Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

5 Kawasan Di Paras Bahaya Banjir Di Kelantan Orang Ramai Diminta Berjaga

Update Terkini Banjir : 5 Kawasan Di Paras Bahaya Banjir Di Kelantan | Orang Ramai Diminta Berjaga!

5 Kawasan Di Paras Bahaya Banjir Di Kelantan Orang Ramai Diminta Berjaga 18 Disember 2022, apabila tibanya musim hujan yang lebat, maka tak dapat tidak negeri yang sering kali menjadi bicara mulut masyarakat mengenai air yang naik antaranya Negeri Kelantan. Mengikut sumber yang didapati daripada perkongsian halaman facebook dari individu yang dikenali sebagai Raja Shamri bahawa siren amaran banjir di Jeli Kelantan sudah pun berbunyi.

Oleh demikian itu, bagi tempat yang sering kali ditenggelami banjir, dinasihatkan perlulah buat persediaan dan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga supaya dapat mengelak dari berlakunya perkara yang tidak diingini.

Sertai telegram rasmi Sistem Guru Online untuk dapatkan info dan maklumat yang terkini

https://telegram.me/sistemguruonline

5 Kawasan Di Paras Bahaya Banjir Di Kelantan Orang Ramai Diminta Berjaga 

Berikut adalah laporan maklumat video yang dikongsi oleh Raja Shamri di facebook beliau beberapa tempat yang semakin dinaiki air

1. Jeram Mengaji

  • Berdasarkan info dan maklumat yang dikongsikan oleh beliau di halaman facebooknya bahawa tempat kawasan di Jeram Mengaji antara yang menjadi tumpuan sedang dinaiki air paras yang tinggi. Berikut adalah video yang dikongsikan oleh beliau;

2. Bukit Kecik Tanah Merah

  • Tanah Merah antara tempat seringkali berlaku banjir. Mengikut maklumat laporan dari masyarakat setempat di sekitar tersebut TNB telahpun menutup elektrik bagi menjaga keselamatan orang awam. Berikut adalah video yang dikongsikan;

3. Jalan Wakaf Bunut – Saring

  • Mengikut dari sumber perkongsian facebook beliau Raja Shamri, jam 8.30 pagi bersamaan 18 Disember 2022, air dah mula naik dengan melimpah dalam masa 2 jam, dinasihatkan bagi yang berkenderaan kecil tidak melalui jalan kawasan tersebut. Berikut adalah video yang dikongsikan beliau;

3. Ibu Api Gaal Pasir Puteh

Menurut beliau Raja Shamri di halaman facebooknya, jam 10.30 pagi bersamaan 18 Disember 2022 keadaan air di Ibu Api Gaal Pasir Puteh kini telah melintasi laluan jalan raya. Berikut adalah video yang dikongsikan oleh beliau;

4. Pasir Mas Kampung Bukit Kecik

Menurut laporan maklumat yang disampaikan beliau Raja Shamri di halaman facebooknya, jam 9.30 pagi bersamaan 18 Disember 2022 keadaan air di Pasir Mas juga agak membimbangkan. Berikut adalah gambar dikongsikan oleh beliau;

IMG 20221218 120820

5. Kampung Kelewek Tanah Merah

Berikut adalah video keadaan Kampung Kelewek Tanah Merah sekitar jam 4.00 pagi yang dikongsikan oleh beliau di halaman facebook Raja Shamri;

Update Terkini Banjir : 5 Kawasan Di Paras Bahaya Banjir Di Kelantan | Orang Ramai Diminta Berjaga! 

Demikianlah keadaan situasi air yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Orang ramai dinasihatkan agar mematuhi arahan anggota keselamatan serta tidak melakukan perkara yang boleh membahayakan nyawa.

Sumber rujukan dari Facebook Raja Shamri https://www.facebook.com/rajashamri?mibextid=ZbWKwL

Update Terkini Banjir : 5 Kawasan Di Paras Bahaya Banjir Di Kelantan | Orang Ramai Diminta Berjaga! 

Makluman Tambahan Terkini Situasi Banjir Di Rantau Panjang

Berdasarkan dari maklumat yang dikongsikan dari page Rantau Panjang Post bahawa air terkini berada di paras bahaya. Berikut adalah rakaman video terkini keadaan situasi air di beberapa tempat :

1. Kampung Kubang Kual

Menurut admin Rantau Panjang Post, air ini akan melimpah Jalan Rantau Panjang – Pasir Mas Di Kalbox 5.

2.Thailand Air Sungai Golok Telah Masuh

Menurut admin Rantau Panjang Post “18/12/22 Ahad Sebelah Thailand air Sungai Golok Kale Gaji Masuk dah …Sebelah Rantau Panjang tunggu masa jah ni”. Berikut adalah rakaman video yang dikongsikan.

Sumber rujukan di halaman page Rantau Panjang Post https://ms-my.facebook.com/RantauPanjangPost/

Ikuti Tips Langkah Berjaga-jaga Menghadapi Banjir

Dinasihatkan untuk orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan berhati-hati dengan keadaan hujan yang lebat sekarang yang masih belum berhenti. Ikuti langkah persediaan ini semasa menghadapi air yang naik yang dikongsikan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia :

jps1 960x960 1

Untuk maklumat lebih lanjut sila lawati page rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Page Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia

Selain itu, berikut adalah antara langkah yang disediakan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sebagai persiapan menghadapi air yang naik, apa yang perlu dilakukan ketika air yang naik dan apakah tindakan yang perlu diambil selepas air yang naikberlaku di sekitar kawasan anda:

PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR

1. Di rumah

  • Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
  • Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
  • Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
  • Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
  • Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
  • Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.

2. Jika ingin melancong ke kawasan berpotensi banjir

  • Bagi yang mempunyai bayi, bawa kelengkapan bayi supaya mudah diuruskan ketika banjir berlaku.
  • Simpan nombor telefon klinik, hospital dan orang yang boleh dihubungi ketika kecemasan.
  • Pesakit kronik perlu bawa bekalan ubatan mencukupi selain pemantauan jadual rawatan kerana dikhuatiri berdepan masalah ketika berada dalam keadaan banjir.
  • Selalu dapatkan maklumat mengenai taburan hujan seperti akses kepada laman web Jabatan Meteorologi, Portal Bencana atau Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.

SEMASA BANJIR

1. Ketika mendapat tanda-tanda awal banjir

  • Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
  • Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
  • Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
  • Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
  • Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.

2. Semasa pemindahan

  • Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
  • Ikut laluan yang ditentukan, laluan dekat mungkin terhalang.

3. Di dalam kenderaan

  • Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
  • Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat

4. Di dalam rumah

  • Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
  • Bersedia dengan peralatan kecemasan.
  • Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.

5. Di luar rumah

  • Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
  • Elakkan dari melalui kawasan air yang naik, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
  • Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
  • Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
  • Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
  • Jangan minum air banjir.

6. SELEPAS BANJIR

  • Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
  • Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
  • Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
  • Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tidak terduga dan tersembunyi.

7. Semasa memasuki bangunan

  • Pakai kasut.
  • Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
  • Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
  • Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.
  • Periksa ancaman bahaya
  • Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
  • Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
  • Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
  • Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
  • Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
  • Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
  • Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.

Jangan lupa sertai Telegram Rasmi mengenai info bantuan kerajaan terkini di link dibawah ini.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati