Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Chinese New Year 2024 : Tarikh Cuti Tahun Baru Cina 2024 Malaysia

chinese new year 2024

Untuk persedian awal, Chinese new year 2024 telah pun dikeluarkan tarikh secara rasmi. Seperti yang kita maklum, negara Malaysia adalah mempunyai perayaan pelbagai kaum dan bangsa. Dengan adat dan budaya yang berbeza, kerajaan Malaysia sentiasa mengalu-alukan penyatuan pelbagai bangsa dibawah satu nama iaitu, rakyat Malaysia.

Chinese new yer 2024 akan berlansung tidak lama lagi dan disediakan untuk anda mengenai tarikh cuti umum yang rasmi serta cuti sekolah sepanjang tahun baharu cina.

Kalendar Rasmi Chinese New year 2024

chinese new year 2024

Tahun Binatang Apakah Untuk Tahun 2024?

Untuk chinese new year 2024 kali ini adalah untuk tahun binatang “Naga”. Sebelum ini pada tahun 2023 adalah tahun arnab.

Menurut kalendar cina, ada sebanyak 12 binatang yang mewakili zodiak setiapnya iaitu lembu, tikut. arnab, harimau, ular, naga, kuda, kambing, ayam jantan, monyet, babi dan anjing. Cukup 12 binatang sepadan dengan 12 bulan dalam setahun.

Namun, haiwan ini adalah menurut kaum cina mewakili karakter mengikut tahun bagi satu-satu tahun dan menurut juga tahun yang dilahirkan oleh seseorang.Kepercayaan berkenaan binatang ini berkait rapat dengan tuah seseorang.

Cuti Sambutan Tahun Baru Cina 2024 Malaysia

Cuti untuk chinese new year 2024 adalah diperuntukkan sebanyak 2 hari di Malaysia dan ianya adalah merupakan cuti umum.

Bagi Chinese New Year 2024, perayaan ini jatuh pada 10 Februari 2024 bersamaan dengan hari sabtu. Oleh yang sedemikian itu, cuti ini juga akan dibawa ke tarikh seterusnya memandangkan kerajaan Malaysia menetapkan terdapat dua hari cuti CNY iaitu pada 11 Februari 2023 bersamaan hari ahad sebagai hari cuti umum.

PerayaanTarikhHari
Chinese New Year 2024 (Hari satu)10 Februari 2024Sabtu
Chinese New Year 2024 (Hari kedua)11 Februari 2024Ahad

Dengan mengetahui cuti rasmi chinese new year 2024 ini, diharapkan kepada rakyat Malaysia yang ingin membuat perancangan pulang ke kampung, boleh membuat persediaan awal dan boleh merujuk maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Cuti Sekolah Yang Diperuntukkan Oleh KPM

chinese new year 2024

Dengan tibanya perayaan tahun baharu cina, KPM telah memperuntukkan cuti akhir tahun bagi sesi 2023/2024. Peruntukan cuti ini adalah berbeza kerana terdapat dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Bertepatan dengan akhir tahun bagi sekolah, cuti sekolah dimulai dengan cuti tahun baharu cina.

Untuk penerangan yang lebih terperinci, berikut adalah jadual berkenaan cuti sekolah untuk tahu baharu cina:

Kumpulan Mengikut NegeriCuti Sekolah Akhir Tahun Sesi 2023/2024Cuti Tahun Baharu Cina 2024
Kumpulan A
( Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu)
9 Februari 2024 – 9 Mac 202410 & 11 Februari 2024 (Dalam cuti akhir persekolahan sesi 2023/2024)
Kumpulan B
( Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya)
10 Februari 2024 – 10 Mac 202410 & 11 Februari 2024 (Dalam cuti akhir persekolahan sesi 2023/2024)*
1 hari cuti tambahan pada 9 Feb 2024 telah diperuntukkan oleh KPM. Jadi, untuk kumpulan B akan mula cuti sekolah bersamaan dengan cuti sekolah kumpulan A.

Tips Cuti Chinese New Year 2024 Yang Anda Boleh Cuba

Rancang Cuti Awal Sempena Memasuki Tahun Baharu Cina

Terdapat tip menarik yang boleh dikongsikan kepada anda dan boleh cuba untuk apply cuti daripada majikan anda lebih awal untuk tahun 2024. Peluang keemasan untuk anda di mana banyak cuti umum yang jatuh bersamaan dengan hujung minggu.

Bagi bulan februari lebih kurang 10 hari cuti yang anda boleh manfaatkan dengan merancang perancangan balik kampung, bercuti ke tempat yang menarik, melansungkan perkahwinan dan lain-lain.

Di bawah ini adalah disenaraikan cuti hujung minggu dan gabungan cuti umum bulan februari yang boleh digunakan sebagai panduan untuk merancang cuti anda dengan baik:

Bulan Februari

  • 1 Februari 2024 (Khamis) – Cuti Hari Wilayah Persekutuan (KL SAHAJA) (PH)
  • 2 Februari 2024 (Jumaat) – Mohon Cuti Tahunan/MC
  • 3 Februari 2024 (Sabtu) – Cuti hujung miggu
  • 4 Februari 2024 (Ahad) – Cuti hujung minggu
  • 9 Februari 2024 (Jumaat) – Mohon cuti tahunan / MC
  • 10 Februari 2024 (Sabtu) – Cuti tahun baharu cina
  • 11 Februari 2024 (Ahad) – Cuti tahun baharu cina
  • 12 Februari 2024 (Isnin) – Cuti tahun baharu cina
  • 13 Februari 2024 (Selasa) – Mohon cuti tahunan / MC

Rancang Balik Kampung Dengan Selamat

Kepada anda yang merancang untuk mengambil keputusan pulang ke kampung halaman, adalah dinasihatkan kepada anda agar untuk berhati-hati dalam perjalanan. Mengikut rekod tahun 2023, tahun baharu cina telah mencatatkan sebanyak 2 juta kenderaan di atas lebuh raya PLUS.

Satu angka yang besar dan menggambarkan betapa sibuknya jalan ketika itu. Untuk tahun 2024 pula, anda boleh membuat perancangan yang lebih baik bagi mengelakkan sebarang kesesakan lalu lintas.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati