Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Bantuan IPT Pahang Geran Pra Siswazah dan Pasca Siswazah Yayasan Pahang

Permohonan Bantuan IPT Pahang Geran Pra Siswazah dan Pasca Siswazah Yayasan Pahang

Jom mohon bantuan IPT Pahang! Yayasan Pahang menyediakan bantuan pendidikan kepada anak-anak negeri Pahang yang ingin melanjutkan pengajian mereka di peringkat pra siswazah dan pasca siswazah melalui skim Geran Pra Siswazah dan Geran Pasca Siswazah. Skim ini merupakan satu bentuk sokongan kepada pelajar dalam meringankan beban kewangan semasa mereka melanjutkan pelajaran di peringkat tertiari. Bantuan ini diberikan secara one-off dan bertujuan membantu para pelajar yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.

Apa Itu Bantuan IPT Pahang?

Bantuan IPT Pahang adalah geran pendidikan yang disediakan oleh Yayasan Pahang untuk anak-anak Pahang yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi. Ia merangkumi dua kategori, iaitu Geran Pra Siswazah untuk pelajar peringkat sijil hingga ijazah sarjana muda, dan Geran Pasca Siswazah untuk pelajar peringkat sarjana dan kedoktoran. Geran ini diberikan bagi meringankan beban kewangan pelajar dan membantu mereka mencapai kejayaan akademik.

Baca juga info berkenaan bantuan IPT negeri Melaka.

Syarat-Syarat Bantuan IPT Pahang

Berikut adalah merupakan beberapa syarat kelayakan permohonan bantuan IPT negeri Pahang:

  1. Pemohon, ibu, atau bapa mestilah lahir di Negeri Pahang, atau pemohon telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun.
  2. Pemohon mesti beralamat di Negeri Pahang.
  3. Pemohon mesti memegang kelayakan akademik SPM/STPM/STAM atau setaraf.
  4. Permohonan mesti dilakukan dalam tempoh 4 minggu sebelum atau 6 minggu selepas pendaftaran IPT.
  5. Permohonan mesti dibuat secara online melalui laman web Yayasan Pahang.
  6. Pemohon yang telah menerima geran IPT semasa Asasi/Matrikulasi/Tamhidi tidak layak memohon Geran Pra Siswazah.

Kadar Bantuan IPT Pahang

  • Geran Pra Siswazah: RM700 diberikan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di peringkat sijil hingga ijazah sarjana muda.
  • Geran Pasca Siswazah: RM1,200 diberikan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan PhD.

Cara Mohon Bantuan IPT Pahang

Permohonan Bantuan IPT Pahang Geran Pra Siswazah dan Pasca Siswazah Yayasan Pahang

Untuk memohon bantuan IPT Pahang, pelajar perlu melengkapkan permohonan dalam talian melalui laman web Yayasan Pahang di pautan berikut: Permohonan Online Yayasan Pahang. Pastikan anda memenuhi semua kriteria dan menyediakan dokumen yang diperlukan sebelum mengemukakan permohonan.

Sebelum membuat permohonan pastikan anda merujuk pada laman web rasmi Yayasan Pahang berkenaan permohonan bantuan IPT Pahang dibawah Geran Pra Siswazah dan Pasca Siswazah.

Maklumat Pertanyaan

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai permohonan Geran Pra Siswazah dan Pasca Siswazah Yayasan Pahang, anda boleh merujuk laman web rasmi Yayasan Pahang di pautan berikut: Maklumat Geran Yayasan Pahang.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati