Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Aidiladha 2024 : Tarikh Rasmi, Penerangan dan Sambutan

AIDILADHA 2024

Memasuki Aidiladha 2024, Sambutan hari raya Aidiladha atau disebut juga sebagai hari raya korban dan hari raya Haji adalah sebuah perayaan agama yang disambut oleh seluruh muslim di dunia. Ia menandakan telah berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah iaitu sehari selepas jemaah haji selesai mengejarkan wukuf di arafah.

Raya haji diraikan pada tanggal 10 zulhijjah pada setiap tahun oleh orang islam. Selain itu, bulan ini juga dikenali sebagai bulan yang akhir dalam kalendar hijrah islam. Bagi sambutan aidiladha 2024, dikongsikan maklumat daripada kami sebagai informasi terkini yang anda patut tahu.

Penerangan & Kalendar Rasmi Aidiladha 2024

AIDILADHA 2024

Pengenalan Sambutan Hari Raya Aidiladha

Perkataan berasal daripada bahasa arab ‘Aidiladha’ yang membawa maksud ‘hari penyembelihan korban’. Raya aidiladha adalah sempena memperingati kisah Nabi Ibrahim A.S yang diperintahkan oleh Allah S.W.T agar menyembelih anaknya, iaitu Nabi Ismail A.S.

Dalam masa 4 hari boleh dilakukan korban yang melibatkan haiwan ternakan seperti kambing, biri-biri, lembu dan unta.

Tarikh Rasmi Sambutan Hari Raya Aidiladha 2024

Untuk sambutan hari raya aidiladha 2024 telah dikeluarkan secara rasmi iaitu hari raya aidiladha dijangka jatuh pada 17 Jun 2024 bersamaan hari isnin. Hari raya aidiladha merupakan hari cuti am persekutuan dan cuti umum yang melibatkan semua negeri dalam masa Malaysia.

PerayaanTarikhHari
Hari Raya Aidiladha 202417 Jun 2024Isnin

Peristiwa Penting Yang Berlaku Bulan Aidiladha

Terdapat 3 peristiwa penting yang perlu di hayati oleh masyarakat umat islam. Untuk pembelajaran, berikut adalah peristiwa penting yang berlaku:

PeristiwaPenerangan
Peristiwa Siti Hajar dan Ismail a.s di Padang Pasir MekahDalam peristiwa ini, Nabi Ibrahim a.s diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk meninggalkan isterinya, Siti Hajar, dan anak mereka, Nabi Ismail a.s, di kawasan padang pasir yang tandus, iaitu Mekah. Mereka ditinggalkan di sana sebagai ujian dan sebagai tindakan kepatuhan kepada perintah Allah. Tempat ini kemudian menjadi tumpuan penting dalam Islam dan menjadi sebuah kota Mekah, tempat di mana Kaabah terletak. Umrah dan Haji adalah salah satu dari lima rukun Islam dan melibatkan berkunjung ke Kaabah di Mekah.
Ujian Penyembelihan Nabi Ismail a.sDalam ujian ini, Nabi Ibrahim a.s menerima perintah daripada Allah S.W.T untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s. Nabi Ibrahim bersiap sedia untuk menjalankan perintah tersebut, tetapi Allah S.W.T menggantikan Ismail dengan seekor kambing atau biri-biri untuk disembelih sebagai gantinya. Ini menunjukkan ketaat dan kepatuhan Nabi Ibrahim kepada kehendak Allah. Peristiwa ini diingati semasa Hari Raya Aidiladha, di mana umat Islam dari seluruh dunia juga menyembelih haiwan ternakan sebagai persembahan dan sebahagian daripada ibadah semasa musim haji.
Pembinaan Semula Kaabah oleh Nabi Ibrahim dan Ismail a.sPembinaan semula Kaabah adalah peristiwa yang penting dalam sejarah Islam. Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s, atas perintah Allah, membina semula Kaabah sebagai tempat sujud (tempat ibadah) bagi umat manusia. Ini adalah rumah Allah yang kini menjadi tumpuan umat Islam semasa solat dan juga sebagai tujuan utama semasa Haji. Pembinaan semula Kaabah menunjukkan penghormatan dan kepatuhan yang tinggi kepada Allah dalam agama Islam.

Ketiga-tiga peristiwa ini memainkan peranan penting dalam sejarah Islam dan memberikan makna mendalam di Hari Raya Aidiladha, yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia sebagai masa untuk mengingati ketaat dan kepatuhan kepada Allah serta berkongsi rezeki dengan orang lain melalui penyembelihan korban.

Sambutan Hari Raya Aidiladha 2024

Aidiladha 2024 : Tarikh Rasmi, Penerangan dan Sambutan

Sambutan Meriah di Peringkat Kebangsaan

Apabila tibanya hari raya aidiladha 2024 nanti, kerajaan Malaysia jug akan turut sama meraikan sambutang hari raya kortban ini. Di kaca tv akan mula dilaungkan takbir hari raya sebagai tanda kesyukuran. Banyak program-program melibatkan masyarakat akan berlansung yang dilancarkan oleh para pemimpin setempat.

Pemimpin dan raja akan turut serta aktiviti penyembelihan korban. Golongan atasan juga akan turun padang dan mengambil tempat untuk bersama-sama dengan para rakyat jelata.

Aidiladha 2024 : Tarikh Rasmi, Penerangan dan Sambutan

Tradisi dan Amalan Hari Raya Aidiladha

Sambutan hari raya Aidiladha sangatlah sinonim dan dekat dengan masyarakat Malaysia. Pada hari raya tersebut, masyarakat akan saling bermesra sesama mereka. Dikenali juga sebagai hari bersilaturrahim dengan diiringi upacara solat berjemaah, bekerjasama dalam melapah daging, membuat pembahagian daging untuk diberikan kepada fakir miskin dan lain-lain.

Berikut adalah antara tradisi dan amalan masyarakat Malaysia untuk sambutan hari raya Aidiladha:

  1. Solat sunat dan khutbah hari raya Aidiladha.
  2. Mengenakan pakaian raya.
  3. Memberi hadiah dan pemberian.
  4. Zakat fitrah.
  5. Penyembelihan haiwan korban.
  6. Berkongsi makanan dengan golongan yang memerlukan.
  7. Mengunjungi keluarga dan sahabat.
  8. Menjalinkan hubungan bersama kejiranan.

Hikmah Sambutan Hari Raya Aidiladha

Untuk sambutan Hari Raya Aidiladha ianya merupakan perayaan yang penting dalam Islam yang mana ia memberi banyak hikmah kepada umat Islam dan masyarakat untuk direnungi. Bermula di pagi hari umat islam akan mengadakan solat sunat hari raya dan mendengarkan khutbah yang direka khas untuk hari raya bertujuan membina penyatuan. Selesai sahaja khutbah, bermulalah masyarakat muslim untuk membina keakraban silaturrahim dikalangan mereka.

Sesudah itu, masyarakat akan segera membuat hidangan yang pelbagai mengikut tradisi zaman berzaman. Selepas siap semuanya, terjadilah majlis kesyukuran menjemput orang ramai untuk bersama-sama menikmati hidangan yang sudah dihidangkan. Tidak lupa kepada golongan yang susah, dibekalkan daging mentah dan yang sudah dihidangkan untuk diberikan kepada fakir miskin. Ia merupakan sunnah dan amalan setiap kali tiba raya haji.

Akhir sekali, Hari Raya Aidiladha menggalakkan solidariti di kalangan umat Islam dan memperkukuhkan perpaduan. Ia juga membolehkan mewujudkan individu yang mementingkan nilai-nilai agama serta meningkatkan hubungan rohani kepada Allah.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati