Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

4 Bahan Penting Dalam Resepi Sardin Yang Sedap

4 Bahan Penting Dalam Resepi Sardin Yang Sedap

Ada 4 bahan penting yang wajib ada dalam resepi ini. Memasak menggunakan bahan-bahan ini bukan sahaja memberikan rasa yang sedap, malah bahan ini juga mampu membuang bau dan rasa hanyir ikan tersebut. Resepi sardin ini boleh menjadi pilihan yang baik bagi mereka yang gemar memasak dan ingin menyediakan hidangan masakan yang terbaik.

Dengan panduan dan resepi yang mudah diikuti, semua orang boleh mencuba dan menikmati hasilnya. Artikel ini akan memberikan anda panduan lengkap pemilihan bahan-bahan masakan yang sesuai dan resepi yang terperinci tentang cara membuatnya yang sedap.

4 BAHAN PENTING DALAM RESEPI SARDIN

Cili/Lada

Bahan Artikel 26

Cili atau lada kecil seperti ini harus ada bagi memberikan rasa pedas dalam masakan. Bilangan cili ini boleh di adjust mengikut kesesuaian. Jika sukakan makanan yang pedas boleh tambahan cili banyak sikit.

Limau Kasturi

Bahan Artikel 27

Limau kasturi perlu ada untuk memberikan rasa masam & manis dalam resepi ini. Ini adalah bahan highlight yang akan memberikan rasa sardin lebih sedap lagi.

Cuka

Bahan Artikel 28

Cuka pula untuk membuang rasa bau hanyir ikan dalam masakan.

Bawang Merah & Bawang Putih

Bahan Artikel 29

Bawang putih & bawang merah perlu untuk bahan tumisan dan menaikkan bau masakan. Ianya sangat sesuai dimasak bersama sebagai perasa makanan.

CARA MASAK RESEPI SARDIN YANG SEDAP

Bahan-bahan:

  • 1 tin ikan sardin
  • 2 ulas bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji cili
  • 2 biji limau kasturi
  • 1 sudu besar cuka
  • Garam secukup rasa
  • 2 cawan air (ikut kepekatan)

Cara-cara:

  • Cincang halus bawang merah, bawang putih, dan cili.
  • Tumis bahan yang telah dicincang hingga wangi dalam minyak yang lebih kurang suku cawan.
  • Setelah bahan tumisan garing dan wangi, masukkan 1 tin ikan sardin dan kacau.
  • Masukkan 2 cawan air dan gaul sekata.
  • Masukkan limau kasturi yang di belah dua dan cuka.
  • Kacau sehingga sebati dan rasa untuk memastikan keseimbangan masin, manis, dan masam. Jika rasa sudah sesuai, tutup api. Dah siap!

Ada juga yang suka kan resepi secara homemade, anda boleh tekan di sini.

Dengan panduan ini, anda dapat menyediakan resepi sardin yang pasti akan menjadi kegemaran seisi keluarga. Selamat mencuba!

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati