Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tarikh Penting Zulhijjah 1445H Serta Kemuliaan Yang Terdapat Di Dalamnya

Bahan Artikel 20240609 154458 0000 11zon

Bulan Zulhijjah adalah merupakan bulan terakhir dalam kalendar Takwim Hijrah. Ibadat Haji dilaksanakan pada bulan ini serta Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidil Adha disambut pada 10 Zulhijjah pada setiap tahun.

Pada 7 Jun 2024 yang lalu telah jatuhnya 1 Zulhijjah, maka pada 6 Jun 2024 adalah hari terakhir bagi sesiapa yang berniat untuk melakukan ibadah korban agar tidak memotong kuku, bercukur dan seumpamanya pada bulan zulhijjah yang telah ditetapkan.

Hadis daripada Ummu Salamah R.anha bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda :

“Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban”.

Hadis Riwayat Muslim (1977)

Tarikh-Tarikh Penting Zulhijjah 2024/1445H

tarikh penting zulhijjah jakim 768x768 1
Tarikh Penting Zulhijjah 1445H Serta Kemuliaan Yang Terdapat Di Dalamnya 5

Berikut admin kongsikan tarikh-tarikh penting pada bulan Zulhijjah 2024 bersamaan 1445 Hijrah serta keistimewaan yang terdapat di dalam bulan tersebut kepada umat Islam :

TarikhPerkara
1 Zulhijjah 1445H (8 Jun 2024)Permulaan bagi bulan Zulhijjah yang sangat mulia dan banyak kelebihannya.
8 Zulhijjah 1445H (15 Jun 2024)Jemaah haji mula bergerak ke Mina untuk memulakan ibadah haji yang mana disebut sebagai Hari Tarwiyah.
9 Zulhijjah 1445H (16 Jun 2024)Hari Arafah yang mana jemaah haji mula berkumpul di Padang Arafah. Pada hari tersebut ibadah puasa amat dianjurkan bagi umat Islam yang tidak menunaikan ibadah Haji kerana terdapat ganjaran pahala yang besar bagi siapa yang melaksanakannya.
10 Zulhijjah 1445H (17 Jun 2024)Hari Raya Aidil Adha, di mana umat Islam menyambutnya dengan solat sunat Aidil Adha dan melakukan ibadah korban.
11-13 Zulhijjah 1445H (18-20 Jun 2024):Hari-hari Tashrik. Umat Islam dilarang berpuasa pada hari tersebut dan dianjurkan untuk memperbanyakkan takbir, tahmid, dan tahlil.
tarikh-tarikh penting Zulhijjah

Tarikh Pengumuman Hari Raya Aidil Adha 2024

FB IMG 1717762293308 1024x1024 1
Tarikh Penting Zulhijjah 1445H Serta Kemuliaan Yang Terdapat Di Dalamnya 6

Pengumuman rasmi tarikh awal Zulhijjah dan Hari Raya Aidiladha telah dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja.

Maka dari itu, Tarikh Hari Raya Aidiladha 2024 Masihi, bersamaan 1445 Hijrah, jatuh pada Isnin, 17 Jun 2024, bersamaan 10 Zulhijjah 1445H.

Peristiwa Besar Dalam Bulan Zulhijjah

Bulan Zulhijjah adalah bulan terakhir dalam sistem kalender Hijriah. Bulan ke-12 ini juga merupakan salah satu dari 4 bulan yang masuk dalam kategori asyhurul hurum atau bulan yang dimuliakan.

Pernyataan di atas disokong dengan hadith Rasulullah yang bermaksud:

“Zaman itu berputar sebagaimana keadaannya sejak Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun itu dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan haram (mulia). Tiga bulan berturut-turut yaitu Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram, dan bulan Rajab Mudhar yang terletak antara Jumadal akhir dan Sya’ban.” (HR Bukhari & Muslim).

Oleh itu, disenaraikan beberapa peristiwa terdahulu yang berlaku pada bulan Zulhijjah :

  • Nabi Yunus Diselamatkan dari Terkaman Paus
  • Lahirnya Anak Pertama Nabi Zakaria di usianya yang ke-120
  • Pembangunan Kaabah
  • Penyembelihan Nabi Ismail
  • Salehuddin Al-Ayubi Menawan Kubu Musuh
  • Peristiwa Perjanjian Aqabah Kedua
  •  Kematian Khalifah Umar bin Al-Khattab

Terdapat banyak lagi peristiwa yang pernah terjadi yang akan dikongsikan selepas ini.

Amalan Sunnah 10 Awal Zulhijjah

keistimewaan zulhijjah
Tarikh Penting Zulhijjah 1445H Serta Kemuliaan Yang Terdapat Di Dalamnya 7

Tahukah anda daripada bulan Zulhijjah ini kita dapat mengumpul pahala yang lebih besar daripada berjihad?

Ini berpandukan daripada Sabda Rasulullah :
مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامِ الْعَشْرِ أَفْضَلَ مِنَ الْعَمَلِ فِي هَذِهِ ‏”‏‏.‏ قَالُوا وَلاَ الْجِهَادُ قَالَ ‏”‏ وَلاَ الْجِهَادُ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَىْءٍ ‏”‏‏.‏
“Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun Jihad? Baginda menjawab: Tidak juga Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi.
(HR al-Bukhari)

Antara amalan yang boleh dilakukan ketika bulan Zulhijjah ini ialah :

  • Berpuasa sunat di siang hari.
  • Beribadah di malam hari (qiamullail).
  • Memperbanyak solat sunat.
  • Berbuat baik pada ibu bapa.
  • Memperbanyakkan bacaan Al-Quran.
  • Betutur tentang perkara yang baik
  • Membantu orang yang susah.
  • Memperbanyakkan zikir.

Kemuliaan Bulan Zulhijjah

Terdapat kemuliaan pada bulan Zulhijjah ini sehinggakan Nabi menganjurkan untuk tingkatkan amalan harian agar dapat memperolehi pahala

  • Pahala lebih besar dari Jihad.

Dipetik dari al-Imam Ibn Hajar :
والذي يظهر أن السبب في امتياز عشر ذي الحجة لمكان اجتماع أمهات العبادة فيه ، وهي الصلاة والصيام والصدقة والحج ، ولا يتأتى ذلك في غيره
“Secara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih utama dari yang lain kerana 10 hari ini menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sedeqah dan haji. Himpunan amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain. (Fath Al-Bari)

  • Dalam setahun ianya dianggap hari yang paling baik.

Diriwayatkan dalam Sahih Ibn Hibban, daripada Jabir, Baginda SAW bersabda:

ما مِن أيَّامٍ أفضلُ عندَ اللهِ مِن أيَّامِ عشْرِ من ذي الحجَّةِ

Maksudnya: “Tidak ada hari-hari yang lebih utama di sisi Allah daripada 10 hari terawal di bulan Zulhijjah.” Riwayat Ibnu Hibban (3853)

  • Hari yang dicintai oleh Allah SWT

Rasulullah SAW pernah bersabda :
ما من أيام أعظم عند الله سبحانه ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر. فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد
“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid” (HR al-Tabrani)

Bila tarikh Hari Raya Haji 2024?

17 Jun 2024 (Isnin) bersamaan 10 Zulhijjah 1445H

Tarikh-tarikh penting Zulhijjah ?

1 Zulhijjah 1445H (8 Jun 2024)
Permulaan bagi bulan Zulhijjah yang sangat mulia dan banyak kelebihannya.
8 Zulhijjah 1445H (15 Jun 2024)
Jemaah haji mula bergerak ke Mina untuk memulakan ibadah haji yang mana disebut sebagai Hari Tarwiyah.
9 Zulhijjah 1445H (16 Jun 2024)
Hari Arafah yang mana jemaah haji mula berkumpul di Padang Arafah. Pada hari tersebut ibadah puasa amat dianjurkan bagi umat Islam yang tidak menunaikan ibadah Haji kerana terdapat ganjaran pahala yang besar bagi siapa yang melaksanakannya.
10 Zulhijjah 1445H (17 Jun 2024)
Hari Raya Aidil Adha, di mana umat Islam menyambutnya dengan solat sunat Aidil Adha dan melakukan ibadah korban.
11-13 Zulhijjah 1445H (18-20 Jun 2024):
Hari-hari Tashrik. Umat Islam dilarang berpuasa pada hari tersebut dan dianjurkan untuk memperbanyakkan takbir, tahmid, dan tahlil.

Apakah kemuliaan bulan zulhijjah?

1. Pahala lebih besar dari Jihad
2. Dalam setahun ianya dianggap hari yang paling baik.
3. Hari yang dicintai oleh Allah SWT.

Amalan Sunnah Bulan Zulhijjah ?

-Berpuasa sunat di siang hari.
-Beribadah di malam hari (qiamullail).
-Memperbanyak solat sunat.
-Berbuat baik pada ibu bapa.
-Memperbanyakkan bacaan Al-Quran.
-Betutur tentang perkara yang baik
-Membantu orang yang susah.
-Memperbanyakkan zikir.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati