Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Penerangan Lengkap Tentang Aplikasi Touch N GO dan Nikmati Lebih 10 Kemudahan TNG

aplikasi touch n go
Penerangan Lengkap Tentang Aplikasi Touch N GO dan Nikmati Lebih 10 Kemudahan TNG 15

Aplikasi Touch N GO bukan satu benda asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Para pengguna RFID dan kad Touch Go pasti sudah lama mempunyai aplikasi ini dalam telefon pintar masing-masing. Hari ini, banyak ingin kami kongsikan kepada anda jadi setelah membuat kajian menyeluruh, aplikasi TNG memang memerlukan banyak artikel susulan yang lebih details supaya perkongsian kami buat anda dapat diberikan secara details.

Sebelum kita pergi lebih details, kami ingin kongsikan dahulu pelbagai ciri-ciri dan kelebihan yang ada pada aplikasi Touch N Go ini.

Info & Tutorial Lengkap Penggunaan Aplikasi Touch N Go eWallet

Sebelum itu, bagi mereka yang belum ada aplikasi TNG ini, boleh download aplikasi TNG yang rasmi ini disini.

Daftar Akaun Touch N GO eWallet

Kami akan berikan 7 langkah mudah lengkap dengan gambar untuk anda ikuti panduan ringkas ini.

  • Langkah 1 : Perkara pertama yang perlu dibuat selepas anda mendownload dan install apps TNG ialah “sign up” akaun anda.
Perkara pertama yang perlu dibuat selepas anda mendownload dan install apps TNG ialah "sign up" akaun anda.
  • Langkah 2 : Masukkan nombor telefon anda. Pastikan anda mengisi dengan betul dimana kod negara +60 telah ada di depan anda hanya sambungkan sahaja nombor seterusnya. INGAT, jangan silap sebab langkah ini sangat penting.
Daftar Akaun Touch N GO eWallet 2
  • Langkah 3 : TNG akan hantarkan OTP (one time password) kepada nombor yang anda masukkan tadi. Tunggu beberapa saat anda akan menerima OTP tadi dalam peti mesej anda. Masukkan OTP tadi ke dalam ruangan yang disediakan.
Daftar Akaun Touch N GO eWallet 3 1
  • Langkah 4 : 6 digit PIN. Ingat, ini adalah 6 nombor penting untuk anda sahkan apa-apa transaksi yang akan dibuat menggunakan eWallet TNG ini nanti. Pastikan PIN anda selamat dengan anda. Elakkan menulis dimana-mana kerana ianya satu tindakan yang kurang tepat, sebaliknya pilih PIN yang selamat, mudah diingat oleh anda dan elakkan nombor yang mudah diteka seperti tarikh lahir, nombor telefon, nombor plat kereta dan sebagainya.
Daftar Akaun Touch N GO eWallet 4
  • Langkah 5 : Soalan keselamatan merupakan 1 lagi security yang disediakan pihak aplikasi touch n go. Ini bakal membantu anda terutamanya jika akaun anda mengalami masalah dikemudian hari. Pilih soalan yang tepat dan jawapan yang anda akan sentiasa ingat supaya tiada masalah timbul nanti.
Daftar Akaun Touch N GO eWallet 5
  • Langkah 6 : Isi butiran yang diperlukan. Ianya butiran yang agak details, tetapi jaminan aplikasi touch n go, insyaAllah data anda selamat dengan mereka. Isi dengan berhati-hati dan pastikan semua butiran adalah tepat.
Daftar Akaun Touch N GO eWallet 6
  • Langkah 7 : Urusan pendaftaran anda di aplikasi touch n go sudah selesai, paparan yang anda perlu lihat sekarang ialah seperti dibawah. Perkara seterusnya yang kita perlu buat ialah verify akaun. Untuk tujuan itu, sila tekan gambar profile pada bucu atas sebelah kanan paparan dibawah.
Daftar Akaun Touch N GO eWallet 7

Verify Akaun Aplikasi Touch N GO eWallet Anda Segera

Timbul persoalan, kenapa akaun TNG perlu disahkan (verify)? Sebenarnya, banyak kemudahan TNG yang bakal anda perolehi setelah urusan verify akaun ini. Jadi, jika ianya memberikan banyak faedah kepada kita, mari kita lakukan segera.

Untuk pengetahuan semua, proses verify akaun ini mungkin mengambil masa beberapa minit, jam, atau mungkin memakan masa beberapa hari. Jadi harap bersabar. Mari kita ikuti tutorial verify akaun aplikasi touch n go.

  • Langkah 1 : Tekan pada NOT VERIFIED seperti dalam gambar dibawah.
cara verify akaun tng 0
  • Langkah 2 : Anda akan dibawa ke paparan seperti dibawah. Ianya merupakan penerangan ringkas beberapa langkah untuk verify akaun. Sila tekan VERIFIED ACCOUNT.
cara verify akaun tng 1
  • Langkah 3 : Pilih ID anda dan tekan TAKE A PHOTO. Pastikan anda dah bersedia dengan kad pengenalan anda ya. Kamera disini agak sensetif dimana anda perlu pastikan tiada pantulan cahaya atau bayang-bayang yang menghalang. Jangan risau, jika dah sampai sini, urusan anda dengan aplikasi touch n go dah hampir selesai.
cara verify akaun tng 2
  • Langkah 4 : Senyum dan ambil selfie seperti yang dinyatakan.
cara verify akaun tng 3
  • Langkah 5 : Langkah seterusya pastikan anda mengisi info identiti anda dengan tepat mengikut kad pengenalan anda.
cara verify akaun tng 4
  • Langkah 6 : Pastikan keluar paparan seperti ini. Ini bermaksud, proses verifikasi anda sedang dilakukan. Jelas dinyatakan ianya mungkin mengambil masa sehingga 3 hari bekerja untuk tujuan pengesahan akaun. Jadi sila santai sahaja. Jika cepat, itu bonus!
cara verify akaun tng 5 1

Kenali Aplikasi Touch N Go (TNG)

Mula-mula mari kita kenali senarai kemudahan Aplikas Touch N Go yang ada selain RFID, e-wallet dan beberapa kemudahan lain yang biasa kita dengar dan guna.

Sebagai pengguna biasa seperti orang awam kebanyakkan, kami akan kongsikan pandangan ringkas menurut kaca mata kami mengenai TNG ini. Mungkin tidak lengkap dan sempurna, tetapi mungkin memudahkan anda semua memahami apps TNG yang sediakan banyak kemudahan.

Senarai Perkhidmatan di Aplikasi Touch n GO Mengikut Kategori

Secara umumnya, terdapat 7 kategori yang akan kami senaraikan seperti dibawah.

TRANSPORT & TRAVEL
✔ Easybook
✔ redBus
✔ Firefly
✔ Flight
✔ KLIA Ekspress
✔ Shell
✔ PayDirect
✔ TNG Card
✔ RFID
✔ Parking
✔ BateriKu
✔ Carsome
✔ TheLorry
✔ TRAPO
✔ myTukar
✔ SafeTrip
✔ ParkInsure
✔ Road Tax
✔ iBook

Ya, seperti yang ramai dah biasa guna, antara kemudahan terbaik dan paling umum diketahui ramai ialah menggunakan aplikasi Touch N Go untuk pembayaran tol di exit highway di seluruh negara kita. Selain e-wallet tersebut, 1 lagi kemudahan yang menarik ialah RFID yang mana 1 lagi penggunaan teknologi pembayaran tol yang membenarkan pengguna membuat tambah nilai secara personal sahaja menggunakan transaksi online (akaun sendiri).

Baiklah mari kita lihat Perkhidmatan Kewangan (Financial Services) pula.

Financial Services
✔ GO+
Visa Card
✔ GOremit
✔ GOinvest
✔ GOprotect
✔ CarInsure
✔ MotoInsure
✔ CI Insure
✔ WalletSafe
✔ SafeTrip
✔ SafeHome
✔ ParInsure
✔ GOpinjam
✔ CTOS
Go Reward

Di dalam perkhidmatan kewangan ini, ada banyak perkara menarik yang perlu kita terokai kerana perkhidmatan yang diberikan rata-rata memang memudahkan kita. Bagi kami, antara perkhidmatan kewangan yang sangat bermanfaat ialah GO+, GOinvest dan GOpinjam. Kenapa? InsyaAllah akan kita kemaskini dalam masa terdekat bagi setiap perkhidmatan yang diberikan.

Seterusnya ialah perkhidmatan bill & prepaid.

Bills & Prepaid
✔ TNB
✔ Bills
✔ MY Prepaid
✔ Sohoj
✔ PayHub
✔ Maxis
✔ SOS Top up

Untuk perkhidmatan bill dan prepaid didalam aplikasi touch n go pula mungkin tidak terlalu berbeza dengan perkhidmatan yang disediakan oleh ewallet lain atau aplikasi bank. Jadi mungkin kami tidak akan pergi mendalam mengenai perkhidmatan ini.

Seterusnya ialah perkhidmatan penghantaran makanan (Food & Delivery).

Food & Delivery
✔ Fave
✔ Tealive
✔ Burger King
✔ FamiDelivery
✔ BAIJIA Delivery
✔ Beep
✔ Coolblog
✔ Marrybrown
✔ ZUS Coffee
✔ FunNow

Bagi perkhidmatan food delivery, bagi kami ianya hanyalah himpunan kepada aplikasi-aplikasi yang sudah kita ada di dalam telefon seperti Fave, Burger King, ZUS Coffee dan sebagainya. Tapi, memang menarik juga jika kita dapat kumpulkan semua di bawah satu apps betul tak?

Tickets & Entertaiment
✔ A+ Rewards
✔ Movies
✔ Klook
✔ FunNow
✔ Apple Zone
✔ MFL

Seterusnya ialah perkhidmatan tiket dan hiburan. Di bawah tab tickets & entertaiment, terdapat banyak aplikasi lain yang boleh digunakan seperti MFL, Klook dan A+ Rewards. Jika ini belum dapat membuatkan anda rasa teruja, mungkin aplikasi Movies dapat penuhi hajat anda untuk dapatkan tiket-tiket movies.

Kemudahan aplikasi yang seterusnya ialah shopping. Ya, pasti ramai yang suka bahagian ini bukan?

Shopping
✔ MR DIY
✔ FamiDelivery
✔ Presto
✔ KK Mart
✔ eShop
✔ Bonuslink
✔ Senheng
✔ JomBeli
✔ BP Healthcare
✔ Lazada
✔ Watsons
✔ Alpro Pharmacy

Sebenarnya, aplikasi seperti Watsons, Lazada, Senheng dan sebagainya sudah mempunyai website atau aplikasi mereka yang sendiri. TNG hanya menghimpunkan semua aplikasi ini dibawah aplikasi TNG dan sudah pasti kelebihan utama ialah segala transaksi akan cuba di aplikasikan menggunakan pembayaran menggunakan ewallet Touch N Go.

Akhir sekali ialah perkhidmatan Specialty dan Services.

Specialty & Services
✔ Merchant
✔ BP Healthcare
✔ MyCyberShield

Perkhidmatan Specialty dan Services ini terdiri daripada Merchan, BP Healthcare dan MyCyberShield. Jika ingin ketahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan ini, pihak kami akan cuba ulaskan nanti.

Kenapa Gagal Install dan Daftar Akaun Aplikasi Touch N GO eWallet?

Keperluan Telefon Mudah Alih

Untuk mendaftar akaun TNG, sila pastikan telefon mudah alih anda memenuhi keperluan berikut:

  • Sistem Pengendalian Mudah Alih: Versi Android 5.0 atau yang lebih tinggi.
  • Status Peranti: Peranti anda tidak boleh dijailbreak atau di-root.
  • Versi Aplikasi Touch N Go eWallet Terkini: Sila pastikan anda mempunyai versi terkini aplikasi Touch ‘n Go eWallet dipasang.

Jika peranti anda memenuhi keperluan di atas, tetapi anda masih tidak dapat mendaftar akaun dengan kami, sila pertimbangkan situasi berikut.

  1. Nombor Mudah Alih atau Nombor ID Sudah Didaftarkan: Nombor mudah alih atau nombor ID anda (MyKad/Passport) mungkin telah didaftarkan kepada akaun Touch ‘n Go eWallet yang sedia ada. Ini mungkin kerana nombor mudah alih anda sebelum ini telah digunakan oleh pemilik akaun eWallet lain, atau seseorang secara tidak sengaja telah memasukkan nombor ID anda semasa proses pendaftaran mereka.
  2. Akaun Terdahulu dengan Nombor Mudah Alih atau Nombor ID yang Sama: Jika anda sebelum ini telah mendaftarkan akaun dengan nombor mudah alih atau nombor ID yang sama dan tidak dapat mengingati nombor PIN 6 digit anda, sila ikuti langkah “Lupa PIN” yang disediakan. Untuk maklumat lanjut, rujuk artikel kami di sini.
  3. Menukar Nombor Mudah Alih dan Tidak Boleh Log Masuk:
    Akaun yang Disahkan: Jika anda mempunyai akaun yang disahkan, anda boleh mendapatkan akses semula dengan mengikuti langkah Pemulihan Akaun dengan Pengesahan Wajah. Tonton video pendek di sini.
    Akaun yang Tidak Disahkan: Bagi akaun yang tidak disahkan, anda boleh mendapatkan akses semula dengan mengikuti langkah Pemulihan Akaun dengan alamat emel yang didaftarkan. Tonton video pendek di sini.
  4. Negara Bukan dalam Senarai: Jika negara anda tidak disenaraikan, kami mohon maaf atas kesulitan ini. Sila pastikan bahawa kami sedang berusaha untuk memasukkan pengguna dari negara anda ke dalam aplikasi kami.
  5. Nombor Mudah Alih Tidak Disokong: Sila ambil perhatian bahawa Touch ‘n Go eWallet hanya boleh digunakan dengan nombor mudah alih Malaysia (+60) dan Singapura (+65).

Hubungi Kami (Touch N’ GO)

Sebenarnya terdapat banyak kemudahan dan perkhidmatan seperti yang telah dikongsikan diatas yang telah disediakan oleh TNG ini. Namun begitu antara perkhidmatan utama yang memerlukan perhatian dan sentiasa mendapat pelbagai persoalan adalah lebih tertumpu kepada Touch N’ GO dan Aplikasi Touch N GO eWallet. Jadi berikut kami sediakan butiran lengkap untuk anda hubungi mereka jika menghadapi sebarang permasalahan.

Touch N’ GO Touch N’ GO eWallet
Untuk pertanyaan berkaitan dengan Kad RFID/Touch ‘n Go.Untuk pertanyaan berkaitan Touch ‘n Go eWallet:
✔ Pendaftaran/Masuk
✔ Pembayaran Touch ‘n Go eWallet
✔ Berkaitan dengan Kad Visa GO+
✔ GOinvest, GOpinjam, GOprotect
+603-2714 8888
(Isnin hingga Jumaat 8.00am – 8.00pm)
+603-5022 3888
(Isnin hingga Ahad 7.00am – 10.00pm)
[email protected]careline-webform
Ground floor, Tower 6, Avenue 5, Bangsar South, No 8, Jalan Kerinchi, 59200 KL.
Isnin – Jumaat (Hari Bekerja Sahaja)
9.00am – 5.00pm
Ground floor, Tower 6, Avenue 5, Bangsar South, No 8, Jalan Kerinchi, 59200 KL.
Isnin – Jumaat (Hari Bekerja Sahaja)
9.00am – 5.00pm
Lot L2.07, Level 2, Nu Sentral Shopping Mall, No. 201 Tun Sambanthan, 50470, KL.
Isnin hingga Ahad (Termasuk Hari Cuti)
10.00am – 10.00pm
Lot L2.07, Level 2, Nu Sentral Shopping Mall, No. 201 Tun Sambanthan, 50470, KL.
Isnin hingga Ahad (Termasuk Hari Cuti)
10.00am – 10.00pm

FAQs Akaun eWallet Touch N’ Go

Bagaimana cara topup ewallet touch n go?

Mudah! Sila ke Cara Topup Touch n GO!

Adakah saya boleh menukar atau kemaskini nombor telefon baru?

Ya, sudah pasti! Anda boleh dengan mudah mengemaskini nombor telefon mudah alih yang berkaitan dengan aplikasi Touch n Go eWallet anda. Pastikan anda mempunyai versi terkini aplikasi Touch n Go eWallet.

Apakah yang dimaksudkan dengan Transferable dan Non-Transferable di dalam eWallet Balance (baki ewallet)?

Pertamanya anda perlu tahu, eWallet Balance = Transferable eWallet Balance + Non-transferable eWallet Balance.

Kemudian, maksud Transferable ialah : Baki eWallet yang datang daripada perbankan dalam talian, kad debit, DuitNow, Kredit Langsung, dan caj masuk/reload GoPinjam.

Maksud Non-Transferable eWallet balance pula : Baki eWallet yang datang daripada kad kredit, caj masuk PIN reload, atau inisiatif kerajaan.

Apakah kegunaan Tranferable eWallet Balance?

Anda BOLEH menggunakan Baki eWallet didalam aplikasi touch n go yang boleh dipindahkan untuk memindahkan wang kepada:
✔ Akaun GO+ anda
✔ E-Wallet Touch ‘n Go lain
✔ Bank Tempatan
✔ E-Wallet lain.

Untuk akaun Non-Transferable, anda tidak boleh lakukan permindahan seperti diatas.

Jika saya ada masalah Refund, kemana perlu saya rujuk?

Mudah! Anda boleh terus berurusan ke bahagian Refund TNG.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati