Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

15 Contoh Idea Party Games Yang Mencabar Semasa Hari Keluarga, Parti Hari Jadi, Reunion dan Parti Lain

15 Contoh Idea Party Games

Mesti ramai tak tahu aktiviti apa nak buat untuk memeriahkan hari keluaga, parti reunion dan lain-lain? kami kongsikan 15 contoh idea party games untuk masukkan dalam tentatif program anda bagi menambahkan kemeriahannya lalu mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita.

Ikuti telegram informasi kami mengenai pelbagai info-info terbaru yang patut anda ketahui:

15 Contoh Idea Party Games Yang Mencabar Semasa Hari Keluarga

Berikut 15 contoh idea party games yang mencabar yang sesuai untuk Hari Keluarga, Parti Hari Jadi, Reunion, dan acara-acara parti lainnya:

Admin akan memberikan perincian untuk setiap permainan yang disenaraikan berserta maklumat yang diperlukan, termasuk berapa banyak peserta, sama ada dalam kumpulan atau individu, peralatan yang diperlukan, cara permainan, cara pemilihan pemenang, syarat-syarat, bagaimana untuk membatalkan permainan, dan jika ada sebarang denda yang terpakai.

1. Get Forked

a) Berapa Orang: Sekurang-kurangnya 4 orang.

b) Kumpulan atau Individu: Individu.

c) Keperluan Apa Dia: Garpu & duit syiling

d) Cara Main: Peserta akan mencuba menyelesaikan cabaran yang diberikan, seperti mengelek syiling masuk ke gigi garpu dengan jarak 100m.

e) Cara Pilih Pemenang: Peserta yang menyelesaikan cabaran dengan betul atau dalam masa yang paling cepat adalah pemenang.

f) Syarat-syarat: Peserta perlu menjaga keselamatan mereka semasa menjalani cabaran ini.

g) Denda: Bergantung kepada penganjur. tiada denda tetap dan pemenang boleh diberikan penghargaan.

photo 6195016409654868055 y
15 Contoh Idea Party Games

2. Pong to the 5th Power

a) Berapa Orang: Biasanya dimainkan oleh dua pasukan, masing-masing dengan dua pemain.

b) Kumpulan atau Individu: Kumpulan (dua pasukan).

c) Keperluan Apa Dia: Meja ping pong, bola ping pong, cawan minuman.

d) Cara Main: Peserta akan melemparkan bola ping pong ke dalam cawan sendiri dengan jarak dekat. Bola mestilah masuk 5 kali dan mesti bertingkat sebanyak 5 bola.

e) Cara Pilih Pemenang: Pasukan yang berjaya melemparkan bola ke dalam semua cawan pertama adalah pemenang.

f) Syarat-syarat: Peserta perlu berhati-hati semasa bermain dan memerlukan fokus yang baik untuk masukkan ke dalam cawan.

g) Denda: Bergantung kepada penganjur. tiada denda tetap dan pemenang boleh diberikan penghargaan.

photo 6195016409654868068 y
15 Contoh Idea Party Games
photo 6195016409654868069 y
15 Contoh Idea Party Games

3. Lollipop

a) Berapa Orang: Boleh dimainkan dengan 3 jumlah peserta.

b) Kumpulan atau Individu: Individu.

c) Keperluan Apa Dia: Besi Lollipop, bola ping pong dan biji nut besi.

d) Cara Main: Peserta perlu menurunkan 3 biji nut besi dari atas kebawah tanpa menjatuhkan bola ping-pong jatuh.

e) Cara Pilih Pemenang: Peserta yang pertama mencapai tangkai bawah adalah pemenang.

f) Syarat-syarat: Peserta perlu menggunakan satu tangan untuk turunkan 3 biji nut tanpa ada sebarang helah.

g) Denda: Bergantung kepada penganjur. tiada denda tetap dan pemenang boleh diberikan penghargaan.

photo 6195016409654868067 y
15 Contoh Idea Party Games

4. Double Double

a) Berapa Orang: Biasanya dimainkan oleh dua pasangan (4 orang).

b) Kumpulan atau Individu: Satu Kumpulan (dua pasangan).

c) Keperluan Apa Dia: Dua botol dan dua cawan.

d) Cara Main: Pasangan-pasangan berada di sisi meja dan melipatkan botol secara serentak ke meja. Setelah berjaya menegakkan botol pasangan seterusnya mesti gunakan cawan untuk masuk dalam botol secara serentak juga.

e) Cara Pilih Pemenang: Pasangan yang berjaya menegakkan botol dan memasukkan kedua-dua cawan ke dalam botol secara serentak adalah pemenang.

f) Syarat-syarat: Mestilah membuat secara serentak jika tidak sama akan dibatalkan

g) Denda: Bergantung kepada penganjur. tiada denda tetap dan pemenang boleh diberikan penghargaan.

photo 6195016409654868066 y
15 Contoh Idea Party Games
photo 6195016409654868065 y
15 Contoh Idea Party Games
photo 6195016409654868064 y
15 Contoh Idea Party Games

5. Off Your Rocker

Berapa Orang: Sesuai untuk 4 jumlah peserta.

Kumpulan atau Individu: Individu.

Keperluan Apa Dia: Cawan plastik, tali, bola ping-pong dan gelas kaca.

Cara Main: Peserta kena memutarkan cawan tanpa sentuh cawan yang dalam cawan ada bola. Bola ping pon mestilah dimasukkan ke dalam gelas kaca.

Cara Pilih Pemenang: Peserta yang tidak berjaya memasukkan ke dalam gelas dalam beberapa tempoh ditetapkan akan tersingkir, dan permainan berlanjut sehingga hanya tinggal satu pemenang.

Syarat-syarat: Peserta perlu sentiasa bersedia untuk fokus dan pantas.

Denda: Bergantung kepada penganjur. tiada denda tetap dan pemenang boleh diberikan penghargaan.

photo 6195016409654868063 y
15 Contoh Idea Party Games

6. Double Trouble

a) Berapa Orang: Sesuai untuk 2 orang jumlah peserta.

b) Kumpulan atau Individu: Biasanya individu.

c) Keperluan Apa Dia: Dua gelas kaca dan bola ping-pong

d) Cara Main: Peserta akan menggunakan 2 bola ping-pong untuk dimasukkan ke dalam 2 cawan gelas secara serentak dengan guna satu tangan.

e) Cara Pilih Pemenang: Peserta yang menyelesaikan cabaran dengan betul atau dalam masa yang paling cepat adalah pemenang.

f) Syarat-syarat: Peserta perlu pantas dan cepat bagi memenangi pertandingan ini.

g) Denda: Bergantung kepada penganjur. tiada denda tetap dan pemenang boleh diberikan penghargaan.

photo 6195016409654868062 y
15 Contoh Idea Party Games

7. King Flip Cup

Berapa Orang: Biasanya dimainkan oleh dua pasukan, masing-masing dengan beberapa pemain.

Kumpulan atau Individu: Kumpulan (dua pasukan).

Keperluan Apa Dia: Cawan plastik dan botol kaca (opsional).

Cara Main: Pasukan akan memasukkan cawan dalam botol minuman dan mesti mencuba menolak cawan dengan jari sehingga ia terbalik ke dalam botol pada tiga peringkat jarak.

Cara Pilih Pemenang: Pasukan yang pertama menolak semua cawan dengan betul adalah pemenang.

Syarat-syarat: Setiap pasukan akan ada tiga peserta dan dibenarkan guna tiga cawan setiap peserta dalam pasukan .

Denda: Bergantung kepada penganjur. tiada denda tetap dan pemenang boleh diberikan penghargaan.

photo 6195016409654868061 y
15 Contoh Idea Party Games
photo 6195016409654868060 y
15 Contoh Idea Party Games

8. Breaker of Chains

Berapa Orang: Sesuai untuk sebarang jumlah peserta.

Kumpulan atau Individu: Biasanya individu.

Keperluan Apa Dia: Tali rafia dan getah yang sudah disambung.

Cara Main: Peserta akan menggunakan getah yang disambung untuk mencuba memecahkan tali-tali yang diikatkan pada satu tiang tergantung.

Cara Pilih Pemenang: Peserta yang pertama memecahkan semua tali adalah pemenang.

Syarat-syarat: Peserta hanya dikehendaki menggunakan getah sahaja untuk memecahhkan tali-tali yang digantung.

Denda: Bergantung kepada penganjur. tiada denda tetap dan pemenang boleh diberikan penghargaan.

photo 6195016409654868059 y
15 Contoh Idea Party Games

9. Ring the Bells

Berapa Orang: Boleh dimainkan oleh beberapa jumlah peserta yang diingikan.

Kumpulan atau Individu: Biasanya berkumpulan.

Keperluan Apa Dia: Beg pasir kecil dan loceng.

Cara Main: Peserta akan mencuba melempar beg pasir untuk menghentak loceng dengan ketepatan yang tepat supaya loceng berbunyi.

Cara Pilih Pemenang: Peserta yang berjaya menghentak loceng dalam masa yang paling cepat adalah pemenang.

Syarat-syarat: Peserta pertama mestilah perlu mengenai loceng terlebih dahulu baru boleh ahli pasukan mulakan giliran mereka.

Denda: Bergantung kepada penganjur. tiada denda tetap dan pemenang boleh diberikan penghargaan.

photo 6195016409654868058 y
15 Contoh Idea Party Games

10. Flip Trap

Berapa Orang: Sesuai untuk satu pasukan 2-4 orang

Kumpulan atau Individu: Biasanya individu.

Keperluan bahan: Meja, cawan, bola ping pong

Cara Main: Peserta dikehendaki untuk membalikkan cawan untuk dimasukkan bola pin pong yang akan dilepaskan rakan sepasukan. Keadaan meja masa bermain mesti berada dalam keadaan condong.

Cara Pilih Pemenang: Peserta yang cepat berjaya membalikkan cawan lalu masuknya bersama bola ping-pong akan dikira pemenang

Syarat-syarat: Peserta tidak boleh kacau fokus pihak lawan jika berlaku anda dikira kalah.

Denda: Bergantung kepada penganjur. tiada denda tetap dan pemenang boleh diberikan penghargaan.

photo 6195016409654868057 y
15 Contoh Idea Party Games
photo 6195016409654868056 y
15 Contoh Idea Party Games

11. Never Have I Ever

Berapa Orang: Boleh dimainkan dengan banyak peserta.

Kumpulan atau Individu: Biasanya sesi perbualan atau sesi minum-minum di dalam parti.

Keperluan Apa Dia: Tiada keperluan khas hanya perlu minuman jika permainan dimainkan.

Cara Main: Mereka yang pernah melakukan perkara tersebut perlu minum. Duduk dalam bulatan. Mulakan dengan satu orang berkata, Jika seseorang telah melakukannya, mereka mesti mengangkat satu jari; jika tiada sesiapa dalam kumpulan yang melakukannya, orang yang berkata “Saya tidak pernah dan mesti mengangkat jari.

Cara Pilih Pemenang: Permainan ini tidak mempunyai pemenang tetap.

Syarat-syarat: Peserta perlu jujur dan bersedia untuk berkongsi.

Denda: Bergantung kepada penganjur. tiada denda tetap dan pemenang boleh diberikanpenghargaan.

12. Would You Rather?

Berapa Orang: Boleh dimainkan dengan seberapa jumlah peserta yang ada.

Kumpulan atau Individu: Biasanya sesi perbualan atau permainan kumpulan di dalam parti.

Keperluan Apa Dia: Tiada keperluan khas; hanya perlu soalan “Would You Rather?”

Cara Main: Peserta akan ditanya soalan “Would You Rather?” dan mereka perlu memilih di antara dua pilihan yang menarik. Berkumpul dalam bulatan. Tanya orang di sebelah anda, “Adakah anda lebih suka dan sertakan dua situasi yang mencabar. (“Adakah anda lebih suka tidak mandi selama setahun atau tidak menggosok gigi selama setahun?” contohnya.) Selepas jawapan mereka, giliran mereka untuk bertanya kepada orang di sebelah mereka. Teruskan sehingga anda tidak dapat memikirkan apa-apa senario lagi.

Cara Pilih Pemenang: Permainan ini tidak mempunyai pemenang tetap; ia adalah permainan perbualan untuk berseronok.

Syarat-syarat: Peserta kena jujur

Denda: Bergantung kepada penganjur. tiada denda tetap dan pemenang boleh diberikan penghargaan.

13. Kerusi Berirama

Berapa Orang: Sesuai untuk individu

Kumpulan atau Individu: Individu

Keperluan Apa Dia: Kerusi, Muzik dan peserta

Cara Main: Kanak-kanak berjalan mengelilingi bulatan kerusi sambil muzik dimainkan. Apabila muzik berhenti, semua orang perlu bergegas ke kerusi terdekat dan duduk di atasnya. Dengan setiap pusingan, satu kerusi diambil, membawa kepada penyingkiran untuk kanak-kanak yang ditinggalkan tanpa tempat duduk, sehingga hanya tinggal satu kerusi.

Cara Pilih Pemenang: Siapa yang berjaya berebut satu kerusi terakhir adalah pemenang.

Syarat-syarat: Peserta tidak boleh menolak peserta lain ketika duduk diatas kerusi.

Denda: Bergantung kepada penganjur. tiada denda tetap dan pemenang boleh diberikan penghargaan.

14. Baling Belon Air

Berapa Orang: 4- 6 orang peserta dalam satu kumpulan

Kumpulan atau Individu: Biasanya kumpulan

Keperluan Apa Dia: Belon berisi air dan peserta.

Cara Main: Tetamu berpasangan dan terlibat dalam permainan melambung belon air ke depan dan ke belakang, mengambil langkah ke belakang selepas setiap tangkapan yang berjaya. Walau bagaimanapun, jika belon air pecah, mereka akan terkeluar daripada permainan.

Cara Pilih Pemenang: Sememangnya, pemenang utama adalah pasangan terakhir yang masih tinggal, walaupun mereka mungkin tidak terlepas daripada pertarungan belon air yang mungkin akan berlaku.

Syarat-syarat: Peserta dikehendaki untuk menangkap belon air dengan tangan tanpa menguna sebarang alat bantuan.

Denda: Bergantung kepada penganjur. tiada denda tetap dan pemenang boleh diberikan penghargaan.

15. Mr. Freeze

Berapa Orang: Bergantung peserta hadir

Kumpulan atau Individu: Biasanya individu.

Keperluan Apa Dia: Muzik yang boleh dimainkan dan dihentikan.

Cara Main: Peserta akan berpusing dalam lingkungan apabila muzik dimainkan dan mesti beku apabila muzik dihentikan. Pilih satu orang untuk menjadi Mr. Freeze. Minta semua orang bermain permainan bergerak di sekitar parti seperti biasa. Apabila En. Freeze membeku, walaupun, orang lain mesti membekukan juga. Siapa yang membeku lepas sudah keluar. Ulangi sepanjang tempoh pesta.

Cara Pilih Pemenang: Peserta yang beku dengan betul apabila muzik dihentikan adalah pemenang.

Syarat-syarat: Peserta perlu mematuhi peraturan permainan.

Denda: Bergantung kepada penganjur. tiada denda tetap dan pemenang boleh diberikan penghargaan.

Semoga maklumat ini membantu anda memahami setiap permainan dengan lebih baik, dan anda boleh memilih permainan yang sesuai untuk acara anda berdasarkan bilangan tetamu, kesesuaian, dan peralatan yang tersedia. Sebelum memulakan permainan, pastikan semua peserta memahami peraturan dan keselamatan untuk memastikan semua orang berseronok dengan selamat.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati