Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jadual Feri Pulau Pinang : Panduan dan Cara Beli Tiket Feri Pulau Pinang Online

JADUAL FERI PULAU PINANG

Jadual Feri Pulau Pinang adalah sesuatu yang penting bagi perjalanan ke Pulau Pinang melalui laluan air. Terkenal dengan pesona budayanya yang unik dan keindahan pesisir pantainya, telah menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.

Sudah menjadi rutin harian pengguna akan merujuk jadual feri Pulau Pinang untuk memudahkan carian masa dan perkhidmatan dibuka kerana menggunakan perkhidmatan feri adalah antara cara terbaik untuk melakukan perjalanan diantara Butterworth dan George Town.

Dalam pada itu, kami akan mengulas panduan bagaimana untuk mendapatkan maklumat mengenai jadual feri, langkah-langkah mudah untuk membeli tiket secara dalam talian, serta beberapa tips berguna untuk membuat perjalanan melalui perkhidmatan feri.

Panduan Rujuk Jadual Feri Pulau Pinang dan Pembelian Tiket

jadual feri pulau pinang

Siaran Terkini Jadual Feri Pulau Pinang

Sebelum anda merancang perjalanan anda ke Pulau Pinang, adalah sangat penting untuk merujuk jadual feri Pulau Pinang terkini. Makluman terkini jadual feri Pulau Pinang boleh didapati melalui beberapa laman web rasmi syarikat feri pulau pinang iaitu Penang Port.

Anda perlu mengetahui waktu berlepas feri dari tempat asal dan ke destinasi, serta waktu perjalanan keseluruhan untuk merancang perjalanan anda dengan bijak.

Sebagai rujukan untuk anda, dibawah adalah merupakan jadual feri Pulau Pinang terkini:

Jadual Feri Pulau Pinang (Bahasa Melayu)

jadual feri pulau pinang

New Penang Ferry Schedule (Bahasa Inggeris)

new penang ferry schedule

Nota: Untuk jadual feri Pulau Pinang ia adalah berdasarkan laman web rasmi Penang Port. Sekiranya terdapat apa-apa perubahan, anda disarankan untuk merujuk laman web rasmi. Untuk talian hubungi pihak Penang Port anda boleh rujuk Hotline number : 019-473 2363.

Cara Beli Ticket Feri Pulau Pinang

Pembelian tiket feri pulau pinang masih dibuka lagi untuk waktu ini. Pembelian boleh dibuat secara manual dan juga online. Untuk harga pembelian tiket adalah mengikut kategori.

Berikut adalah harga tiket feri pulau pinang yang terbaru:

  • Kanak-kanak – RM1.00
  • Dewasa (12 tahun keatas) -RM2.00
  • Pengguna Motosikal – RM2.50
  • Penunggang Basikal – RM2.00

Sekiranya anda ingin mengelakkan kesibukan di kaunter tiket, pembelian tiket feri Pulau Pinang secara dalam talian adalah pilihan yang tepat.

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk membeli tiket feri pulau pinang online:

Langkah 1 : Rujuk laman web rasmi Penang Port

Anda boleh klik sini, dan paparan utama untuk pembelian tiket akan dipaparkan.

beli tiket feri pulau pinang online

Langkah 2 : Pilih perjalanan dan jenis tiket

Seterusnya anda perlu menetapkan dari mana dan ke mana anda pergi. Dua pilihan sahaja iaitu antara Butterworth dan Georgetown. Pilih jenis tiket, samaada anda beli untuk persendirian atau bersama motosikal.

Langkah 3 : Isi maklumat dan butiran diri

Kemudiannya anda perlu membuat isian email dan no telefon untuk pengesahan rujukan.

Langkah 4 : Buat pembayaran

Anda boleh memilih kaedah pembayaran online jenis apa yang anda mahu. Ditawarkan dua pilihan iaitu bayaran menggunakan kad kredit/debit atau ewallet.

Langkah 5 : Tiket terus dihantar melalui email

Selesai! anda boleh membuat semakan di email anda untuk pengesahan. Kini anda berjaya mendapat tiket untuk menaiki feri pulau pinang. Untuk makluman anda juga, tiket ini hanya sah untuk satu hari sahaja dan anda boleh menyemak tempoh luput pada tiket.

beli tiket feri pulau pinang online 1

Panduan Penggunaan Feri Pulau Pinang

Prosedur Menaiki Feri Pulau Pinang

Apabila tiba di pelabuhan feri, pastikan untuk anda tiba lebih awal dari waktu berlepas seperti yang tertera di dalam tiket. Ini adalah penting untuk memastikan perjalanan anda berjalan dengan lancar.

Untuk menaiki feri terdapat panduan khas untuk para penumpang. Berikut adalah panduan penggunaan feri Pulau Pinang:

Panduan PenumpangPenerangan
Periksa Jadual dan Pintu MasukSemak jadual feri dan pintu masuk berlepas anda untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.
Jaga KebersihanSemasa berada di dalam feri, anda perlu menjaga kebersihan dan dilarang membuang sampah merata-rata.
Peraturan KeselamatanAnda perlu mematuhi arahan dan peraturan keselamatan yang diberikan oleh kakitangan feri.
Penumpang KhasSemasa di dalam feri adalah perlu berikan keutamaan kepada penumpang khas, seperti wanita hamil, orang kurang upaya, dan kanak-kanak.

Perjalanan dengan feri Pulau Pinang akan memberi pengalaman yang indah dan menakjubkan kepada anda. Penting juga untuk anda cakna jadual feri pulau pinang bagi urusan perjalanan pulang. Pastikan untuk merancang perjalanan anda dengan teliti dan cakna akan jadual feri pulau pinang.

Soalan FAQs Berkenaan Feri Pulai Pinang

Mengapa jadual feri Pulau Pinang adalah maklumat penting untuk perjalanan saya ke pulau ini?

Jadual feri Pulau Pinang adalah penting kerana ia membantu anda merancang perjalanan anda dengan bijak. Anda perlu mengetahui waktu berlepas feri dari tempat asal dan destinasi, serta waktu perjalanan keseluruhan.

Dimanakah saya boleh membuat semakan jadual feri pulau pinang terkini?

Anda boleh membuat rujukan jadual feri melalui laman web rasmi penang port. Terdapat juga maklumat yang anda boleh dapati.

Jika saya beli tiket online, adakah patut saya cetak?

Terpulang kepada anda. Jikalau tidak cetak tiket pun anda masih boleh melepasi dan sah untuk menaiki feri selagi anda boleh membuktikan bayaran anda melalui telefon.

Jikalau saya tertinggal barang di dalam feri, dimanakah patut saya rujuk?

Sekiranya anda menghadapi masalah kehilangan barang, anda boleh terus merujuk kepada pihak pengurusan atau terus hubungi di talian hotline ; 019-473 2363.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati