan kekosongan. Bermula daripada jawatan minima PMR dengan taraf jawatan kosong adalah kontrak/tetap dibawah LKIM. Dibawah adalah merupakan senarai jawatan LKIM Jun 2024 yang dibuka :

Jawatan KosongKelayakan
Pegawai Ehwal Ekonomi E41Ijazah
Juruaudit W41Ijazah
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi E29Diploma
Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/Penolong Jurutera JA29/30Diploma
Penolong Akauntan W29Diploma
Penolong Juruaudit W29Diploma
Pembantu Ehwal Ekonomi E19SPM
Juruteknik Komputer FT19Diploma
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19SPM
Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat N29/30Diploma
Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat N19SPM
Pembantu Akauntan W19SPM
Pembantu Tadbir (Kewangan) W19SPM
Pembantu Operasi N11PMR/PT3
Pengawal Keselamatan KP11PMR/PT3
Pemandu Kenderaan H11PMR/PT3
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29Diploma

LKIM adalah merupakan sebuah lembaga dibawah Kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab dalam urusan melibatkan perkara hal ehwal perikanan dan memainkan peranan besar dalam melahirkan Nelayan yang berkualiti dan menjaga kebajikan para nelayan disamping meningkatkan hasil laut untuk dibekalkan di seluruh negeri.

Dengan pembukaan banyak permohonan jawatan ini ia memberi tawaran istimewa kepada pemohon untuk menjawat jawatan kontrak/tetap dibawah LKIM bagi tahun 2024.

Tempoh Permohonan Jawatan LKIM Jun 2024

Untuk permohonan jawatan LKIM Jun 2024 dibuka bermula 18 Jun 2024 dan akan ditutup pada tarikh tutup 2 Julai 2024 dengan permohonan boleh dilakukan secara atas talian melalui laman permohonan LKIM dan perlu menepati syarat yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM)

Mohon segera kemukakan permohonan dengan kadar pantas sebelum tarikh permohonan ditutup.

Syarat Kelayakan Mohon Kerja LKIM Jun 2024

Untuk anda yang berminat membuat permohonan, anda boleh kemukakan permohonan dengan perlu melepasi beberapa syarat kelayakan permohonan kerja seperti dibawah:

  1. Mestilah warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun dan keatas.
  3. Mempunyai kelayakan akademik bermula dari PMR, SPM dan Ijazah mengikut kelayakan taraf jawataan yang boleh dipohon.

Anda boleh mengemukakan permohonan dengan merujuk iklan tawaran rasmi dan panduan permohonan dibawah. Sila rujuk kaedah permohonan kerja yang betul dan pastikan juga maklumat yang anda sertakan adalah benar.

Rujukan Iklan Jawatan LKIM Jun 2024

jawatan LKIM Jun 2024

Bagi urusan seterusnya, Pemohon boleh merujuk syarat kelayakan permohonan dan maklumat lengkap berkenaan tawaran jawatan kosong rasmi yang dibuka LKIM ini melalui pautan rasmi, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di laman web.

Cara Mohon Jawatan Kosong dibawah LKIM Jun 2024

Khusus kepada warganegara Malaysia dipelawa untuk mereka berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti diatas di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Dibawah adalah beberapa langkah untuk permohonan serta beberapa maklumat berkaitan:

  1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian di epengambilan LKIM.
  2. Pemohon boleh mendaftar akaun terlebih dahulu sebelum boleh membuat pendaftaran. Klik Daftar Akaun Disini untuk mendapatkan akaun permohonan anda.
  3. Log masuk selepas disahkan mempunyai akaun dan penerimaan emel daripada LKIM.
  4. Semak maklumat lengkap berkenaan jawatan yang disenaraikan berdasarkan beberapa syarat dan perkara lain.
  5. Buat permohonan dengan memasukkan beberapa maklumat butiran anda termasuklah butiran akademik dan dokumen sokongan.
  6. Sahkan permohonan anda.

Bagi pemohon yang sudah membuat permohonan, anda perlu menunggu langkah seterusnya sekiranya terpilih iaitu urusan temuduga. Bagi temuduga di LKIM adalah berlangsung di seluruh negara dan pemohon yang terpilih perlu hadir serta diingatkan bahawa pihak LKIM tidak menampung kos perjalanan oleh para calon.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati