
Ramai yang tertanya-tanya mengenai tarikh pembayaran BPN fasa 2.0 memandangkan keadaan kembali genting apabila Perdana Menteri telah mengumumkan PKP,PKPB dan PKPP di beberapa negeri di Malaysia.
Seperti yang telah diwar-warkan, tarikh pembayaran BPN Fasa 2.0 telah dipercepatkan dan dijangka akan bermula pada 21 Januari 2021.
SEMAK KELULUSAN ANDA DI SINI :
Pastikan anda menyemak kelulusan permohonan anda terlebih dahulu sebelum menanti duit masuk ke akaun ya.

- Layari https://bpn.hasil.gov.my
- Masukkan nombor kad pengenalan pemohon
- Tekan carian
- Masukkan kod captcha
- Tekan semak
- Keputusan permohonan akan dipaparkan sama ada anda lulus atau tidak bersama jumlah kelulusan
MAKLUMAT PENTING TARIKH PEMBAYARAN BPN
Tarikh Tepat Pembayaran BPN Fasa 2.0 : 21 Januari 2021
Tarikh Tepat Pembayaran BPN Fasa 2.0 B40 : 21 Januari 2021
Tarikh Tepat Pembayaran BPN Fasa 2.0 M40 : 25 Januari 2021
Bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran dibuat bermula 25 Januari 2021 di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional BSN.
Bagi pemohon di negeri Sabah dan Sarawak, pembayaran akan bermula awal Februari sehingga 1 April 2021 di lokasi yang akan diumumkan pada akhir Januari ini.