Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Sebab Kerajaan Naikkan Harga Diesel Kerana Dianggar 40,000 Lori Minyak Telah Diseludup Setiap Hari

Kerajaan Naikkan Harga Diesel
Sebab Kerajaan Naikkan Harga Diesel Kerana Dianggar 40,000 Lori Minyak Diseludup Setiap Hari

Kerjaan naikkan harga diesel kerana dianggarkan 40,000 lori minyak diseludup setiap hari. Selain itu, Kerajaan juga mendapat penjimatan sehingga RM8 bilion hasil penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan mulai 10 Jun lalu, sekali gus membolehkan kos itu dipulangkan semula untuk kebaikan rakyat khususnya dalam bentuk bantuan tunai.

Menurut Ahli ekonomi dari Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, mengatakan pihaknya yakin hasil penjimatan subsidi diesel itu akan boleh dirasai rakyat dalam tempoh sekurang-kurangnya setahun lagi.

Beliau juga berkata, penjualan harga sebenar diesel tanpa subsidi pada kadar RM3.35 seliter adalah memadai dan masih murah berbanding beberapa negara Asia Tenggara lain termasuk Thailand, Indonesia dan Singapura.

Bila Perancangan Kerajaan Naikkan Harga Diesel Bermula?

Penyasaran subsidi ini sudah dirancang sejak Bajet 2024 dan bulan Jun adalah bermulanya perancangan kerajaan naikkan harga Diesel bermula di semenanjung. Namun, kerajaan berhati-hati dan mungkin mendulukan diesel kerana ia lebih mudah untuk diurus.

Menurut Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Sebelum ini, penjimatan dianggarkan kerajaan adalah sebanyak RM4 billion namun beliau yakin kutipan sehingga RM8 boleh dibuat jika isu membabitkan aktiviti penyelewengan, penyeludupan, penjualan secara haram dapat diselesaikan melalui penyasaran subsidi ini.

Seandainya jumlah itu boleh diperoleh, mungkin bantuan BUDI MADANI ditingkatkan selain akses pendidikan dan kesihatan ditambahbaik.. Beliau juga yakin dalam tempoh setahun akan nampak hasilnya, katanya pada Akhbar Berita Harian sebelum ini.

Berkenaan 40,000 Lori Minyak Diseludup Setiap Hari

Sebab Kerajaan Naikkan Harga Diesel
Maklum Balas oleh Isham Jalil di Facebook bagi Sebab Kerajaan Naikkan Harga Diesel

Alasan atau sebab yang diberikan selepas kerajaan naikkan harga diesel ke RM3.35 seliter telah menimbulkan banyak persoalan.

Terbaru, Bekas Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil berkata, Pengarah Kanan Ekonomi Perdana Menteri, Nurhisham Hussien telah menyatakan bahawa jumlah subsidi diesel setahun adalah sebanyak RM15 bilion, dan separuh daripadanya iaitu antara RM7 hingga RM8 bilion lesap (mengalami ketirisan) susulan kes penyeludupan.

Dikatakan sebab itu kerajaan naikkan harga diesel kepada RM3.35 seliter. Isham Jalil juga ingin bertanya kepada Perdana Menteri iaitu dari manakah beliau mendapat angka-angka ini?

Menurutnya lagi, sekiranya RM8 billion subsidi diesel lesap akibat daripada penyeludupan di sempadan, Adakah ini bermakna sebanyak 7 hingga 8 billion liter diesel yang diseludup keluar dari negara ini setiap tahun?

Angka sebegini juga bermaksud sebanyak 600 juta liter sebulan atau 20 juta liter sehari diseludup keluar melalui sempadan Thailand atau di laut. Isham Jalil juga dapati angka-angka sebegini tidak masuk akal. Sebagai contoh, satu lori besar atau treler ada kapasiti tangki minyak dalam 500 hingga 600 liter.

Seandainya penyeludup seludup 20 juta liter sehari seperti di atas maksudnya 40,000 lori besar dan treler seludup minyak keluar dari sempadan negara Malaysia setiap hari. Seandainya ada 40,000 lori masuk keluar Thailand dari Malaysia setiap hari, tentulah jalan masuk keluar sempadan itu akan sesak setiap hari lebih dari di Tol Gombak dua kali setahun pada musim raya. Kalau di laut pun, ada tak sesiapa nampak 40,000 bot bawa lari diesel ke Thailand setiap hari?

Isham Jalil Jawab Tindakan Kerajaan Naikkan Diesel

“Andaikan jika benar perkara ini berlaku sekali pun, takkan pihak berkuasa boleh tengok sahaja 40,000 lori seludup keluar diesel setiap hari di sempadan?, Kata Isham Jalil dalam perkongsian di Facebook. Jika pihak berkuasa buat begini, ada sesuatu yang amat tidak kena dengan penguatkuasaan sempadan. Oleh sebab itu saya mendapati angka-angka ini mengarut dan merepek,” jelasnya.

Isham juga menyatakan bahawa terdahulu, kerajaan berkata ada 40,000 pengundi Bangladesh ‘diseludup’ untuk mengundi tetapi kini mendakwa terdapat 40,000 ‘lori hantu’ seludup diesel di sempadan setiap hari. Katanya lagi, sekiranya terdapat masalah dalam penyeludupan maka ia perlu diselesaikan dengan penguatkuasaan iaitu menekan dan menangkap penyeludup itu sendiri.

Perkara itulah yang seharusnya dilakukan dan bukannya menaikkan harga diesel secara mendadak sehingga RM3.35 seliter dan tekan rakyat secara keseluruhan dengan kenaikan harga. Menteri kata kerajaan jamin barang tidak akan naik harga. Isham Jalil jelaskan bahawa beliau ingin tanya PM macam mana beliau boleh jamin barang tidak naik harga? Jika barang naik harga adakah beliau akan bayar balik kenaikan ini? Kata Isham Jalil.

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati