Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

4 Resepi Pulut Mudah dan Sedap untuk Juadah di Bulan Puasa

SDDD
4 Resepi Pulut Mudah dan Sedap untuk Juadah di Bulan Puasa 6

Resepi pulut sering dimasak menjadi juadah semasa bersarapan pagi mahupun minum petang. Pada bulan Ramadhan ini, resepi pulut adalah amat sesuai dijadikan menu untuk bersahur atau berbuka. Pulut adalah makanan yang mengenyangkan dan menyelerakan serta sering dijadikan sebagai menu utama dalam memeriahkan suasana hari raya atau majlis tertentu.

Bagaimanapun, ada antara kita mahu belajar cara masak pulut yang betul dan sedap. Untuk artikel kali ini, penulis akan menerangkan cara-cara memasak pulut yang betul dan menyelerakan tekak anda. Antara resepi pulut yang ditulis dalam artikel kali ini adalah, resepi pulut kuning kari ayam, pulut durian, pulut mangga, dan pulut pengat pisang.

Resepi Pulut yang Mudah dan Sedap

Resepi Pulut Kuning Kari Ayam

  • Bahan-bahan untuk pulut kuning:
  • 1 kilo beras pulut
  • 2-3 sudu kecil serbuk kunyit
  • 4 cawan santan (semua perahan santan diambil dari 1 biji kelapa)
  • Anggaran 3 sudu kecil garam halus
  • 1 helai daun pandan
  • Bahan-bahan untuk gulai kari ayam:
  • 1 – 1.5 ekor ayam
  • 2-3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Rempah 4 sekawan
  • 2 tangkai daun kari
  • 2-3 sudu besar kerisik
  • 2 biji kentang
  • 3 sudu besar rempah
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 biji bawang besar (kisar halus)
  • 2 ulas bawang putih (kisar halus)
  • 2 cawan santan (atau 1 kotak kecil santan)
  • Garam secukup rasa
  • Air asam jawa
kung
4 Resepi Pulut Mudah dan Sedap untuk Juadah di Bulan Puasa 7

Cara penyediaan dan masakan:

Cara-cara untuk penyediaan pulut:

  1. Rendam beras pulut bersama serbuk kunyit dan asam keping anggaran 10-12 jam
  2. Tapis pulut dan toskan sekejap.
  3. Untuk kukus guna pengukus klasik setingkat. Lapik loyang dengan talam atau daun pisang (pilihan), kalau tidak tutup pun boleh, jangan tutup semua lubang-lubang takut lambat masak.
  4. Pindah masuk semua pulut dalam loyang kukus dan ratakan pulut.
  5. Buat lubang dekat pulut (supaya wap panas naik).
  6. Kukus pulut selama 30-40 minit.
  7. Bancuh santan (sederhana pekat) dengan garam halus dan daun pandan.
  8. Masak kejap atas api sederhana dan kerap kacau.
  9. Bila wap panas dah naik boleh tutup api dan ketepikan santan.
  10. Bila pulut sudah masak, tuang masuk pulut dalam bekas besar supaya senang nak gaul.
  11. Masukkan santan sedikit demi sedikit anggaran 1-2 senduk.
  12. Gaul sebati pulut. Guna 4 cawan santan.
  13. Bila dah siap gaul boleh tekan bagi rata dan tutup pulut. Biarkan pulut menyerap santan anggaran 30 minit atau 1 jam.

Cara-cara untuk penyediaan kari ayam:

  1. Hiris nipis bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Potong dadu kentang dan rendam dalam air.
  3. Potong kasar bawang besar dan bawang putih. Kemudian kisar halus dengan sedikit air.
  4. Bancuh rempah kari daging dengan serbuk cili dan bawang kisar tadi. Kacau sebati dan ketepikan.
  5. Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan.
  6. Masukkan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sampai kekuningan.
  7. Masukkan daun kari dan kacau.
  8. Bila dah naik bau daun kari, masukkan bancuhan rempah kari dan masak sampai kering dan pecah minyak.
  9. Tambah air dan masak sampai rempah kering (diulang 3 kali).
  10. Masukkan ayam dan masak sampai ayam kecut sikit.
  11. Masukkan santan (kalau guna santan kotak masukkan air dulu).
  12. Lepas kuah dah mendidih, masukkan kentang.
  13. Masuk garam, kerisik dan sedikit air asam jawa.
  14. Bila ayam dah masak dan kuah dah mendidih boleh tutup dan hidang bersama pulut kuning.

Sumber: CheNom

Resepi Pulut Durian

Ramai antara kita mesti meminati resepi pulut durian sebagai juadah berbuka, bersahur mahupun sebagai menu utama semasa meraikan hari raya Aidilfitri. Berikut merupakan senarai bahan diperlukan untuk memasak pulut durian dan cara-cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi pulut durian:

  • Untuk penyediaan bahan pulut
  • 2 cawan pulut susu rendam 1 jam
  • 1/2 cawan santan pekat + air secukupnya + sedikit garam
  • 2 helai daun pandan dikoyak
  • Sedikit garam
  • Untuk penyediaan sos santan
  • Setengah cawan santan pekat
  • Setengah cawan air
  • Sedikit garam
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • Sehelai daun pandan
  • Durian
sds
4 Resepi Pulut Mudah dan Sedap untuk Juadah di Bulan Puasa 8

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Toskan pulut masukkan dalam pengukus kukus selama lebih kurang 15 minit. Masukkan daun pandan.
  2. Selepas 15 minit, angkat pulut dan masuk dalam bekas. Tuangkan santan pekat sedikit demi sedikit sehingga pulut lembut.
  3. Kemudian kukus semula selama 1/2 jam atau sehingga masak.
  4. Untuk memasak sos santan, masak 1 cawan santan dicampur setengah cawan air. Masukkan garam. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan tepung jagung. Kacau sehingga santan pekat.
  5. Pulut dihidangkan bersama sos santan dan durian.

Resepi Pulut Mangga

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi pulut mangga:

  • Bahan-bahan penyediaan pulut
  • 400 gm beras pulut (direndam 4-6 jam)
  • 1 cawan santan kotak kara (krim santan)
  • 1 cawan air
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu teh garam
  • Beberapa helai daun pandan
  • Bahan-bahan Santan Lemak (kuah)
  • 1 cawan santan kotak Kara
  • 1/2 cawan Air
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 1 helai daun pandan
  • Mangga Manis
  • Bijan Putih-sangai (pilihan)
jhj
4 Resepi Pulut Mudah dan Sedap untuk Juadah di Bulan Puasa 9

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Alas pengukus dengan daun pandan. Masukkan beras pulut dan kukus selama 20 minit.
  2. Keluarkan pulut dari pengukus, letakkan dalam mangkuk.
  3. Satukan santan, air, gula & garam. Gaul sehingga sebati. Masukkan bancuhan santan dalam mangkuk tadi. Gaul dengan pulut sehingga rata.
  4. Masukkan kembali dalam periuk kukus, kukus pulut sehingga lembut dan masak.
  5. Selepas itu, boleh sediakan santan lemak. Dalam kuali/periuk, satukan santan, air, gula, garam & daun pandan. Kacau sehingga sebati. Pastikan santan sentiasa dikacau untuk elakkan santan pecah minyak.
  6. Apabila santan dah mendidih, masukkan tepung jagung yang sudah dicampur dengan sedikit air. Kacau sehingga kuah pekat.
  7. Hidangkan pulut dengan kuah, buah mangga yg telah dipotong-potong. Boleh tabur bijan di atas pulut jika anda suka. Selamat mencuba!

Resepi Pulut Pengat Pisang

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi pulut pengat pisang:

  • 1 biji pisang tanduk hiris nipis
  • 1 kotak santan
  • secukupnya air
  • 1 keping gula melaka/nisey
  • Segenggam biji sagu
  • Sedikit garam
  • secukup rasa gula
  • 10 kurma tanpa biji
  • Semangkuk kecil pulut
  • secukupnya air
bkkj
4 Resepi Pulut Mudah dan Sedap untuk Juadah di Bulan Puasa 10

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Untuk memasak pengat pisang, masukkan santan, air, garam, gula dan pisang. Buka api masak sehingga mendidih.
  2. Masukkan biji sagu, biarkan mendidih seketika biji sagu kelihatan sedikit jernih.
  3. Masukkan beras pulut dan air paras menutupi pulut sahaja masak macam biasa.
  4. Pulut dimakan bersama pengat pisang. Siap dihidangkan.

Sumber: mamy_kitchen89

Soalan FAQs Berkenaan Resepi Pulut

Apakah buah-buahan yang sedap dimakan bersama pulut santan?

Mangga, durian dan pisang.

Apakah bahan yang menyebabkan pulut berwarna kuning?

Kunyit

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati