Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengumuman Caj Transaksi Shopee Naik 3.5% Bermula Ogos 2024

Pengumuman Caj Transaksi Shopee Naik 3.5% Bermula Ogos 2024

Pengumuman Caj Transaksi Shopee Naik 3.5% Bermula Ogos 2024. Shopee, salah satu platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, terkini mengumumkan perubahan penting dalam struktur caj transaksi mereka. Bermula 1 Ogos 2024, caj transaksi akan meningkat kepada 3.5% (tidak termasuk SST), berbanding dengan kadar semasa sebanyak 2.12% (termasuk cukai). Perubahan ini akan memberi kesan kepada semua penjual di platform Shopee, termasuk penjual Marketplace tempatan dan penjual Shopee Mall.

Pengumuman Caj Transaksi Shopee Naik 3.5% Bermula Ogos 2024

Pengumuman Caj Transaksi Shopee Naik 3.5% Bermula Ogos 2024

Berdasarkan artikel Shopee kini mengumumkan bahawa caj transaksi akan dinaikkan kepada 3.5% (tidak termasuk SST), berkuat kuasa pada 1 Ogos 2024.

Pada masa ini, caj transaksi Shopee adalah 2.12% (termasuk cukai) daripada jumlah pesanan akhir yang dibayar oleh pembeli sebelum diskaun yang ditaja oleh Shopee. Caj ini akan dipotong secara automatik daripada pembayaran kepada penjual apabila pesanan selesai.

Namun, bermula bulan depan, caj transaksi akan dikenakan sebanyak 3.5% jika termasuk cukai. Kenaikan ini adalah satu perubahan besar yang pasti akan mempengaruhi kos transaksi dan margin keuntungan penjual di platform Shopee.

Pengumuman Caj Transaksi Shopee Naik 3.78% Bermula Ogos 2024
Pengumuman Caj Transaksi Shopee Naik 3.5% Bermula Ogos 2024 4

Untuk memberi gambaran yang lebih jelas mengenai kesan perubahan ini, berikut adalah contoh kiraan bayaran transaksi:

  • Jumlah Pesanan: RM100
  • Caj Transaksi Semasa (2.12%): RM2.12 (termasuk cukai)
  • Caj Transaksi Baru (3.5% tidak termasuk SST): RM3.50 (tidak termasuk cukai), RM3.78 (termasuk cukai)

Perubahan ini akan mempengaruhi semua penjual Marketplace tempatan (penjual bukan Shopee Mall) dan penjual Shopee Mall. Caj transaksi ini diperlukan untuk menampung yuran kos pembayaran yang dikenakan oleh pembekal perkhidmatan apabila pesanan berjaya dilakukan oleh pembeli.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati