Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kerja Kosong UniSZA 2025: 32 Jawatan Pelbagai Gred Ditawarkan!

Jawatan Kosong Terkini UniSZA 2025: 32 Jawatan Pelbagai Gred Ditawarkan!
Jawatan Kosong Terkini UniSZA 2025: 32 Jawatan Pelbagai Gred Ditawarkan!
Sertai ADAM (Akademi Pendidikan Malaysia)

Kerja Kosong UniSZA 2025 kini dibuka? Ya, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) membuka peluang kerjaya kepada seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi pelbagai kekosongan jawatan bagi tahun 2025! Dengan 32 jawatan kosong dibuka, inilah masanya untuk anda sertai institusi pendidikan tinggi awam yang unggul di Pantai Timur.


Info Ringkas Iklan Jawatan Kosong Unisza 2025

Syarat Permohonan Umum

Untuk kerja kosong di Unisza ini terdapat beberapa syarat yang perlu anda jelas dan penuhi. Antaranya ialah:

  • Wajib warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan
  • Mempunyai kelayakan akademik mengikut jawatan yang dipohon
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang berpengalaman atau mempunyai kemahiran khusus dalam bidang berkaitan

Selain itu, pastikan anda jelas bahawa tarikh tutup permohonan adalah 30 Mac 2025 ini.

  • Tarikh Tutup Permohonan: 30 Mac 2025

Akhir sekali, permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui portal rasmi UniSZA.

kerja kosong unisza
Kerja Kosong UniSZA 2025: 32 Jawatan Pelbagai Gred Ditawarkan!

Senarai Penuh Jawatan yang Ditawarkan

Berikut adalah senarai 32 jawatan yang ditawarkan mengikut gred:

Jawatan Profesional & Pengurusan

  • Pegawai Sains (C9)
  • Pegawai Teknologi Maklumat (F9)
  • Pegawai Pertanian (G9)
  • Jurutera (J9)
  • Arkitek (J9)
  • Pegawai Tadbir – Pengajian Islam & Umum (N9)
  • Pegawai Psikologi – Psikologi Klinikal (S9)
  • Pegawai Farmasi (UF9)
  • Pegawai Pemulihan Perubatan – Fisioterapi & Terapi Cara Kerja (U9)
  • Pegawai Perubatan (UD10, UD12, UD13, UD14, Pakar UD15)
  • Akauntan (WA9)

Jawatan Pelaksana & Sokongan

  • Penolong Pegawai Perubatan (U9 / U5)
  • Juru X-Ray (U9 / U5)
  • Jururawat (U9 / U5)
  • Penolong Pegawai Sains (C5)
  • Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV5)
  • Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA5)
  • Penolong Pegawai Veterinar (G5)
  • Penolong Jurutera – Kejuruteraan Awam (JA5)
  • Penolong Pegawai Tadbir (N5)
  • Setiausaha Pejabat
  • Juruteknologi Makmal Perubatan
  • Penolong Pegawai Farmasi (U5)
  • Jurupulih Perubatan (U5)
  • Penolong Akauntan (W5)
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (N1)
  • Pembantu Khidmat Am / Pemandu (H1)
  • Pembantu Keselamatan (KP1)
  • Pegawai Penyediaan Makanan (C9)

Cara Memohon Kerja Kosong UniSZA 2025

kerja kosong unisza 2
Kerja Kosong UniSZA 2025: 32 Jawatan Pelbagai Gred Ditawarkan! 4

Permohonan hanya boleh dilakukan secara online. Berikut langkah-langkahnya:

  1. Layari Portal Permohonan:
    Pergi ke laman rasmi eJawatan UniSZA di
    https://ejawatan.unisza.edu.my
  2. Daftar Akaun Baharu:
    Sekiranya anda belum mempunyai akaun, sila daftar sebagai pengguna baharu. Jika sudah, terus log masuk.
  3. Isi Maklumat Lengkap:
    Lengkapkan borang permohonan dengan maklumat peribadi, akademik, pengalaman kerja dan dokumen berkaitan.
  4. Bayaran Pemprosesan:
    Setiap permohonan dikenakan bayaran RM10.00 melalui pembayaran atas talian (FPX). Pastikan bayaran dibuat dan disahkan.
  5. Hantar Permohonan:
    Semak semula maklumat yang telah diisi sebelum klik butang “Hantar”. Permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diterima.

Maklumat Penting

  • Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil ke sesi temuduga.
  • Sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh 3 hingga 6 bulan, permohonan dianggap tidak berjaya.
  • Calon yang memberi maklumat palsu boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989).

Ringkasan

ButiranMaklumat
MajikanUniversiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Jumlah Jawatan32 Kekosongan
Kaedah PermohonanOnline melalui ejawatan.unisza.edu.my
Tarikh Tutup30 Mac 2025
Bayaran ProsesRM10.00

Sekiranya anda sedang mencari peluang kerja di institusi pendidikan yang stabil dan berprestij, inilah masa terbaik untuk bertindak. Pastikan anda mengisi permohonan sebelum 30 Mac 2025 dan semak semua maklumat agar permohonan anda lengkap serta sah.


Sumber Rujukan

Unisza.edu.my. Jawatan Kosong Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). https://www.unisza.edu.my/hebahan-iklan-jawatan-kosong-staf-klinikal-dan-pentadbirann/

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati