Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Subsidi Pembelian Telefon RM300

Subsidi Pembelian Telefon RM300

Official Subsidi Pembelian Telefon RM300 ini telahpun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) pada Mac lalu. Seperti mana yang semua sedia maklum bahawa PEMERKASA akan menumpukan 20 inisiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang masih terkesan.

Semasa Belanjawan 2021, Kerajaan telah mengumumkan Program Jaringan Prihatin bagi memastikan lebih ramai rakyat mendapat akses kepada internet, merapatkan jurang digital golongan B40 dan menyokong agenda pendigitalan negara. Pada Belanjawan 2021 sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan subsidi pembelian telefon sebanyak 180 ringgit kepada semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Bantuan Subsidi RM300 Pembelian Telefon Pintar Untuk Pembelajaran Anak Dirumah - My Kerja!

Sehubungan itu, menerusi Inisiatif Kedua Belas: Mengurangkan Jurang Digital, Perdana Menteri dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Kerajaan akan menambah baik subsidi ini kepada 300 ringgit khusus untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah bagi pembelian telefon pintar atau peranti baharu. Dengan itu, peruntukan program ini akan ditingkatkan kepada 2 bilion ringgit. Pada masa yang sama, beliau turut menyeru syarikat telekomunikasi untuk menawarkan pakej internet mampu milik dan terus menyediakan kuota data tambahan.

Tarikh Bantuan Subsidi Pembelian Telefon RM300

Menurut YAB Perdana Menteri semasa pengumuman PEMERKASA, Program Jaringan Prihatin yang ditambah baik dengan peningkatan subsidi pembelian telefon kepada 300 ringgit ini dijangkakan akan dilancarkan pada awal bulan Mei 2021.

Syarat Kelayakan Official Subsidi Pembelian Telefon RM300

Di bawah pakej PEMERKASA ini, kerajaan akan memberikan subsidi pembelian telefon sebanyak RM300 ini khusus kepada isi rumah yang mempunyai anak bersekolah. Tujuan pemeberian susbsidi ini adalah untuk pembelian telefon pintar atau peranti baharu. Walau bagaimanapun, perincian yang lebih lajut berkenaan syarat kelayakan ini akan dikemas kini pada bulan Mei nanti.

Cara Permohonan / Pembayaran Subsidi Pembelian Telefon RM300

Buat masa ini, maklumat lanjut tentang cara permohonan ataupun pembayaran subsidi Jaringan Prihatin ini belum dimaklumkan lagi kaedah pelaksanaannya.

Maklumat Lanjut Subsidi Pembelian Telefon RM300

Untuk mendapatkan info terkini tentang pelaksanaan Program Jaringan Prihatin ini, anda boleh rujuk laman web rasmi SKMM (MCMC) di https://www.mcmc.gov.my/

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Bantuan MyKasih Kapital Kini Dibuka , Diskaun Saman JPJ 70%, Peraduan Dana RM1 Juta Harapan ataupun Panduan Lengkap Tuntutan COVID-19 mySalam.

Semoga dengan adanya pemberian Subsidi Pembelian Telefon RM300 ini yang akan dilancarkan pada bulan Mei kelak dapat meringankan beban ibu bapa yang terkesan dengan kaedah persekolahan anak-anak semasa penularan virus COVID-19 ini dari segi penyediaan peralatan/gajet seperti telefon pintar.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati