Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan One Off RM500 Mulai Jun 2021

Bantuan One Off RM500
Bantuan One Off RM500

Bantuan One Off RM500 Mulai Jun 2021 merupakan salah satu bantuan yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa pengumuman Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) pada Mac lalu. Seperti mana yang semua sedia maklum bahawa PEMERKASA akan menumpukan 20 inisiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang masih terkesan.

Di bawah Inisiatif Kelima Belas PEMERKASA, iaitu Bantuan Kehilangan Pendapatan, kerajaan akan memperuntukkan 1.2 bilion ringgit kepada 2.4 juta penerima untuk mendapatkan bantuan-bantuan khas. Antaranya ialah:

  1. Bantuan tunai secara one-off sebanyak 500 ringgit diberikan kepada golongan B40 yang telah hilang pendapatan; dan
  2. Bayaran tambahan sebanyak 500 ringgit diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan 1,000 ringgit dan ke bawah.
Pemerkasa Bantuan B40 RM500 - Portal Malaysia
Bantuan One Off RM500

Kategori Penerima yang Layak
Bantuan One Off RM500

  • Kedua-dua kategori bantuan yang dinyatakan seperti di atas ini melibatkan penerima berumur 21 hingga 60 tahun, dan tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan.
  • Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamata Sosial (PERKESO).

Tarikh Pembayaran Bantuan One Off RM500

Menurut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pengumuman PEMERKASA, kedua-dua bantuan khas ini akan dibayar mulai Jun 2021 ke akaun penerima masing-masing.

Kaedah Pembayaran

  • Penerima BPR tidak perlu membuat sebarang permohonan, sebaliknya pembayaran bantuan One Off RM500 akan dikreditkan terus ke akaun masing-masing yang dijangkakan pada Jun 2021.
  • Untuk individu berstatus bankrap pula, Jabatan Insolvensi Malaysia akan memudahkan urusan mereka dengan pihak bank dalam menerima bantuan Kerajaan. Kelonggaran akan diberi untuk membuka akaun bank secara dalam talian (online) melalui permohonan e-mel kepada cawangan Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka. Sebarang bantuan tunai yang dikreditkan tidak akan mengalami sebarang potongan ansuran bulanan.

Selain itu, anda juga mungkin layak untuk menerima beberapa bantuan lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Bantuan One Off RM500 Mulai Jun 2021 ini dapat memberi sinar baharu khususnya kepada golongan-golongan yang hilang pendapatan dan juga penerima Bantuan Prihatin Rakyat yang berpendapatan 1,000 ringgit ke bawah.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati