Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

5 Asas Penjagaan Kulit Wajah Yang Betul

5 asas penjagaan kulit wajah yang betul

Kulit wajah adalah bahagian yang paling penting bagi imej seseorang. Terdapat 5 asas penjagaan kulit wajah yang betul.

Dalam penjagaan kulit harian, mempunyai rutin penjagaan kulit wajah yang lengkap adalah sangat penting. Walaupun memilih produk yang betul mungkin kelihatan agak menakutkan (dan kami faham—ia boleh membingungkan!), ia sebenarnya mudah jika anda tahu masalah utama kulit wajah anda dan memilih produk yang sesuai untuk mengatasinya.

Pernahkah anda tengok cermin dan terfikir mengapa kulit wajah tiada perubahan walaupun sudah menggunakan produk penjagaan kulit yang lengkap? Beli produk mahal-mahal, tetapi jerawat dan parut tetap menghantui muka, dan akhirnya mulalah tukar-tukar produk kerana yakin produk yang digunakan tidak berkesan, betul tak? Adakah 5 rutin asas penjagaan kulit wajah ini penting?

Tahukah anda bahawa sebenarnya menggunakan produk penjagaan kulit perlu mengikut turutan yang betul? Ini adalah untuk memastikan kulit anda mendapat manfaat sepenuhnya daripada setiap produk. Kami tahu ramai wanita inginkan kulit yang cantik dan bersih sehingga sanggup habiskan ribuan wang, tetapi adakah anda benar-benar faham tentang 5 rutin asas penjagaan kulit?

Seperti namanya, “asas” sudah pasti penting. Tidak kira produk apa pun yang anda gunakan, jika anda amalkan rutin asas penjagaan kulit ini, pasti wajah anda akan semakin berseri.

5 ASAS PENJAGAAN KULIT WAJAH

Bahan Artikel 3 1

1. Cleanser (Pembersih)

Pembersih penting untuk bagi kulit wajah bersih, bebas dari kotoran.

Kulit kita setiap hari terdedah kepada udara dan kotoran. Walaupun kita hanya berada di rumah, kulit kita masih terdedah kepada udara yang mengandungi bakteria yang tidak dapat kita lihat. Apatah lagi jika kita keluar, pelbagai kotoran dan debu akan melekat pada kulit kita.

Pembersih muka berfungsi untuk membersihkan kotoran dan minyak dari permukaan kulit serta pori-pori kita. Mencuci hanya dengan air sahaja tidak mencukupi, terutama jika kulit kita jenis berminyak, kerana minyak dan air tidak dapat meresap ke dalam kulit dengan baik. Oleh itu, pembersih muka adalah penting untuk memastikan kulit kita bersih dan sihat.

Cara penggunaan:

  • 2 kali sehari (1 kali pagi & 1 kali malam)
  • Jika pakai makeup perlu buat double cleansing dahulu untuk tanggalkan makeup baru cuci wajah.

2. Exfoliator (Pengelupasan)

Exfoliator atau pengelupasan adalah bertujuan untuk membuang kulit mati. Pengelupasan akan memudahkan penyerapan serum dan mengelakkan kulit kelihatan kusam. Kita perlu eksfoliasi kulit kita sekurang-kurangnya sekali seminggu. Ini kerana kulit kita menghasilkan berjuta-juta sel baru setiap hari, dan sel-sel kulit mati pula akan bergerak ke lapisan paling luar, iaitu epidermis.

Sel-sel baru akan mengambil tempat di lapisan yang lebih dalam. Jika kita tidak eksfoliasi kulit, sel-sel kulit mati akan terkumpul dan menyumbat pori-pori kulit. Ini boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan berminyak kerana produk yang kita gunakan tidak dapat meresap dengan baik ke dalam kulit, terhalang oleh sel-sel kulit mati tersebut.

Cara penggunaan:

  • 2 kali setiap minggu

3. Toner (Penyegar)

Toner atau penyegar berfungsi untuk menyeimbangkan pH di kulit wajah. Kawasan yang berminyak, toner akan kurangkan minyak. Manakala kawasan yang kering, toner akan melembapkannya.

Bila kita cuci muka, sebenarnya, pori-pori kita akan terbuka kerana proses pembersihan tu membantu membersihkan kotoran dari dalam pori-pori. Jadi, toner berfungsi untuk mengecilkan semula dan menutup pori-pori selepas pembersihan. Jika tidak, pori-pori yang terbuka boleh menyebabkan produk makeup masuk ke dalamnya, yang akan menyumbat pori-pori dan akhirnya boleh menyebabkan jerawat.

Fungsi lain, toner bertugas menyapu kotoran yang tertinggal, melembutkan kulit dan menjadikan kulit kita lebih bersedia untuk menyerap krim yang lain pada langkah seterusnya.

Cara penggunaan:

  • 2 kali sehari (pagi & malam)
  • Sebaik sahaja cuci muka

4. Moisturizer (Pelembap)

Kulit kita mempunyai kelembapan semulajadi, iaitu kandungan air dalam kulit yang menjaga agar kulit tetap lembap dan tidak kelihatan kusam. Jika kita tidak menggunakan pelembap, kulit akan menjadi kering kerana air dalam kulit tidak terkunci dengan baik, dan proses penyejatan akan berlaku seperti air yang diletakkan di bawah matahari. Fungsi pelembap adalah untuk mengekalkan kelembapan kulit dan pada masa yang sama memberikan hidrasi kepada kulit.

Kulit kering, berminyak, atau normal sekalipun, semuanya perlu menggunakan pelembap. Kulit yang lembap penting untuk mengelakkan penuaan pramatang, memperbaiki tona kulit, dan bertindak sebagai penghalang kulit sementara. Kulit yang lembap adalah tanda kulit yang sihat.

Cara penggunaan:

  • 2 kali sehari (pagi & malam)
  • Sebaik sahaja pakai toner

5. Sun Protection (Perlindungan dari Matahari)

Sunscreen sangat penting kerana ia melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB yang boleh menembusi hingga ke lapisan dermis, iaitu lapisan paling dalam kulit. Jika sinaran ini berjaya menembus, ia boleh merosakkan sel-sel kulit dan meningkatkan penghasilan melanin, yang menyebabkan pigmentasi. Oleh itu, penggunaan sunscreen adalah langkah penting untuk mencegah kesan buruk seperti pigmentasi, penuaan pramatang, dan risiko kanser kulit. Jadi, walaupun kita tidak keluar rumah, sunscreen tetap perlu digunakan.

Sunscreen wajib digunakan setiap hari, tidak kira sama ada kita berada di luar rumah atau di dalam rumah. Kulit yang terdedah kepada sinaran UVA dan UVB lebih mudah mengalami masalah seperti jeragat, tona kulit yang tidak sekata, kulit kusam, dan lebih sensitif. Paling membahayakan adalah risiko kanser kulit.

Cara penggunaan:

  • Pakai waktu pagi sahaja (Malam gantikan dengan krim malam)

Bahan Artikel 4 1

Bahagian yang paling penting dalam rutin penjagaan kulit anda adalah konsistensi. Jadikan 5 asas penjagaan wajah ini sebagai panduan setiap hari dan anda akan berada di jalan yang betul untuk mencapai kulit yang lebih sihat dan wajah yang berseri.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati