![PERMOHONAN i SINAR : CARA BASIC MASUKKAN DOKUMEN UNTUK PERMOHONAN KATEGORI 2 1 PERMOHONAN i SINAR](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2021/01/isinar-1024x576.jpg)
Memandangkan permohonan i Sinar KWSP kategori 1 telah selesai dan ada yang telah dikreditkan pembayaran ke dalam akaun masing-masing, kini masanya untuk pemohon kategori 2 untuk membuat permohonan.
Berikut adalah tatacara memuat naik dokumen sokongan mengikut langkah-langkah yang ditetapkan.
PERMOHONAN i SINAR KATEGORI 1
Sekiranya anda dari kategori 1 dan keputusan permohonan anda adalah “DALAM PROSES” , anda boleh meneruskan permohonan “baru” dengan hanya memuat naik dokumen-dokumen sokongan sekiranya ada untuk membantu melayakkan permohonan anda diluluskan.
PERMOHONAN i SINAR KATEGORI 2
- Layari https://isinar.kwsp.gov.my/
- Bagi yang belum membuat permohonan, klik pada permohonan baru
- Bagi yang telah membuat permohonan (kategori 1), klik pada kemas kini dan muat naik dokumen sokongan
- Untuk permohonan baru, lengkapkan maklumat yang diminta
- Pilih amaun yang dikehendaki, pastikan anda membuat pilihan dengan tepat sebelum sahkan permohonan
- Untuk kategori 2, anda perlu memuat naik dokumen sokongan seperti :
![PERMOHONAN i SINAR : CARA BASIC MASUKKAN DOKUMEN UNTUK PERMOHONAN KATEGORI 2 2 PERMOHONAN i SINAR](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2023/11/PERMOHONAN-i-SINAR.jpg)
- Slip gaji sebelum pengurangan pendapatan
- Slip gaji selepas pengurangan pendapatan
- Notis pemotongan elaun atau penamatan bayaran elaun
- Dokumen sokongan atau pengesahan dari majikan
Pastikan maklumat yang diisi, jumlah pengeluaran yang dipilih serta dokumen yang dilampirkan adalah betul dan tepat sebelum anda menghantar permohonan.
AMAUN KELAYAKAN i-SINAR KATEGORI 2 :
![PERMOHONAN i SINAR : CARA BASIC MASUKKAN DOKUMEN UNTUK PERMOHONAN KATEGORI 2 3 1q](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2021/01/1q.png)