
Info Pengambilan Jawatan HUSM Mac 2025. Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kini membuka peluang pekerjaan bagi individu yang berkelayakan untuk menyertai sektor kesihatan. Pengambilan jawatan bagi bulan Mac 2025 ini menawarkan pelbagai posisi penting dalam bidang perubatan, sains, dan pengurusan hospital.
Jika anda berminat untuk menyertai pasukan profesional di HUSM, ini adalah masa yang sesuai untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Info Pengambilan Jawatan HUSM Mac 2025

HUSM sedang mencari calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan dalam pelbagai bidang seperti berikut, berikut senarai Jawatan HUSM Mac 2025:
Jawatan dalam Bidang Sains dan Makmal
- Pembantu Makmal Gred C1
- Pegawai Sains Gred C9
- Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U5
Jawatan dalam Bidang Kesihatan dan Perubatan
- Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U1
- Jururawat Gred U5
- Penolong Pegawai Perubatan Gred U5
- Pegawai Farmasi Gred UF9
- Pegawai Pemulihan Perubatan (Audiologi) Gred U9
- Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja) Gred U9
- Pegawai Pemulihan Perubatan (Fisioterapi) Gred U9
- Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) Gred U9
- Juru X-Ray (Diagnostik) Gred U5
- Juru X-Ray (Radioterapi) Gred U5
Jawatan dalam Bidang Pengurusan dan Sokongan
- Pembantu Keselamatan Gred KP1
- Pembantu Penyediaan Makanan Gred N1
- Pembantu Akauntan Gred W1
Cara Memohon Jawatan HUSM Mac 2025
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web rasmi eRecruit USM di pautan berikut:
Tarikh Tutup Permohonan: 11 Mac 2025
Calon yang berminat digalakkan untuk mengisi borang permohonan dengan lengkap dan memastikan semua dokumen sokongan dikemukakan sebelum tarikh tutup.
Pengambilan jawatan di HUSM adalah peluang yang baik bagi mereka yang ingin membina kerjaya dalam sektor kesihatan. Dengan menyertai HUSM, anda bukan sahaja dapat mengembangkan kemahiran profesional tetapi juga berkhidmat kepada masyarakat dalam bidang perubatan.
Jangan lepaskan peluang ini sertai pasukan HUSM dan jadi sebahagian daripada tenaga kerja yang berdedikasi dalam industri kesihatan!